Terima Kasih

Bahan bacaan untuk hiburan dan sedikit iktibar. Selamat membaca! #muahciked!

Saturday, June 23, 2018

Aku pemandu e-hailing - Episod 1

Salam Sejahtera semua!! Wow, lama giler tak menulis. Jawapan klise, busy. Yang setia follow aku dari dulu sehingga jadi rakan Facebook, aku ucapkan terima kasih berjuta. #muahciked kat korang.


Ok, let's start. Tengok tajuk pun semua dah sedia maklum, masa aku banyak diberikan di atas jalanraya. Aku mula memandu e-hailing ni setahun setengah yang lepas. Kerja hakiki di hotel di Petaling Jaya, masih ada. Untuk mencari 'side income' di zaman ini, maka memandu e-hailing ni sajalah jawapannya.

Berwarna-warni pengalaman yang aku perolehi sepanjang memandu e-hailing ini. Berbagai ragam dan jenis manusia aku berjumpa. Inilah kisah yang aku hendak kongsi.

Dalam dunia e-hailing, penumpang dipanggil 'rider', jadi jangan fikir rider tu penunggang pula, ye. Manakala pemandu itu sendiri dipanggil 'partner' sebab modal syarikat e-hailing untuk mendapatkan pemandu berkhidmat secara sukarela adalah air liur dan jari jemari.

Ok, ada dua kisah aku nak kongsi untuk episod pertama. Kisah pertama, rider aku seorang lelaki separuh abad. Masa memandu e-hailing ni kebanyakannya di waktu malam. Jadi, nisbah mendapat pemandu wanita di waktu malam adalah 1:20. Makanya, ini menjadi 'ice-breaking' untuk memulakan perbualan, selain dari soalan yang biasa orang tanya "You drive full-time ke part-time?".

Aku namakan rider ni Encik Samad la senang. Perbualan kami hanya berkisarkan latarbelakang pekerjaan masing-masing. Beliau merupakan pakar IT dan berulang-alik KL-Terengganu setiap 2 minggu untuk urusan perniagaan dengan beberapa jabatan kerajaan. Dalam pada berbual itu, sempat jugalah beliau bertanyakan hal peribadi aku. Of course, beliau bertanya dengan penuh berhemah kerana tidak mahu aku salah faham. Dan aku jenis tak suka nak berselindung tentang status aku. Bila menyentuh soal 'mencari pengganti', aku selalu jawab, the best will find its way. Klise lagi, kan?

Ok, perbualan kami bertambah rancak. Dia pun bersetuju dengan aku. Kemudian dia menambah - Allah kalau nak bagi hambanya yang terbaik, Dia akan uji hambaNya dulu. Aku dalam hati macam "Wow! Ye lah". Encik Samad tanya aku lagi, "Puan pernah tak, nampak sesuatu yang mahal, terus beli tanpa memikirkan keperluannya dan kesan kewangan Puan di kemudian hari?". Err.. kepala otak aku cuba flashback perkara yang berkaitan soalan beliau.

Masa ni aku dah dapat agak, contoh yang Encik Samad nak kaitkan. Aku jawab, ya, pernah juga berlaku. Lepas tu aku ada rasa menyesal sebab tak berfikir tentang keperluan vs kehendak. Encik Samad tanya lagi, "lepas beli tu, ada tak barang tu rosak atau tak sesuai dengan puan?". Yesssss, aku dah nampak dah arah tujuan soalan tu. Memang sangat. Lagi skit hati bila barang yang main redah beli tu, spesifikasinya tak sesuai dengan kehendak aku. Ok, point taken. Setiap soalan Encik Samad aku jawab dengan "ya" dan "betul" saja.

Encik Samad tanya lagi, pernah tak aku nak beli sesuatu yang mahal, tapi tak cukup duit? Memang la ada, banyak kali. Aku terus bagi tau, aku pun macam Kak Ros, kalau mahal, aku menabung la dulu. Encik Samad tanya balik kat aku "bila dah cukup duit, dapat beli, puas hati tak? Berbaloi tak dengan usaha menabung dan penantian tu?" Aku tersenyum dan terus ketawa. Aduhai Encik Samad, terima kasihlah atas perumpamaan itu. Ya, aku berpuashati dan penantian aku berbaloi. Hati pun 'manyak sinang'. Malahan, aku masih sempat lagi buat survey barang tersebut dan membandingkan dengan jenama lain dan spesifikasinya. Biarpun menanti berbulan, asalkan ianya sesuai dengan keperluan aku, sanggup aje menunggu sementara duitnya mencukupi.

Begitulah kisahnya kalau perumpamaan itu diaplikasikan ke atas urusan jodoh, kata beliau. Aku ketawa. Ketawa bukan sebab kelakar, tapi sebab perumpamaan yang diberikan memang aku tak pernah terfikir. Itulah hikmah Allah nak bagi. Dia temukan kita dengan seseorang ada sebabnya. Lagi pulak masa tu aku dalam mode frust. Maka Allah aturkan rezeki yang berganda pada ketika itu.

Teratur Encik Samad huraikan, jodoh yang terbaik, Allah akan uji kita dulu dengan pertemuan demi pertemuan. Allah nak kita bersabar, sama macam nak beli barang yang kita hendak, tapi tak cukup duit. Bila dah cukup duit, dapat memiliki, rasa sayang kita pada barang yang kita beli dengan usaha kita tu, lebih besar berbanding dengan barang yang kita just rembat dari rak dan bayar. Tak fikir panjang. Allah uji pertemuan dengan samada orang yang sama, dengan orang yang berlainan, dengan orang yang kita tak suka, dengan orang yang berperangai kita pun tak suka dan macam-macam lagi. Allah nak uji kita dengan pertemuan ini juga untuk menyedarkan diri kita sendiri. Allah nak bagi kita rasa dulu peritnya menghadapi ujian UNTUK MEMILIKI YANG TERBAIK, supaya nanti kita akan lebih menghargai pemberian Allah itu dan tahu bagaimana nak menghadapi ujian yang lebih berat selepas memilikinya. Allah nak kita berusaha, ikhtiar dan tawakal malahan lebih dekat denganNya.

Well, tiada yang salah atau benar dalam memberi pendapat, itu sudah pasti. Aku hampir sampai di Drop Off point Encik Samad di Jalan U-Thant. Aku sangat bersyukur pada Allah swt sebab mengaturkan rezeki cantik sebegini sehingga berjaya melapangkan fikiran sempit aku ketika itu. Untuk pengetahuan korang, Encik Samad ada dua isteri.


Kisah kedua. Rider aku seorang wanita, peguam dan bersamanya ketika itu anak perempuan beliau dalam lingkungan 18 tahun. Sama juga, perbualan ice breaking ialah dia kali pertama dapat driver perempuan. Perbualan orang perempuan kalau tak sentuh hal peribadi, memang tak sah, kan? Rider ni aku namakan Madam L la senang. Madam seorang balu, hampir 10 tahun. Mendiang suami beliau juga seorang peguam dan memiliki firma guaman mereka sendiri.

Madam L setia dengan suaminya sejak mereka di universiti dan selepas bertunang, mengambil masa lebih kurang 6 tahun untuk berkahwin. Sebelum berkahwin, mereka dah berkawan 6 tahun. Jadi, jumlah 12 tahun bukanlah satu jangkamasa yang singkat untuk seorang wanita melupakan pengorbanannya kepada seorang lelaki yang dicintai.

