Secubit Rasa - Penggunaan seharian yang memberi kesan abadi kepada alam sekitar dan diri kita

Salam Sejahtera. Isnin, 17 Jan, saya bawa anak saya Sarah ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dapatkan rawatan masalah matanya yang selalu pedih-pedih. Dah setahun lebih saya tidak menjadi pengunjung trimester PPUM, dah banyak perubahan berlaku.

Sambil menunggu giliran, saya menonton LCD/flat screen yang digantung di dinding. Walaupun tak dengar sangat kerana 'volume' direndahkan (lebih banyak mendengar paging nombor giliran) tapi dapat jugalah 'pick up' sikit pasal 'health awareness', environment awareness' dari paparan visual.

Tetapi yang menarik perhatian saya ialah bila tiba pada 'environment awareness' pihak PPUM. Ianya berkaitan dengan penggunaan pembungkus makanan dari jenis 'Styrofoam' atau juga dikenali sebagai 'polystyrene'. Perkataan 'styrene' sekali baca memang ada bunyi stylo tapi kesannya pada kesihatan kita tidaklah se'stylo' mana pun, pembaca yang budiman. Antara bahan yang digunakan untuk membuat bekas polystyrene ialah PETROLEUM. Ya, PETROLEUM..yang kita guna untuk menjalankan enjin kereta, enjin motorsikal ada juga motorbot kecuali Motorola. Selain dari memberi kesan pada kesihatan, ianya juga didapati sebagai penyumbang kelima terbesar kepada pencemaran alam. Saya pasti, isu ini bukanlah baru kepada kita semua, kan? Pembaca boleh dapatkan maklumat di Earth Resource Foundation

Saya cuba bayangkan saya makan nasi lemak yang dibungkus di dalam bekas styrofoam ini. Bermakna saya bayangkan sambal nasi lemak itu bercampur dengan petroleum. Saya bayangkan yang sedang makan rojak mamak dalam bekas styrofoam ini, lantas saya terbayangkan kuahnya adalah petroleum.

Aduhai...


Sila betulkan jika saya salah. Penggunaan styrofoam akan meningkat bila tibanya bulan Ramadhan. Sebab, ketika itu, lebih ramai yang beli makanan yang sudah siap dibungkus dalam bekas styrofoam di bazar ramadhan daripada memasak sebab tak sempat. Ketika majlis moreh, ramai penyumbang membungkus makanan dalam bekas ini supaya senang acara tapau menapau dilaksanakan (nak elak pembaziran konon). Kemudian aktiviti penggunaan bekas styrofoam ini dilanjutkan bila menjelang Aidil Fitri. Open house sana sini, tak kuasa nak cuci pinggan dan cawan kaca, jadi senang cerita, guna sajalah bekas styrofoam. Harga pun tak mahal. Itu 2 bulan dalam setahun. Bagaimana dengan kegunaan seharian. Tapau nasi lemak pada waktu pagi sebelum masuk kerja, dah satu styrofoam. Malam nanti ada pasar malam dekat rumah, malas nak masak, jadi belilah nasi tomato 2-3 bungkus, sudah 3 bekas styrofoam. Jumlah 4. Itu anggaran satu isirumah. Pembaca 'multiply' lah dengan 200 rumah di satu taman perumahan yang isirumahnya ada 'average' 4 orang. Maka saya rasa kajian yang mengatakan styrofoam ini adalah penyumbang kelima terbesar kepada pencemaran alam bakal menjadi penyumbang pertama pula.

Tahun 2011 baru saja mencecah 19 hari. Apa kata dalam senarai azam baru kita (bukan Encik Azam a.k.a Lelaki Tingkat 2 dalam Tijah The Series tu ya) apa kata diselitkan satu lagi azam iaitu tidak lagi menggunakan bekas styrofoam ini di rumah mahupun di tempat kerja. Kalau beli makanan di luar, tanya penjual tu, ada bungkusan kertas tak (bungkusan coklat tu, kesannya tidaklah seteruk styrofoam)? Atau pun buat yang pernah saya buat sebelum ini – bawa bekas makanan sendiri dan hulurkan pada penjual itu sebelum dia sempat tarik bekas styrofoam. Mesti penjual tu senyum dalam hati.. Antara satu lagi sebab yang kita patut hentikan penggunaan styrofoam ini ialah - Toxic chemicals leach out of these products into the food that they contain (especially when heated in a microwave). These chemicals threaten human health and reproductive systems”. Ya, kesannya juga pada sistem reproduktif manusia. Saya rasa saya sudah mendapat jawaban kenapa peratusan pasangan yang berkahwin lambat dapat anak pada zaman sekarang meningkat. Rezeki memang pokok kepada persoalan ini, tapi tidakkan terfikir yang pemakanan seharian juga sebagai penyumbang kepada masalah reproduktif? Jangan lupa pada kanser juga ya.

Usaha PPUM menghentikan penggunaan bekas Styrofoam di dalam kawasan PPUM amat saya puji (senang sebut, PPUM mengharamkan terus). Tidak sekadar 'cakap saja' tapi juga bikin. Walaupun pengharaman ini sedikit sebanyak mengganggu industri pengeluaran bekas polystyrene, tapi saya rasa pihak PPUM juga mengambil risiko kekurangan bisnesnya juga. Sebab? Ya lah kalau 10,000 rakyat Malaysia yang berpangkalan di Petaling Jaya sahaja berjaya menghentikan tabiat penggunaan bekas styrofoam ini, maka 10% penduduk di Petaling Jaya mendapat penyakit adalah amat rendah. Jadi, 'no disease, no business' lah.

Walau bagaimana pun, saya juga berharap saya berjaya melaksanakan misi saya, kalau tak hentikan pun, setidak-tidaknya MENGURANGKAN penggunaan styrofoam ini – sebagai permulaan. Mengurangkan penggunaan plastik sudah saya laksanakan. Mengurangkan penggunaan kertas tisu pun sudah saya laksanakan (tisu lap hidung lah, bukan lap lain). Kurang bercakap pun lagilah saya sudah laksanakan.

Tapi saya sekeluarga saja tidak cukup. Kita sama-sama kena buat ya. Teamwork is not only practice in office but also in cyber too... Jom..

Comments

Popular Posts