Tijah The Series Episode 12 - TIJAZ
Lelaki Tingkat 2 masih lagi berkata sesuatu kepada Azlan yang berada di luar kereta mewahnya. Tijah hanya berdiri tercegat di kereta Honda yang dipinjam Azlan untuk membawanya ke majlis makan malam istimewa tadi. Tidak mahu masuk campur hal orang lelaki, Tijah terus saja berdiri di situ menanti Azlan. Perut Tijah masih lagi tegang kekenyangan. Sos lada hitam yang dimakan dengan stik daging tadi masih lagi terasa di mulutnya. Namun gangguan bunyi nyamuk yang mengiang-ngiang ditelinga Tijah membuatkannya beralih ke tempat yang lebih terang berhampiran lobi tangga. Ingin saja dia naik terus ke unit apartmentnya namun bila difikirkan adab, Tijah terus menanti Azlan di situ. Sambil menanti, Tijah kenang kembali saat-saat romantis ketika makan malam tadi. Saat-sat lagu 'Wonderful Tonight' dinyanyikan, Tijah merenung mata Azlan. Kalau diikutkan nafsunya, mahu saja dipeluk saja Azlan ketika itu. Namun, Tijah kawal hasutan itu agar tidak terlajak perahu. Nanti dah jadi suami, peluklah puas-puas, kata hati Tijah.
Mata Tijah terpaku pada sebatang tubuh yang sedang menuruni tangga. Itu ialah wanita cantik yang baru saja menjadi topik perbualan singkat antara Tijah dan Azlan ketika di dalam kereta tadi. Isteri Encik Azam! Tercengang Tijah dan kepalanya segera menoleh ke arah Azlan dan Lelaki Tingkat 2 yang masih lagi berada di dalam kereta. Tijah toleh kembali ke arah isteri Lelaki Tingkat 2 yang sedang berlenggang lenggok berjalan keluar menuju ke tempat letak kereta. Dada Tijah sudah mula berdebar-debar bila melihat Lelaki Tingkat 2 keluar dari keretanya. Azlan mengalihkan posisinya berdiri dan mengekori Lelaki Tingkat 2. Isteri Lelaki Tingkat 2 masih lagi tidak menyedari yang suaminya berada kurang 1 meter di belakangnya ketika dia sedang membuka pintu keretanya. Azlan walaupun mengekori Lelaki Tingkat 2 dari belakang, berhenti jauh sedikit darinya, sekadar 'standby' kalau-kalau Lelaki Tingkat 2 tiba-tiba naik angin. Terkejut wanita itu bila Lelaki Tingkat 2 memegang lengannya. Lelaki Tingkat 2 bersemuka dengan isterinya dan jelas kelihatan wajahnya yang 'cool' di bawah cahaya lampu jalan yang terang. Ada pertegangan urat berlaku di situ dan Tijah masih lagi berdebar-debar menonton drama sebabak itu. Pelik pula Tijah kenapa dia pula yang berdebar-debar. Tijah menggamit Azlan supaya menghampirinya.
“Lan, apa ni? Takkan kita nak berdiri di sini saja? Lagi pun tak eloklah diorang tu bergaduh kat sini. Lan, cakaplah dengan Encik Azam selesaikan kat rumah saja,” kata Tijah.
“Jah, Encik Azam suruh Lan tunggu sekejap. Tadi dia kata dia baru dapat maklumat alamat 'kekasih gelap' isterinya itu tinggal di sini. Jadi dia pun datang dan nampak kereta isterinya di sini. Jah tahu tak dia dah tunggu dalam kereta tu dari pukul 7.30 petang tadi? Sekarang dah pukul 11 lebih”, kata Azlan sambil menggelengkan kepala.
Kelihatan Lelaki Tingkat 2 menarik tangan isterinya berjalan ke arah lobi di mana Tijah dan Azlan menanti. Azlan dan Tijah berpandangan sesama sendiri. Apa pula kali ini, tanya hati Tijah.
“Azlan, Tijah, saya minta maaf, saya perlukan awak jadi saksi saya,” Lelaki Tingkat 2 memohon. Azlan sekadar mengangguk bersetuju.
Uhh, saksi apa pula ini, tanya hati Tijah lagi. Tijah sudah mula menggeletar bila isteri Lelaki Tingkat 2 mula merenung wajahnya macam nak telan Tijah hidup-hidup. Dirasakan kini stik daging yang lazat berzat tadi itu seolah mahu terkeluar dari ususnya. Tijah alih pandangannya ke Azlan. Tak pasal-pasal pula Tijah dan Azlan diminta jadi saksi.