Sebagai ibu tunggal, kalau bertemu dengan ibu tunggal yang lain, aku memang mudah 'click'. Madam L terus bercerita yang setelah suaminya mati, banyak rahsia terbongkar. Menurut Madam L, mendiang suaminya merupakan anak tunggal lelaki dan sangat sayangkan keluarganya. Kematian suami Madam L berlaku secara mengejut. Madam L hilang arah. Sedih, terkejut dan risau menghantui fikirannya. Mujurlah kakaknya yang yang telah memeluk agama Islam banyak membantu dan menyokong dari sudut emosi. Perasaan sedih, terkejut dan risau kini bertambah dengan marah. Pada hari keempat kematian suaminya, ketika mendiang suaminya menunggu untuk diuruskan mengikut adat ugama beliau, kakak iparnya sudah mula sibuk bertanyakan bila Madam L hendak menukar nama pemilikan kenderaan yang mendiang adiknya telah berjanji hendak berikan padanya?

Hati siapa yang tak terbakar dengan soalan macam tu, kan? Lepas seminggu kematian suaminya, maka berkumpul la adik beradik mendiang suaminya (yang kesemuanya perempuan) beserta emak mertua beliau bersama peguam. Setelah membacakan pengagihan dan wasiat mendiang suaminya, maka hiduplah Madam L dengan hak dan sebahagian harta pencarian bersama. Ok, at this point, nampak tak de masalah kan? Sila baca lagi.

Mendiang suami Madam L telah membeli hartanah untuk setiap adik beradik perempuan dan ibunya. Hartanah itu dinamakan atas nama masing-masing tetapi pinjaman bank adalah dibayar oleh mendiang suaminya. Malangnya, Madam L tidak pernah tahu tentang pembelian hartanah itu sehinggalah diberitahu oleh iparnya yang dia perlu menyambung kesemua pembayaran hartanah tersebut dengan bank. Madam L rasa macam nak pengsan bila mengetahui perkara tersebut. Ketika hayat mendiang suaminya, dia juga ada menanggung seorang kakak dan tiga anaknya yang meningkat dewasa. Maka, secara automatik, Madam L juga harus mengambil alih saraan tersebut, sedangkan dia sendiri pun dalam keadaan terumbang ambing dan lemah.

Jadi dalam hendak tak hendak, Mdam L terpaksa 'mewarisi' segala hutang-hutang mendiang suaminya untuk adik beradiknya. Pada satu ketika, Madam L terpaksa menjual sebuah kereta mewahnya demi survival beliau dua beranak. Maka, berusaha keraslah Madam L untuk membesarkan anak perempuannya yang seorang itu demi yang terbaik. Aku sempat mengingatkan anak Madam L bahawa Madam L kuat kerana dia dan dia mesti lebih kuat untuk ibunya. Aku pegang tangan Madam L dan berkata "Madam, you have made it this far, don't give up! Freedom is just a heartbeat away".

Begitulah ujian untuk Madam L. Jadi pada para suami, hak untuk isteri jangan dinafikan. Kalau nak belikan apa-apa untuk adik beradik, maklumkan pada isteri. Kalau boleh buat persetujuan dengan adik beradik, tanggungan pembiayaan hartanah ini sementara si pembayar ni hidup, lepas tu pepandailah kau settle kan. Tak pun, ambil program mortgage yang bersesuaian.

Aku harap dua kisah ini membuka sedikit pemikiran dan pemahaman kita dalam konteks kehidupan masing-masing. Masalah dan cabran kita tak mungkin sama, tapi tujuan kita tetap satu - nak tenang dunia akhirat.

Sekian, salam sayang dari aku yang maintain Stylo. #muahciked. Bawah ni satu-satunya gambar aku 'on duty'. Belakang tu adalah rider aku yang tengah syok terlentok nyenyak. Jalan masa tu 'kem krengg' kat Damansara Perdana. So sempat la aku selfie jap.

Tuesday, June 6, 2017

Suka Duka Janda 18 tahun - Episod #1

Salam Sejahtera.. yuhuuu.. dah lama saya tak bersiaran melalui blog. Now I am back!

Cuma kali ini saya nak berkongsi suka duka selama 18 tahun menjadi single mother. Single and a mother - That sounds better, I believe. Tapi awas bila anda yang seangkatan dengan saya menggunakan istilah "I am single and a mother" sebab fikiran manusia di luar sana biasa dah tune yang negatif dahulu baru positif. Mereka mungkin menganggap samada kita ini benar-benar single dan membela anak angkat atau mempunyai anak di luar ikatan pernikahan. Walau apa pun fikiran mereka, tidaklah sehebat pemikiran segelintir wanita yang bersuami di mana mentalitinya janda itu perosak dan pengganggu gugat rumahtangga mereka. Dah basi kut?

Baiklah, untuk permulaan, saya coretkan dahulu kisah perceraian saya. Untuk pengetahuan umum, saya bercerai secara rasmi pada umur 24 tahun. Ketika itu anak sulung nak masuk 3 tahun dan yang kedua 1 tahun lebih. Sebelum itu, saya dah setahun lebih berpisah dengan bekas suami. Zaman 90-an, sistem mahkamah syariah agak 'slow' dan banyak kes perceraian bertangguh. Bosannya ulang-alik mahkamah, Allah saja yang tahu. Sekarang sudah banyak perubahan, Alhamdulillah. Tidaklah para isteri digantung tak bertali menunggu perbicaraan untuk bercerai secara baik, iaitu suami melafazkan cerai di hadapan hakim, termasuklah siapa-siapa yang ada dalam kamar bicara itu. Hebatkan? Masa bernikah ramai orang saksikan, masa bercerai pun ramai orang saksikan. #facepalm

Saya bercerai di waktu pagi di Mahkamah Syariah Petaling Jaya dan ditemani arwah Pakcik saya. Pada waktu tengahari pula saya pergi shopping di Kuala Lumpur. Konon nak meraikan setelah setahun lebih sengsaranya ulang-alik ke mahkamah. Terasa ringan sedikit bahu. Ketika bercerai, tiada apa-apa tuntutan harta sepencarian mahupun hak penjagaan anak-anak difailkan. Memang tiada harta pun kami ketika itu kecuali barang-barang elektrik yang masih ada baki ansuran yang perlu dibayar oleh saya sebab saya dah angkut keluar barang-barang tersebut ke rumah ibubapa. I take, I pay lah, kan.

Mengenai hak penjagaan anak-anak pula, adalah sipi-sipi saya dengar bekas suami nak jaga salah seorang anak-anak kami. Setakat cakap saja tapi tak failkan di mahkamah syariah, mereputlah weh kat situ. Selepas beberapa tahun, apabila pemberian perbelanjaan anak-anak tidak konsisten, maka saya failkan pula tuntutan nafkah anak-anak. Bab ini memang agak leceh dan memerlukan kegigihan tahap dewata - tapi sebab nama saya Watie maka saya tukar kepada Dewati. Ketika itu saya failkan tuntutan mengikut panduan yang diberikan oleh pegawai pendaftar mahkamah syariah di Shah Alam. Semuanya kena buat sendiri sebab tak mampu nak bayar peguam. Daripada failkan tuntutan menggunakan istilah dan mengikut arahan dengan betul sehinggalah menyediakan afidavit berbelas mukasurat. Sebab tu kalau ada kenalan yang kata nak ambik peguam untuk tuntut nafkah anak-anak, saya cakap satu je, "beb, kalau kau mampu bayar peguam, maknanya kau dah bazirkan duit anak-anak kau". Terutama kalau bekas suami memang tidak bertanggungjawab dan culas dalam bab wang ringgit. Sebab tu lah mereka bercerai, kan?

Selepas tuntutan dibuat, pihak mahkamah akan mengeluarkan "saman" kepada pihak yang dituntut (defendan) untuk hadir ke mahkamah mendengar kes tuntutan nafkah. So, pada sekian tarikh, dengan penuh semangat saya pergi ke Mahkamah Tinggi Shah Alam. Waktu pagi di kawasan mahkamah adalah seperti waktu malam di bazar Uptown. Ramai weh. Kes syariah, kes sivil. Park kereta nuuuun 600meter jauhnya. jalan kaki naik bukit ke kawasan mahkamah, kemudian masuk kamar bicara pada masa yang ditetapkan. Giliran sendiri belum sampai maka rasa macam nak muntah bila lepas satu, satu kes syariah orang lain saya dengar. Setiap kali pintu kamar bicara dibuka dari luar, setiap kali itulah saya akan menoleh, kut-kut bekas suami ke yang masuk sebab tak nampak pun kelibat beliau di bahagian lelaki. Sampailah kes saya disebut, haram tak datang bekas suami itu. Masa hakim tanya bekas suami datang ke? Saya jawab tidak, masa tu pegawai pendaftar beri sesuatu kepada hakim. Rupanya saman tersebut tidak dapat diserahkan kepada bekas suami kerana beliau tiada di rumah. #facepalm lagi!

Kes ditangguh selama tiga bulan. Baiklah, redha. Tiba tarikh yang dijanjikan, setelah cuti setengah hari diluluskan maka sekali lagi saya ke tempat yang sama, mengadap cabaran dan masalah yang sama. Ya, defendan tidak hadir lagi ke mahkahmah kerana saman tidak sampai ke tangannya. Kali ni bukan facepalm dah, kali ni rasa the whole palm tree jatuh atas kepala weh! Berat rasa bahu, keliru, tegang urat saraf menahan geram, nak menjerit pun kang kena dakwa pulak tidak menghormati mahkamah yang sedang bersidang.

Setelah berbincang dengan pegawai pendaftar mahkamah, saya akhirnya mendapatkan perkhidmatan Biro Bantuan Guaman Selangor (BBGS). Ok, you ols fikir masalah saya akan selesai? Sila baca seterusnya.

Masa ni saya kerja di KL dan saya berulang alik menaiki LRT dan transit monorel. Manakala pejabat BBGS di Plaza Perangsang, Shah Alam. Setiap kali saya ada temujanji dengan peguam, saya perlu mengambil cuti setengah hari atau 'Claim Hours" (nak jimat cuti sebab kalau ada apa-apa hal berkaitan dengan anak, ada baki cuti yang boleh digunakan). Pada hari tersebut saya perlu memandu ke tempat kerja supaya saya boleh ke Shah Alam dan boleh sampai ke lokasi pada waktu temujanji yang biasanya saya buat jam 3 petang. Ok, bila bawa kereta, kos petrol tutup sebelah mata. Tempat letak kereta kena cari yang paling murah. Kemudian kos petrol dan tol ke Shah Alam beserta tempat letak kereta di Plaza Perangsang juga perlu diambil kira. Temujanji berjalan dengan baik dan peguam memberi penerangan dan nasihat. Ok, proses pertama settled. Ada harapan nak dapatkan tunggakan nafkah anak-anak yang dah mencecah ribuan ringgit. Disclaimer : Ketika itu antara tahun 2006 dan 2009 pendapatan saya sekitar RM1500 sahaja and of course every ringgit and sen count.

Proses daftar kes di BBGS selesai. Maka temujanji demi temujanji dibuat oleh pihak BBGS untuk failkan kes di Mahkamah Syariah Shah Alam. Pernah sekali temujanji tu, saya bergegas memandu ke Shah Alam kerana dah terlambat. Sesampai saja di pejabat BBGS, pembantu peguam kata "Puan xxxx ada kes hari ni di Mahkamah Klang. Belum selesai lagi urusannya. Puan nak tunggu ke?" Kau rasa? Masa tu saya rasa hendak saja terbalikkan meja pembantu peguam tu. Kata dah buat temujanji, so mana janji mu??

Tapi, saya tidaklah seteruk itu. Saya buat lagi temujanji baru. Apa yang saya ingat, peguam ada menyatakan kesukaran untuk menyerahkan saman pada bekas suami berikutan setiap kali penyerahan dilakukan oleh wakil peguam (senang cerita, despatch lah), bekas suami tiada di rumah. Dah tu, penghantaran dibuat ketika waktu bekerja kan? Maka dengan itu saya pun mengambil inisiatif sendiri (dengan persetujuan peguam), menyerahkan saman kepada bekas suami, di luar waktu pejabat. Tapi, bukan saya yang hantar. Saya minta tolong dengan seorang kawan yang bekerja sebagai despatch untuk menyerahkan saman tersebut kepada beliau di rumah pada waktu malam. Bingo! Saman berjaya diserahkan.


Tarikh perbicaraan tiba. Hadap lagi masalah tempat letak kereta yang jauh tu. Naik tangga ke lobi Mahkamah Tinggi Shah Alam dengan penuh semangat. Sesekali berselisih dengan peguam yang handsome. Hilang penat weh! Naik tingkat enam tak silap saya, melangkah tenang ke kamar bicara. Duduk diam-diam. Satu jam berlalu, kes demi kes disebut. Nak muntah lagi bila pasangan separuh abad memohon untuk bercerai dan membuat tuntutan harta sepencarian. Bertambah nak muntah bila bayang bekas suami tak nampak di bahagian lelaki. Demi anak-anak, saya teruskan juga duduk dalam kamar bicara. Hati sudah mulai tidak sedap. 85% hati merasakan bekas suami tak akan datang. 15% lagi bersangka baik, beliau mungkin lewat.

Macam dah panjang sangatkan cerita ini? Apa kata kita sambung di Episod #2?

Tuesday, January 28, 2014

Review Perbankan di Malaysia - berdasarkan pengalaman seorang yang bukan jutawan

Home

Salam Sejahtera. Diharapkan semua beroleh rahmat dari Allah dan kesihatan yang baik.

Kali ini saya nak buat review tentang perkhidmatan bank yang sangat teruk mengikut pengalaman dan kepercayaan saya. Review ini bukan bertujuan untuk menjatuhkan reputasi bank sebaliknya perkongsian maklumat. Tapi kalau nak difikirkan secara logiknya, mampukan review ini membuatkan reputasi mereka terjejas? Mampukan review ini mendorong pengarah-pengarah bank yang kaya raya itu menambahbaik perkhidmatan dan sistem perbankan mereka? Saya pun tak tahu walaupun saya berharap saya akan jadi popular di kalangan mereka. (ketawa..ketawa..)

Semua sedia maklum saya bukanlah ahli perniagaan juah sekali jutawan yang berurusan dengan bank setiap hari. Setakat setiap bulan atau setiap 3 bulan berurusan dengan bank memang ada dan kebanyakannya secara online, sekali sekala di ATM. Saya ada akaun bank yang masih aktif hampir di setiap bank terkemuka di Malaysia seperti :-
1) Mebeng (savings)
2) See I am Bee (savings dan loan)
3) Arr Hatch Bee (savings dan loan)
4) Standing Chart (savings, credit card dan loan)
5) Pub Lick Bank (savings sebab gaji masuk kat sini)
6) Siti Beng (credit card)

Banyakkan? Itu maknanya nama saya tidak pernah di blacklist jauh sekali di blackmail di Bank Negara.