Lelaki Tingkat 2 memegang lengan isteriya seperti seorang polis sedang memegang mat rempit yang baru saja ditangkap. Dengan terpaksa, malas saja isteri Lelaki Tingkat 2 membawa suaminya ke tingkat atas. Azlan dan Tijah mengekori. Rasa lain macam pula bila dibuat sebegini di tempat tinggal sendiri.
Dalam hati Tijah tertanya-tanya kemanakah mereka berdua itu hendak bawa Tijah dan Azlan pergi. Hati Tijah seolah tidak percaya yang isteri Lelaki Tingkat 2 berjalan ke arah unit apartmentnya. Azlan pandang Tijah dan Tijah yang tak tahu nak kata apa turut memandang Azlan dengan seribu persoalan. Lebih bertambah seribu soalan bila isteri Lelaki Tingkat 2 mengetuk pintu rumah Tijah. Entah kenapa di saat itu Tijah rasa nak marah saja isteri Lelaki Tingkat 2 sebab suka-suka saja nak ketuk pintu rumah Tijah sedangkan tuan rumahnya ada di luar. Namun, mengenangkan drama babak kedua ini semakin panas, Tijah buat-buat tak kenal saja yang itu rumahnya.
Terdengar Lelaki Tingkat 2 berkata “this is not the house, I know!” dengan nada kasar. Tijah mengagak yang Lelaki Tingkat 2 mencabar isterinya menunjukkan rumah kawannya kerana ketika di bawah Tijah terdengar isterinya menyebut “friend's house, a lady friend” ketika Lelaki Tingkat 2 bersemuka dengannya. Jadi untuk memastikan yang dakwaan isterinya benar, lantas dia mencabar isterinya untuk menunjukkan rumah kawan wanitanya itu.
Kemudian isteri Lelaki Tingkat 2 berjalan dengan longlai ke unit aparment bersebelahan dengan unit Tijah. Lagi sekali dada Tijah berdebar-debar kerana pintu rumah jirannya pula diketuk oleh isteri Lelaki Tingkat 2. Ketika itu Tijah dengan jelas dapat melihat wajah Lelaki Tingkat 2 sudah kemerah-merahan, mungkin menahan api kemarahan.
Azlan sudah keresahan. Tijah sudah tidak sedap hati. Hal lelaki ini sukar dimengertikan. Kalau baik, baik sungguh. Tapi bila bergaduh, siap bertumbuk sampai berbunuhan pun sanggup. Itu semua gara-gara wanita seorang, rengus hati Tijah. Sebaik pintu rumah jiran Tijah diketuk oleh isteri Lelaki Tingkat 2, terpacul wajah lelaki cina dari muka pintu. Lelaki Tingkat 2 sengaja berdiri jauh sedikit dari muka pintu agar dia tidak berapa kelihatan jika lelaki cina itu membuka pintu itu nanti.
“Hey Lisa, not enough? Wanna have fun some more?” tegur lelaki cina itu sebaik membuka pintu rumahnya. Baru Tijah tahu nama isteri Lelaki Tingkat 2 itu ialah Lisa. Wanita itu sekadar tertunduk takut dan tidak berkata apa-apa. Di kala itulah Lelaki Tingkat 2 menghampiri isterinya dan memandang ke arah dalam rumah lelaki cina itu. Azlan yang berdiri jauh sedikit dari Lelaki Tingkat 2, menghampirinya. Bimbang jika Lelaki Tingkat 2 bertindak kasar dengan jiran Tijah itu nanti lain pula jadinya. Tijah rasa ingin saja dia membuka pintu rumahnya dan duduk diam-diam di dalam. Tapi mengenangkan kembali permintaan Lelaki Tingkat 2 untuk menjadi saksi kecurangan isterinya seperti yang tersyarat di dalam Quranul Karim agar mengemukakan dua orang saksi, maka Tijah gagahkan jua hatinya sebagai tanggungjawab memerangi mungkar.
“So, she was here with you earlier, right? Having some adultery-fun activities?” Lelaki Tingkat 2 bertanya dengan lelaki cina itu yang sudah kelihatan pucat dan cuba mengundur sedikit dari muka pintu. Ada nada marah yang Tijah dengar dari suara Lelaki Tingkat 2 tapi terkawal. Kemudian, Lelaki Tingkat 2 mengarahkan Azlan masuk ke rumah lelaki cina itu untuk memastikan kalau-kalau ada wanita lain yang didakwa isterinya sebagai 'lady friend”. Lelaki cina cuba menenangkan keadaan dan cuba berbincang dengan Lelaki Tingkat 2. Tijah terdengar lelaki cina itu menyebut 'some misunderstanding' namun dicabar oleh Lelaki Tingkat 2. Isterinya hanya diam tak mampu berkata-kata. Mungkin menyesali tindakannya berlaku curang terhadap suaminya yang kacak itu. Tijah hanya mampu menggelengkan kepala. Kalau Azlan yang tidak sekacak Lelaki Tingkat 2 itu Tijah sayang separuh nyawa, kenapalah isteri Lelaki Tingkat 2 itu tidah boleh melakukan sebegitu kepada suaminya yang kacak mengalahkan Khairul Fahmi Che Mat, penjaga gol skuad bolasepak negara itu?
Kelihatan Azlan keluar dari rumah lelaki cina itu dan menunjukkan isyarat 'tiada' dengan kedua tangannya. Sahlah tiada pun 'lady friend' di dalam rumah itu dan isteri Lelaki Tingkat 2 berdua-duaan di dalam rumah itu dengan lelaki cina tersebut. Baru Tijah teringat yang adakalanya dia terdengar bunyi bising dari rumah jirannya. Bunyi bising itu mungkin datang dari mereka berdua yang sedang menikmati keseronokan asmaradana yang terlarang. Baru Tijah tahu apa aktiviti isteri Lelaki Tingkat 2 itu di apartmentnya bila dia kelihatan di situ.
Tijah tarik nafas dalam-dalam dan berharap Lelaki Tingkat 2 dapat menyelesaikan kemelut ini dengan cara yang professional seperti mana professionalnya beliau mengetuai dua syarikat yang sedang maju. Lelaki Tingkat 2 berkata sesuatu kepada isterinya dan lelaki cina itu dan menarik tangan isterinya untuk pulang.
Lelaki Tingkat 2 kemudian berbisik sesuatu kepada Azlan dan terus menuruni tangga dengan isterinya. Lelaki cina tadi terus menutup pintu rumahnya tanpa terus menunggu.
“Jah, inilah dunia, kan?” Azlan bersuara dengan nada kesal.
“Macam mana Lan?” Tijah ingin mengetahui status masalah Lelaki Tingkat 2.
“Encik Azam balik naik kereta isterinya dan tinggalkan keretanya di sini. Esok baru bincang macam mana nak ambil keretanya. Eloklah dia selesaikan hal ini di rumah”, terang Azlan.
Azlan kemudian meminta diri kerana esok pagi hendak datang kembali menjemput Tijah untuk ke tempat kerja. Tijah mengucapkan terima kasih dan mengucapkan selama malam kepada kekasih hatinya sambil Azlan mencuit hidungnya.
***************************************
Jam sudah menunjukkan pukul 10 pagi namun kelibat Lelaki Tingkat 2 masih lagi tidak kelihatan di pejabat. Kemudian Ms Lam memaklumkan Tijah yang Lelaki Tingkat 2 mengambil cuti kecemasan kerana masalah peribadi. Kemudian Tijah terdengar Ms Lam mengomel apalah kisah peribadi Lelaki Tingkat 2 itu sampaikan hendak mengambil cuti kecemasan.
Tijah diam saja di tempat duduknya tanpa menghiraukan ngomelan Ms Lam. Tijah jalankan tangungjawabnya sebagai Kerani Penyambut Tetamu dan bukan Kerani Pencerita masalah peribadi orang. Apa yang berlaku malam tadi disimpan rapi dalam dirinya sebagai amanah. Kalau Lelaki Tingkat 2 hendak menceritakan pada orang lain, itu haknya.
Sambil Tijah mengasingkan surat-surat yang hendak dihantar keluar dalam dulang “out” handphonenya bergetar. Ada panggilan dari emaknya.
“Assalamualaikum, mak,” jawab Tijah.
“Waalaikumsalam, Tijah. Ni, mak lupa betul semalam harijadi Tijah, Mak nak ucapkan selamat hari jadi pada anak mak ni,” terang Mak Som. Tergelak kecil Tijah mengenangkan hal itu. Padahal malam tadi emaknya ada menelefonnya untuk memaklumkan hal Hasni.
“Mak lupa? Mak tahu tak Tijah pun lupa jugak. Bila Azlan jumpa Tijah bagi bunga baru Tijah teringat,” dua beranak itu ketawa.