Mengapa sampai ada 6? Mebeng tu adalah akaun bank yang kedua saya buka ketika umur 17 tahun sebab syarikat yang saya kerja kredit gaji dalam akaun bank ini. Ini adalah akaun paling lama bertahta di dalam fikiran saya sampaikan nombor akaun pun boleh hafal. Malah 4 digit terakhir nombor akaun ini pernah jadi 1st prize dalam sistem nombor ekor... hahahahaha. See I am Bee dan Standing Chart pun sama juga, dibuka kerana gaji dikreditkan di bank ini. Kemudian diikuti dengan Pub Lick Bank. Arr Hatch Bee sebab apply loan dan dia bagi buka akaun simpanan sekali. Siti Beng hanya ada akaun kad kredit. Majikan sekarang kredit gaji di Pub Lick Bank jadi akaun bank yang lain saya gunakan atas tujuan tertentu, sebab itu ianya masih aktif.

Berikut adalah review saya dan sekali lagi hendak saya tegaskan ianya adalah berdasarkan pengalaman saya seorang dan bukan secara kolektif dari mana-mana pihak :-

Mebeng
Gambar harimau sudah cukup menggerunkan walaupun bakinya dalam akaun bank saya tidaklah menggerunkan. Setakat ini, saya tidak pernah ada pengalaman memarahi pegawai atasan. Pengalaman tidak bagus saya ialah saya bank-in sekeping not RM100 di KLCC. Malangnya mungkin not tu tersangkut (sebab ianya hanya sekeping) jadi keluarlah satu mesej di skrin yang lebih kurang menasihati saya berurusan dengan pihak bank kerana transaksi tidak dapat diproses sepenuhnya. Saya pun pergi dekat pegawai yang berada di kaunter 'foreign exchange' tapi dia tak dapat nak membantu kerana pegawai yang in-charge dah balik sebab masa tu lebih kurang pukul 7 malam. Ok, saya faham. Namun dia mencadangkan esok paginya berjumpa dengan pegawai yang bertugas untuk tindakan lanjut. Jadi esok paginya saya pun buat laporan. Settled.

Lepas 3 hari, akaun bank saya masih lagi menunjukkan baki kurang RM100 maknanya kes saya belum diselesaikan. Jadi saya telefon Perkhidmatan Pelanggan Mebeng ini dan pegawai itu cakap dia akan hubungi KLCC untuk dapatkan nombor report. Kau tahu jah? Kurang 2 jam, saya dah dapat balik RM100 tu dalam akaun bank ini.

See I Am Bee
Ini memang tak boleh blah! Call Centre Agents bank ni memang pernah dapat hamun dari saya. Kesian pun ada juga tapi inilah nasibnya kalau call centre di out-source kan kepada pihak yang tidak berapa nak bertanggungjawab. Product knowledge budak-budak ni memang out. So lack of training lah kan. Pasal sistem perbankan internet lagilah tak tahu apa-apa. Ye lah, budak-budak tu bukan hari-hari buat internet banking. Tapi kalau pelanggan kongsi cerita tu, silalah highlight kat higher management, kan?

Untuk kes pertama, saya ada pinjaman perumahan. Akibat kemelesetan (setan je bunyinya kan?) ekonomi saya, maka saya mohon untuk 'rest' payment. Jadi lebih kurang 2 tahun setengah jugalah saya 'rest' dari pembayaran ansuran bulanan. Kebetulan ketika itu saya sudah pun bernaung di bawah bank lain iaitu Pub Lick Bank. Tiba masa pembayaran semula, saya buat melalui perbankan internet. Mudah bukan, tak perlu ke mesin ATM keluarkan xxx ringgit kemudian beratur pula ke mesin bank tunai ala-ala cara lama. Malangnya, sistem pembayaran balik pinjaman See I Am Bee ini tidak menerima pembayaran melalui internet bank lain. Tapi pada ketika itu saya langsung tidak tahu. Apa yang saya tahu, setiap bulan dalam jangkamasa 2 tahun tersebut saya tidak mempunyai masalah dengan perbankan internet mereka. Tup! Tup dapat SMS akaun pinjaman saya dah lapse. Saya periksa semula akaun Pub Lick Bank saya dan ternyata ada lebihan wang di situ. Saya telefon Call Centre tersebut dan bertanya, apa masalah dengan bank itu sehinggakan transaksi pembayaran balik pinjaman saya “bounced”? Walaupun kejadian ini dah berlaku 2 tahun setengah yang lampau, saya masih ingat lagi jawapan budak tu,”Puan buat internet banking guna Mebeng ke? Kalau Mebeng memang tak boleh.” Arr...???? Darah saya dah menyirap. Saya tak guna Mebeng, Mengong ke, saya guna Pub Lick Bank dan dah jadi masalah dah ni sebab interest dan late charge dah pick up (walaupun beberapa sen jer, tapi bengang woo..). Jadi dengan rasa marah yang amat meluap saya pun tak semena-mena memarahi budak itu “What the tuuut service you are having!” Saya terus end the call tapi lepas tu saya telefon balik minta nombor telefon bahagian Pinjaman. Pada mulanya budak ni tak mau kasi sebab katanya segala perkara berkaitan perbankan mestilah melalui nombor yang saya hubungi. Ah, sudah! Lagi mau menggelegaklah darah ni dibuatnya. Tapi kali ini saya lebih berhemah dan menyatakan bahawa saya ada masalah dan masalah ini korang tak boleh selesaikan. Akhirnya budak ni beri jugalah nombor telefon yang saya minta. Memang benar, sistem pembayaran balik pinjaman bank milik Abang Nazir yang hensem ini tidak menerima transaksi melalui perbankan internet pihak ke-3. Rasa nak perang ke-3 jer masa tu. Jadi, teruslah saya ke mesin ATM dan beratur macam orang bodo di situ untuk bank in duit. Bertambah sengal kepala otak saya bila ada not yang tidak boleh diterima...Arrrggghhh sakit hati betul. Nasib baik ada beberapa keping not 50 dalam tangan pada ketika itu.

Sejak pada kejadian yang tak masuk akal tu, saya setiap bulan buang masa keluar duit dari akaun Pub Lick Bank dan beralih ke mesin tunai. Lepas 3 bulan, saya dapat idea untuk transfer duit itu ke akaun simpanan dahulu kemudian lepas 2 hari, saya akan log in pula ke See I AM Bee kelik dan transfer ke 'own account'. Itu dah kira habis ikhtiar yang convenient saya boleh fikir sampai hari ini.

Itu kisah bayaran balik dan perbankan internet. Ini kisah kad kredit bank yang sama. Sangat bagus mereka ini bila menawarkan kenaikan had kredit dari RM5K kepada RM7K. Tapi saya nekad nak tutup akaun kerana telah berjaya merancang kewangan saya agar tidak lagi menambah bebanan hutang secara sengaja. Saya berjalan kira-kira seratus tapak dari hotel saya bekerja ke Pusat Kad bank ini di Sunway Pyramid. Pegawai itu siap guntingkan kad kredit di hadapan saya (prosedur biasa la tu). Apabila berjalan keluar dari pusat itu saya rasa satu bebanan sudah tiada dan terasa amat lega. Pada tahun berikutnya, saya menerima penyata kad kredit yang telah saya tutup dan tertulis amaun RM 60 sebagai cukai perkhidmatan. Saya sangat terkejut kerana hampir setahun yang lepas saya sudah tutup akaun kad kredit ini jadi apa ke jadahnya saya dikenakan cukai perkhidmatan? Keesokannya saya berjalan lagi seratus tapak ke Pusat Kad tersebut untuk membuat laporan. Cara pegawai tu tengok dalam sistem macam cuak dan terkejut pun ada. Tapi of course la dia cover. Dia akui yang akaun saya memang dah di tutup tapi dia akan hantar laporan ke HQ untuk 'waive' caj tersebut. Jadi saya percaya perkara ini mungkin ada kesilapan jadi untuk mengawal perasaan dan maintain stylo, cepat-cepat saya berlalu pergi. Ok, lega.