“Amboi, dapat bunga dari Azlan ya. Tu lah Jah, semalam macam-macam hal, tu yang buat mak terlupa nak ucapkan selamat hari jadi. Semalam Mak Yam ada bagi tahu mak yang keluarga Mak Yam nak datang merisik, meminang dan pertunangan Jah dengan Azlan. Lepas tu, dapat pula hal pasal si Hasni,” balas Mak Som menerangkan pada anaknya dengan nada gembira dan bercampur risau bila hal Hasni disebut.
Tijah terseyum lebar bila emaknya memaklumkan kepadanya tentang rombongan meminang dari pihak Azlan. Di sebalik talian, Mak Som memaklumkan yang dia dah bersetuju dengan emak Azlan yang majlis peminangan akan diadakan pada minggu yang akan datang. Tijah juga memaklumkan yang Azlan juga ada memberitahunya tentang itu. Dua beranak itu rancak berbual kegembiraan tentang majlis pertunangan itu nanti.
Seperti biasa Mak Som akhiri perbualan telefon dengan berpesan menjaga diri baik-baik. Tijah simpan kembali handphonenya ke dalam laci dan memakai kembali headsetnya. Satu panggilan masuk dan dari skrin konsol telefonnya, kelihatan nombor telefon Lelaki Tingkat 2.
“Tijah, put me to Ms Lam, please,” mohon Lelaki Tingkat 2. Tanpa berlengah Tijah terus tekan butang 'transfer' dan menekan nombor sambungan Ms Lam. Tijah masih lagi tidak dapat melupakan wajah sugul isteri Lelaki Tingkat 2 malam tadi. Tijah sedaya upaya tidak mahu mengenang kembali apa yang berlaku malam tadi. Tijah cuba alih ingatannya pada Azlan dan memfokuskan kepada majlis pertunangannya minggu hadapan. Tijah sempat belek beberapa majalah yang ada di dalam lacinya untuk melihat-lihat pakaian pengantin. Hatinya kian berbunga indah. Tijah sudah mula berangan hendak menggunakan biru muda sebagai warna tema di majlis perkahwinannya nanti. Azlan pada malam tadi ada menyebut yang dia menyerahkan saja pada Tijah tentang persiapan majlis perkahwinan mereka nanti. Azlan juga ada bertanya berapa wang hantaran yang hendak Tijah letak nanti. Tijah hanya mampu tersenyum sipu. Tijah beritahu Azlan yang dia bukan artis terkenal nak letak hantaran tinggi-tinggi. Tijah beritahu lagi, berapa yang Azlan hendak beri, Tijah terima namun tertakluk kepada berapa yang emak Tijah letak juga. Tijah tidak mahu kerana wang hantaran beribu, Azlan kena berhutang pula.
*************************************
Tinggal beberapa hari lagi Tijah akan bertunang dengan Azlan. Tijah sibuk dengan persiapan majlis pertunangannya nanti. Minggu itu, selepas waktu kerja, Tijah banyak habiskan masa mencari barang-barang keperluan untuk dibuat hantaran. Tijah sudah berbincang dengan emaknya yang untuk majlis peminangan dan pertunangan ini, barang hantaran sekadar syarat saja iaitu tepak sirih, buah-buahan dan kuih muih. Barang hantaran utama seperti pakaian, kasut dan sebagainya akan disediakan pada majlis pernikahan nanti. Jadi, tidaklah Tijah kelam kabut nak beli barang-barang itu nanti.
Malam itu, Tijah dan Azlan ke kedai emas untuk membeli cincin tunang mereka. Tijah belek cincin belah rotan dan mencadangkan agar namanya dan Azlan diukir di cincin itu. Tauke kedai emas berbangsa cina itu mengangguk-angguk tanda setuju dan mengatakan ia mengambil masa sedikit untuk dilakukan iaitu kira-kira 45 minit. Tijah dan Azlan tidak kisah kerana 45 minit itu bukanlah lama bagi mereka jika hendak dibandingkan dengan tempoh pertunangan mereka yang dijangkakan dalam masa 3 bulan.
Setelah membuat pembayaran cincin tersebut, tauke kedai emas itu membawa cincin itu ke dalam pejabatnya untuk diukir nama “TIJAZ” sebagai gabungan nama Tijah dan Azlan. Sambil menunggu cincin siap diukir, Azlan berbual-bual dengan Tijah tentang rancangannya selepas berkahwin nanti. Azlan bercadang hendak menjalankan kelas menunggang motosikal untuk kawan-kawan Mat Rempitnya untuk berlumba di trek Sepang. Azlan tidak mahu kawan-kawan Mat Rempit ini mensia-siakan nyawa mereka hanya kerana ingin menunjukkan kehebatan di tempat yang salah. Dengan rancangannya ini juga, Azlan juga memaklumkan yang Lelaki Tingkat 2 juga telah bersetuju untuk menjadi rakan kongsi kepada Azlan.