Pada tahun lepas, saya maintain stylo lagi dengan menulis ke Bank Negara Malaysia. Lagi sekali saya terima penyata kad kredit yang telah di tutup akaunnya. Setelah 2 tahun, mereka caj lagi RM 60 untuk cukai perkhidmatan. Bengong? Memang bengong. See I AM BEE? (Lihat, saya adalah lebah)? Saya “bising” dalam bentuk penulisan melalui email ke BNM. Saya sertakan segala maklumat. Selepas seminggu saya terima balasan dari pegawai untuk merujuk perkara ini ke bank tersebut. Kurang seminggu saya terima panggilan telefon dari bank tersebut meminta maaf atas kesilapan. Dengan nada yang baik saya tanya, macam mana boleh berlaku sedangkan dah 2 tahun tutup akaun ni? Dia jawab senang aje, staff yang buat kerja ni ter'ambil' semua database termasuk yang dah tutup akaun. Maknanya, bukan saya seorang sajalah yang terkena, kan? Pegawai itu kata dia akan settle kan perkara ni. Saya minta dia bukan sekadar cakap tapi sila re-cap dalam bentuk penulisan juga kerana ianya dah 2 kali berlaku. Kira-kira 3 hari selepas itu saya menerima surat yang jelas menyatakan seperti di atas. Surat itu pula di tandatangani oleh Pengarah bahagian kad kredit. Saya harap pengarah tersebut bukan tandatangan buta-buta aje tanpa follow up.

Arr Hatch Bee
Ini saya gelarkan “Unreliable bank”. Sebab? Ini berkenaan dengan sistem kad debit yang pada mulanya saya percaya ianya untuk kemudahan dan keselamatan. Ok, apa yang anda faham tentang DEBIT dari sudut pemikiran sebagai pengguna? Saya harap pemahaman anda sama seperti saya. Debit bermaksud penolakan sesuatu amaun dari akaun pengguna. Dalam hal ini iaitu debit kad, sekiranya dalam akaun tersebut mempunyai baki wang yang mencukupi atau lebih dari mencukupi untuk satu-satu transaksi maka ia akan ditolak terus dari akaun tersebut. Betul? Tapi lain ceritanya apabila ada transaksi yang saya lakukan tidak ditolak lebih dari 72 jam. Mangkuk ayun kan? Ini bukan kad kredit, ini kad debit. Kalau transaksi lain telah ditolak, kenapa 3 transaksi di lain tempat dan masa ini masih lagi tidak ditolak dari akaun saya? Lebih menjengkelkan, saya telah memeriksa baki akaun saya secara online. Selang 2 hari saya buat transaksi di stesyen petrol sebanyak RM50. Keesokannya saya nak keluarkan wang dari ATM, saya terkejut kerana bakinya kurang RM200. Balik ke rumah saya periksa pula secara online terkejut pulak yang RM200 yang saya kata kurang itu ada pulak. Macam main silap mata. Saya lihat balik resit pengeluaran wang, memang bakinya tertera xxx di mana kurang RM200 dari hari pertama saya periksa. Terkejut lagi, kerana transaksi yang saya buat di stesyen petrol itu tiada dalam transaksi kad debit saya. Gila ke apa sistem Arr Hatch Bee ni? Takkan nak kasi petrol percuma? Dah lebih 72 jam takkanlah 'merchant' atau pemilik stesyen petrol tu tak buat settlement untuk sistem kad debit/kreditnya? Lagipun mesin POS kad kredit dan debit ni dah di set kan pada sesuatu masa mesti buat settlement supaya bank pembayar boleh proses pembayaran balik dalam masa 48 jam kepada peruncit. Kalau tak buat, mesin tu takkan boleh buat transaksi baru. Jadi saya buat congakan sendiri dan agak-agak bakinya. Petang itu saya shopping ala kadar di AEON Sunway Pyramid. Saya ada buat 2 transaksi di situ. Cuba teka apa masalahnya?......................... Ya, kedua-dua transaksi tersebut masih belum ditolak dari akaun saya selepas 72 jam. Dapat bra free dan boxer short la saya rasa kali ni (sebab shopping bra..hahaha. Boxer short untuk anak bujang tau).

Untuk masalah yang pertama, saya dah email ke customer support. Jawapan amat menjengkelkan. Macam yang saya syak di atas, jawapnya kalau merchant tak buat settlement, jadi transaksi itu masih lagi belum ditolak sepenuhnya. Manakala baki yang dilihat dalam ATM memang berbeza dengan apa yang kita lihat di internet. Logik kah? Atau saya yang bodo? Saya dah tahap nak maki orang jer rasanya dan saya balas balik takkanlah merchant tu baik benor hatinya tak buat settlement dan tak kisah cash flow masuk ke idak, kan? Sampai hari ni tak ada pegawai yang jawab soalan tu. Atau mereka lihat tiada soalan di situ cuma statement je. So, tepat tak gelaran saya yang bank in UNRELIABLE?

Pub Lick Bank
Saya memang tiada masalah dengan bank ini pada mulanya. Cuma kekadang menyampah nak cari ATM nya sebab sayangkan RM1. Ye lah kalau 100 kali setahun kita keluarkan wang di ATM bukan Pub Lick Bank, bukan ke dah RM100 dia ambil dan bahagi sama rata dengan MEPS. Itu baru seorang pengguna, dikalikan dengan berjuta pengguna..ceh! Ferrari woo boleh beli.

Disebabkan gaji saya dikreditkan di bank ini maka banyaklah aktiviti perbankan internet yang berlaku. Semua sedia maklum perbankan internet menggunakan sistem keselamatan yang amat tinggi iaitu penggunaan PAC atau OTP yang di sms kan ke nombor handphone yang didaftarkan. Saya telah pun menukar nombor telefon 2 bulan yang lalu tapi nombor lama masih lagi dalam simpanan kerana digunakan oleh anak saya. Leceh juga macam ni kerana saya kena tunggu anak saya depan mata baru boleh buat transaksi sebab mahukan PAC tu. Hari ini ( 28/1) saya pun carilah nombor telefon Pub Lick Bank ni dan baru saya perasan yang di belakang ATM kad bank ini tiada nombor telefon bank. Ok, tak apa, saya browse website bank ini dan saya pelik juga kenapa tiada satu nombor untuk semua perkhidmatan? Banyak betul nombor telefon mengikut servis. Saya telefon nombor bebas tol yang tak lah bebas sangat ni 1800225555, ianya berdering tapi tak berjawab. Kemudian saya lihat skrin telefon saya dan terkejut tertera nama WAZZUP DEAL sebagai caller ID. Pelik sungguh sedangkan saya tak save pun nombor Wazzup ni tapi mungkin sebab saya merge contact details email dan kad SIM jadi secara automatiknya nombor Wazzup ni keluar. Tapi kenapa Wazzup sedangkan saya telefon Pub Lick Bank dan nombor tersebut saya ambil dari website bank tersebut? Saya telefon pula nombor yang dikhaskan untuk Card Service. Perempuan Cina yang jawab tu tidak memberi perhatian sepenuhnya kepada saya dan saya ulang sebanyak 3 kali yang saya mahu kemaskini nombor telefon saya untuk tujuan perbankan internet. Dia jawab yang nombor telefon ini hanya untuk masalah kad kredit saja, kalau masalah lain kena telefon nombor lain. OMG.. macam ni ka Pub Lick Bank. Rasa nak suruh dia orang tukar nama kepada PUBIC Bank je....

Saya pun hubungi nombor yang diberi. Sangat bagus kerana nombor ini dijawab oleh manusia bukan mesin. Tapi, yang jawab tu Receptionist, bukan pekerja call centre yang biasa bank lain buat. Jadi dia transfer kan panggilan saya ke bahagian Savings, katanya. 3 minit berlalu tiada yang menjawab. Saya dah mula naik angin sepoi-sepoi bahasa. Saya browse lagi website nya mencari email yang boleh saya buat complain. Saya copy paste email dari website dan tulis ayat-ayat cinta. Bila touch butang 'send' boleh pulak prompt “invalid email”?????????????? Alamat email yang saya copy dan paste dari website INVALID???? Ok, rilek lagi, saya scroll down lagi website tu dan ada 'contact us via internet'. Macam biasa lah kita kena penuhkan kotak kosong yang mandatori seperti nama, nombor telefon, email dan pilih dari dropdown case perkara apa yang nak dikongsi. Semua dah cun jadi saya touch butang 'submit'. Anda fikir ianya benar-benar 'submit'?

Jawapannya tidak! Ada prompt lagi mesej yang saya rasa paling bodo dalam dunia perbankan dan IT. Mesej yang prompt tu macam ni “invalid characters -*&)?><@!$%^&}{ not allowed”. Korang tengok betul-betul characters yang ditaip tu ada '@' kan? Bukan ke alamat email kita semua dalam dunia yang fana ni ada character '@' tu? Ok takpe, saya buang character @ tersebut dan tinggalkan sebagai watiestylo75gmail.com dan tekan butang submit. Anda fikir ia submit?

Jawapannya – masih lagi TIDAK. Lagi sekali ianya prompt “invalid email address”! Haaa.... ambik kau, dua-dua pun tak boleh jadi pakar IT mana yang design webpage ni yang korang rasa paling bijak di dunia yang fana ni? Sebijak mana pun pakar IT tu takkanlah tiada satu pegawai yang buat test inquiry kan?

So, saya pun tulis email kepada Pub Lick Bank dengan bahasa yang kasar berdasarkan pengalaman di atas. Jawapan yang diberikan untuk tukar nombor telefon tu dia kata saya boleh walk-in ke mana-mana cawangan Pub Lick Bank (aku dah start nak gelar mereka PUBIC bank ni....). Berkenaan dengan webpage tu nanti diorang akan siasat. Pasal invalid email dan nombor telefon yang entah apa-apa tu malas saya nak bagi tau. Biasanya kalau kita hantar email, yang jawab mesti bagi nama dia kan? Yang ini bank paling pemalas dan penakut gamaknya sekadar sign off sebagai “Customer Support” jer.

Dear Watiestylo,
Thank you for contacting us at Public Bank.

Please be advised that updating mobile phone number for PAC service can be
performed at any of Public Bank branch counter.

With regard to "Contact Us", some of special characters is not allowed,
however we will explore the requirement for future enhancement.

We regret for any inconvenience caused and thank you for banking with us.


PBeBank.com Customer Support
Public Bank Berhad


So saya jawab
dear anonymous,
thank u for the speedy reply.
You really have a very bad idea - suggesting me to walk in to any branch and waste my time just to update my contact details. Is this an idea from your higher management or from you personally?
Please ask yourself a question - why in the first place customers choose INTERNET BANKING?
If your answer is convenient, so is walk in to the branch just to update a contact number is called CONVENIENT?


Boleh pulak dia jawab pantun saya begini
Dear Watiestylo,

We  hope  that  you  would  understand that we have to apply for a stricter
rules when it comes to online transfer for security measure. This is mainly
to safeguard our customer's account and consequently preventing from online
scam  or  unauthorised  online transaction.

Hope this clarifies and we regret for any inconvenience caused.


Saya jual lagi pantun :-
Citibank and StanChart allowed customers to update their contact details over phone call. so u mean oversea banks are not sensitive with security and safety?
stop replying to me if you keep giving me a robotic answer. it is annoying. i'm wondering u are just makan gaji kind of employee who does not have 'customer obsession' to prolong the matter to ur higher management for improvement.
If you think you are pissed off with my email, please get someone who can attend to my complain better than you.


Kesemua di atas berlaku dalam masa 5 jam. Selepas pantun yang terakhir pada jam 3.56pm 28/1/2014. Mungkin budak tu betul-betul pissed off dengan pantun saya. Jadi saya akan tunggu kalau-kalau ada pegawai atasan yang mempunyai sifat customer obsession menghubungi saya.

Standing Chart dan Siti Beng
Setakat ni saya memang tiada masalah dengan kedua-duanya. Call centre mereka terbaik dan sangat professional.

Itu saja review saya untuk Standing Chart dan Siti Beng. Pendekkan? Serius, memang tiada masalah.

Rasanya ini review yang terpanjang 2014.

Sekian.


Monday, December 9, 2013

Kegembiraan menjadi janda dan kepiluan seorang balu

Salam Sejahtera kepada semua pembaca. Kepada yang terlibat dalam fehomena alam di Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan, bersabar dan redhalah atas kejadian itu. Sesungguhnya kawasan anda itu telah dipilih oleh Allah swt untuk diuji penduduknya. Fenomena ini juga mendidik masyarakat lain untuk menjadi lebih bertimbangrasa, pemurah dan menolong sesama sendiri. Insyallah.

Tajuk posting saya kali ini mungkin agak kasar dan mampu menyentuh sensitivi sesetengah masyarakat, wanita dan para isteri. Saya mohon anda baca dulu untuk memahami huraiannya.

Walaupun saya seorang janda, namun tidak pernah terlintas di hati saya untuk suka dan menggalakkan wanita yang bersuami MEMINTA-MINTA UNTUK MENJADI JANDA apa lagi menjadi balu. Status janda diperoleh apabila seorang wanita yang telah berkahwin dicerai atau bercerai dengan suaminya. Manakala balu adalah status seorang wanita yang telah berkahwin namun diuji oleh Allah swt dengan mengambil suaminya kembali ke Rahmatullah, Innalillah.

Apakah perbezaan dua status ini? Tentu banyak bezanya terutama dari segi emosi. Setelah menjadi janda, saya pasti ada sedikit KEGEMBIRAAN bakal terpancar di wajah janda baru itu kerana tidak perlu lagi bersusah payah hidup bersama lelaki yang tidak bertanggungjawab. Walaupun perlu menguruskan hidupnya secara solo, pada seorang janda, itu adalah lebih dari terpaksa memendam perasaan dan menderita.