Tijah terharu dengan kesungguhan Azlan memartabatkan status Mat Rempit kepada pelumba motosikal yang terkenal. Benarlah kata Lelaki Tingkat 2 seketika dahulu ketika Tijah keluar minum dengannya. Azlan seorang yang bersemangat tinggi dan tidak meletakkan kekurangan dirinya sebagai penghalang untuknya ke hadapan. Tijah bersyukur kerana menjadi teman kepada Azlan. Sengau Azlan bukanlah satu keburukan di telinga Tijah malah satu kelebihan yang tidak ada pada kebanyakan orang. Tentu sejuk perut Mak Yam bila Azlan dah berjaya membuktikan kemampuannya nanti.
Cincin belah rotan sudah siap diukir 'TIJAZ'. Tanda bersatunya dua nama dan dua jiwa menjadi satu hati. Azlan ambil cincin itu dari tauke kedai emas dan menyimpan dalam beg pinggangnya. Mereka berdua berlalu keluar dan berjalan ke arah tempat letak kereta.
Sambil memandu pulang, sempat lagi Azlan bercerita yang Team K-Plus ada mendapat jemputan ke perlumbaan bertaraf dunia di Perancis nanti. Tapi Team K-Plus mesti mendapatkan agregat yang setaraf dengannya sebagai syarat kelayakan untuk bertanding. Azlan beria-ia hendak mengekalkan kejuaraan pasukannya nanti agar mereka layak bertanding di Moto GP peringkat dunia, di bawah tajaan syarikat Mr K.
Tijah yang asalnya bukanlah peminat lumba motosikal, bertukar menjadi peminat setia sejak Azlan menjadi kekasihnya. Sedikit sebanyak ini membantu dia memahami tugas Azlan yang menjadikan minat berlumba motosikal ini sebagai kerjaya sepenuh masa.
Tijah sudah sampai di hadapan rumah Azlan. Sebelum Azlan keluar dari kereta, sempat Azlan mengucapkan selamat malam dan 'I love You' pada Tijah sambil memegang pipinya. Merah padam pipi Tijah tersipu malu bila Azlan buat kali pertama melafazkan perkataan itu pada Tijah. Tersengih-sengih Tijah membalas ungakapan “I love you too” pada Azlan.
Tijah rasakan ada sang pari-pari sedang berlegar-legar dikelilingnya di selangi bunga-bunga taman pelbagai warna ketika dia memandu pulang. Tijah benar-benar rasakan yang dia di alam yang berbeza. Lagu-lagu cinta menjadi hiburannya sepanjang perjalanan pulang. Impian cinta Tijah bakal terlaksana tidak lama lagi.
Tijah sudah lupakan segala luka cinta yang dialaminya seketika dulu. Tijah sudah lupakan kes aniaya Faizul padanya beberapa minggu lalu. Tijah sudah tidak ambil kisah lagi dengan ugutan Datin M.
Dalam dada Tijah cumalah debaran menjadi tunangan orang dan kemudian isteri orang. Dalam kepala Tijah cuma memikirkan kos perbelanjaan perkahwinannya nanti. Dalam buku nota Tijah sudah disenaraikan perkara-perkara yang perlu dibuat dan barang-barang yang perlu dibeli. Di dalam hati Tijah cuma ada nama Azlan terukir dan tidak lama lagi cincin emas belah rotan berukir 'TIJAZ' bakal tersarung dijari manisnya.
Sebaik Tijah sampai di rumahnya, Tijah tekan butang power di laptopnya dan kemudian membuka window Google Chrome. Seterusnya Tijah log in ke akaun facebooknya. Tijah taip seseuatu di wallnya dan klik 'share'. Lantas Tijah tinggalkan laptopnya dan pergi ke bilik air untuk membersihkan dirinya. Di laptopnya, akaun facebooknya dibiarkan begitu dan sudah ada kawan-kawan yang memberi komen tentang wall postnya yang bertulis “Debaran semakin terasa. Hatiku berlagu riang. Saat bahagia semakin hampir. Dia cinta sejati – TIJAZ”.

Comments
Post a Comment
Sila komen apa-apa pun, tapi tertakluk pada terma dan syarat.