Berbeza dengan seorang balu. Tiada siapa dapat menjangkakan suami yang tercinta, bertanggungjawab dan baik tiba-tiba dijemput Illahi. Di kala seorang isteri tiada pekerjaan, mempunyai anak-anak untuk diuruskan, bil-bil untuk dibayar dan pelbagai lagi perlu dihadapi, tiada yang menggembirakan pada dirinya sebaliknya adalah KEPILUAN DAN KESEDIHAN.

Apabila berlaku perceraian secara sah di Mahkamah Syariah, pihak bekas isteri masih lagi boleh menuntuk hak beliau seperti harta sepencarian, nafkah edah dan nafkah perbelanjaan anak-anak. Walaupun proses tersebut ada yang mengambil masa hingga bertahun, jika rezeki berpihak pada bekas isteri maka 'beruntung'lah bekas isteri tersebut kerana mendapat sokongan kewangan dari bekas suami.

Bagaimana pula seorang balu hendak menuntuk haknya? Anda boleh bayangkan betapa peritnya situasi yang perlu dihadapi oleh sesetangah balu ini sekiranya :-
1) Arwah suami tidak menamakan isterinya sebagai penama di akaun KWSP
2) Sekiranya arwah suami tidak pernah mengambil sebarang insuran dan meninggal akibat kemalangan, si isteri terpaksa menanngung kos atau baki perubatan ketika arwah di hospital kerana syarikat hanya menanggung sebahagian (mungkin syarikat kecil jadi 'coverage' insurans perubatannya juga kecil)
3) Adik-beradik arwah pula masuh campur dalam pengagihan harta
4) Anak-anak arwah suami bersama isteri yang sebelumnya juga menuntuk hak secara faraid
5) Si isteri tidak mempunyai anak kandung bersama arwah suami namun memelihara anak angkat. Segala harta sepencarian pasangan ini juga menjadi rebutan adik-beradik yang lain.
6) Lebih memilukan sekiranya arwah suami pergi dengan meninggalkan hutang yang banyak tanpa pengetahuan isteri.

Di atas hanyalah sebahagian dari kisah yang pernah kita baca dan dengan atau mungkin tak pernah di antara kita ambil tahu. Bayangkan anda seorang isteri, tidak bekerja (sekadar menjual kuih tempahan orang untuk duit poket sendiri) dan mempunyai 4 orang anak. Suami menjalankan perniagaan keluarga dan harta kegunaan harian seperti kereta dan motor dibeli atas nama syarikat. Apabila suami meninggal dunia, syarikat mengambil kembali kegunaan harian ini dengan alasan ianya hak syarikat. Bagaimana anda hendak bergerak ke pasar, ke sekolah dan menghantar kuih-muih untuk jualan? Syarikat keluarga pula (maknanya syarikat yang diuruskan oleh bapa mertua) pula hanya memberi wang saguhati beberapa puluh ribu ringgit untuk balu (atau bekas menantunya) meneruskan hidup bersama-sama 4 orang anak. Anda tinggal di ibukota dengan kos perbelanjaan sebanyak RM2000 sebulan. Jadi, apakah perasaan anda jika diuji begini? Berapa lamakah wang saguhati yang beberapa puluh ribu itu boleh bertahan? Sebelum semua ini berlaku, adakah anda mengetahui ianya akan berlaku dan adakah anda telah merancang kewangan anda? Selain dari terkejut dengan pemergian suami tercinta, kemudian kepayahan yang perlu ditempuh serta perasaan sedih, rindu dan tekanan yang mendatang, mampukan seseorang balu ini menghadapinya tanpa sebarang persediaan?

Berbeza dengan seorang janda. Sebelum seseorang itu bergelar janda, sudah tentu ada pihak yang memfailkan tuntutan cerai di Mahkamah Syariah. Jadi perkara ini telah dirancang oleh pihak yang meminta (planitif) dan sudah tentu planitif ini telah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi segala yang mendatang. Sudah tentu seorang yang bakal jadi janda atas kehendaknya sendiri telah bersedia dengan kehidupan barunya nanti.

Nampakkah anda perbezaannya?

Adakalanya, wanita yang telah bersuami amat angkuh dengan kehidupannya bersama suami. Segala-galanya suami yang uruskan. Apabila suami cuba membantu seorang kawan dan kebetulan kawan tersebut adalah seorang janda, maka bermacam-macam 'amaran' diberikan kepada suami dan kawan tersebt sehingga terkeluar ayat “aku tak mau jadi janda macam kau”. Namun Allah swt lebih berkuasa, memang si ister tidak menjadi janda tapi menjadi balu sebaliknya. Innalillawainna ilaihirojiun. Ini adalah kisah benar yang terjadi pada saya. Sehingga kini saya tidak mampu untuk berjumpa dengan balu ini walaupun kami saling kenal mengenali. Saya bimbang saya tak mampu nak mengawal perasaan saya sekiranya bertemu dengan beliau yang sangat baik. Cuma mungkin pada ketika itu beliau amat risau saya merampas suaminya kerana kami sentiasa bertemu dalam satu kumpulan motosikal yang diterajui oleh arwah suami beliau. Pernah pada satu ketika saya pernah berkata-kata dalam hati “padan muka kau, tak nak jadi janda tapi terus jadi balu”padahal saya amat menghormati arwah suaminya yang .. Allah sahaja yang tahu keihklasannya membantu saya pada satu ketika dulu. Namun, lama-kelamaan, saya menyesali perasaan “padan muka” itu kerana Allah juga akan menguji saya sekiranya jodoh saya diizinkan lagi. Kalau bukan pada saya, mungkin Allah akan uji anak, adik atau sepupu perempuan dan makcik saya.

Samada menjadi janda atau balu – hakikatnya mesti ada masyarakat yang memandang serong dan rendah dengan kemampuan dan niat kita. Tuduhan nak kacau suami dan rumahtangga orang sudah menjadi satu cop rasmi di dahi setiap wanita yang bergelar janda atau balu. Tapi bila berkawan atau berkahwin dengan si bujang, dikatakan mengguna 'ubat guna-guna'. Kenapa tak pilih duda? Tahukah anda, jika anda sendiri merasakan agak sukar nak memelihara dan mendidik anak kandung, mampukan anda memelihara dan mendidik anak-anak tiri?

Menjadi janda atau balu juga bukanlah hina. Namun, cara janda atau balu itu membawa dirinya di khalayak ramai dan masyarakat itulah yang membuatkan anda dinilai. Sebelum memilih jadi janda, carilah cara terbaik menyelematkan keadaan. Keajaiban mungkin berlaku dengan izin Allah swt.

Pernah seorang kenalan akhirnya memohon untuk bercerai namun Allah swt tidak mengizinkan dengan cara menghadiahkan pasangan ini janin di dalam rahimnya. Allahuakhbar.

Jika ada para pembaca yang hendak dan telah memfailkan perceraian anda di Mahkamah Syariah, fikirlah sekali lagi. Ada ramai wanita di luar sana yang hendak bersuami namun belum mendapat keizinanNya. Anda yang telah bersuami, hanya dengan alasan tiada persefahaman, dengan mudah memfailkan perceraian? Ada juga kes yang suami tak pernah menduakan isteri, tak pernah pukul dan tak pernah mensia-siakannya, si isteri tetap memfailkan kes perceraian dengan alasan, suami gagal memberi perubahan pada kehidupan selepasa beberapa tahun berkahwin. Allahuakhbar! Namun ada juga suami yang selalu memukul dan menduakan isteri, namun si isteri langsung tak menfailkan apa-apa kerana bimbang kehidupan akan jadi lebih tidak terurus selepas bercerai.

Kematian tidak dapat diduga oleh manusia kerana itu adalah salah satu enam rahsia Allah swt kepada manusia. Kepada para isteri yang sedang bahagia, bersedialah apabila nyawa suami ditentukan Allah swt sehingga pada saat itu. Beruntungnya ada suami yang menyediakan pelbagai kemudahan, tapi jangan lalai dan hanyut dengan kemudahan itu sehingga anda jatuh terduduk.

Ramai yang menepis bila ada yang bercerita pasal mati sedangkan ianya pasti berlaku. Oleh kerana itulah ramai waris yang tak bersedia bila kematian berlaku.

Tulisan ini adalah peringatan ikhlas dari hati saya dan maaf dipohon sekiranya ada pembaca yang terguris hati. Belajarlah dari pemerhatian dan kesilapan. Jangan meminta-minta perkara yang tidak baik, sebaliknya bersedia ke arah perkara tidak baik yang bakal berlaku. Insyallah, Dia akan mempermudahkan.

Thursday, October 24, 2013

Syukur di atas Nikmat Allah -- #1

Salam Sejahtera para pembaca. Syukur ke hadrat Illahi yang mengizinkan saya bernafas lagi hingga hari ini. Segala dugaan dan cabaran ditempuhi dengan penuh kesabaran. Segala kegembiraan disimpan rapi dalam kotak kenangan.

Posting kali ini menyentuh tentang syukur. Bukan Pak Cik Syukur, tapi perasaan yang bersyukur pada Allah swt di atas segala pemberianNya. PemberianNya dapat dirasai dan dinikmati samada secara bersendirian atau bersama orang lain. Ada dua saluran kalau Allah nak beri kita nikmat. Pertama, direct dari Dia. Kedua melalui manusia dan haiwan.

Antara contoh-contoh nikmat yang datang direct melaluiNYa :-
1) Kita masih hidup
2) Hidung yang sempurna untuk kita bernafas. Walaupun tak mancung macam Kareena Kapoor ianya tetap hidung. Cuba anda google "lubang hidung" dan lihatlah imej-imej yang tak terduga dek akal kita.


3) Telinga yang tidak tuli agar dapat mendengar walaupun telinga kita ala-ala Star Trek tu.
4) Sepasang mata yang boleh melihat walaupun bercermin mata. Bila orang bercakap dengan kita, 99% orang akan pandang mata kita, kan? Bayangkan mata kita tak ada sebelah? Sedangkan ada mata pun orang kata "Hoi, buta ke?" inikan pula tak ada mata..
5) Lidah yang bijak berkata-kata, menyanyi, membaca Al-Quran, berdebat, berpidato dan juga mengejek orang lain --- "Bluekk!"
6) Gigi yang boleh mengunyah makanan seterusnya mengenyangkan perut kita. Tak kurang juga untuk menggigit pen atau kuku di saat kita keresahan.

Di atas hanyalah sebahagian yang Allah berikan nikmat sejak lahir (kecuali gigi, ia tumbuh kemudian), tak dapat dibeli macam additional accessories untuk smartphone, kereta atau motor. Jadi, nikmat Allah yang manakah kita semua nafikan? Hidung kita tersumbat, kita mengeluh "ee..benci betul la bila kena selsema ni" tapi kita sendiri tak menjaga hidung itu dengan baik. Bila mata kita sepet sebelah dan tentu wajah kita pun terjejas kecantikannya. Lantas kita malu walaupun sepet itu bersifat sementara dan mata itu masih lagi berfungsi untuk melihat. Lantas kita pun capai spek mata hitam konon nak cover. Pernahkah kita berkomunikasi dengan orang yang lidahnya pendek dari ukuran biasa? Lidah manusia yang normal adalah di antara 5 dan 6 cm sahaja agar manusia boleh bertutur dengan sempurna. Apabila lidah seseorang itu lebih pendek dari 5 cm, kemungkinan besar pertuturan seseorang itu tidak beberapa sempurna dan membuatkan orang yang berkomunikasi dengan beliau mempunyai masalah untuk memahaminya. Lebih menjengkelkan apabila kita menggelakkan pertuturan beliau. Well, that's the truth! Bagaimana dengan gigi? Ini lebih seronok ditertawakan terutamanya bila gigi seseorang itu JONGANG, RONGAK dan.....kuning ala-ala butter. Errkkk...! Apa reaksi anda bila gigi itu sakit? Mesti ada di antara kita yang menjerit "eeee rasa nak tumbuk-tumbuk je pipi nih!". Tapi bila ditumbuk, lain pula ceritanya.

Bila kita bersyukur? Ini jawapan saya - setiap masa dan ketika.
Bagaimana kita bersyukur? Ini jawapan yang saya dengar satu ketika dulu : "Haish, dapat banyak bulan ni pun, habis kena potong dengan income tax".
Di mana kita bersyukur? Ini yang saya selalu nampak - di wall facebook.
Mengapa kita bersyukur? Ini yang saya baca - Bismillahirrahmanirrahim 'Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepada mu. Bersyukurlah kepada-Ku dan janganlah kamu ingkar kepada-ku. Wahai orang-orang yg beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yg sabar'.

Ayat 152-153, Al-Baqarah

Cukuplah dengan potongan ayat dari Surah Al-Baqarah itu untuk menyedarkan kita cara yang betul untuk bersyukur dan mengapa perlu kita bersyukur. Saya pasti tiada para ilmuwan dan ulama yang menafikan ayat Al-Quran ini. Mereka manusia, kita yang bukan maksum juga manusia. Ayat Al-Quran diturunkan untuk manusia. Jadi, anda tidak perlu jadi pari-pari atau malaikat untuk bersyukur dengan nikmat Allah.

Kadang-kadang, kita selalu mengeluh dengan apa yang orang lain tak beri pada kita. Tapi kita tak nampak apa yang Allah swt telah dan boleh beri kepada kita.

Mengapa ada di kalangan kita tidak bersyukur? Menurut pemerhatian saya, sebab jiwa mereka kosong. Kalau tong yang diberi nama "tong sampah" itu kosong tak pernah terisi sampah, maka kita tak panggil dia tong sampah. Kita boleh panggil ianya tong perhiasan. Namun ianya adalah sebuah tong - tak bernyawa. Jadi kalau jiwa yang diberikan Allah sejak lahir itu kosong, maka tiadalah iman di dalam hatinya. Jika tiada iman, bagaimana hendak bersyukur? Malah sentiasa mengeluh. Ada satu contoh seorang hamba Allah yang saya kenal. Dapat RM900, mengeluh kerana tak cukup dengan kos sara hidup sekarang. Bila sudah diberi RM1500, masih lagi tidak mencukupi sebab kereta rosak berkali-kali sebulan, mak mertua sakit jadi kos ubat-ubatan dan lampin pakai buang dewasa mak mertua beliau suami isteri kena tanggung. Bila dapat RM 1000, pun masih mengeluh sebab RM500 kena potong berikutan cuti tanpa gaji yang diambil sebab nak jaga mak mertua sakit. Yang terkini, management dah approved pembelian kerusi pejabat baru - namun kerusi itu tidak menepati citarasa beliau yang bukan boss pun -- itu pun dia mengeluh..(????) Kawan-kawan sepejabat lain bukan main gembira lagi dapat kerusi baru sebab selama ini hanya dapat kerusi second-hand.Tapi beliau boleh kata "oh, kerusi ni tak bagus"

Rumusan untuk bahagian pertama ini ialah, tidak hina jika kita sentiasa bersyukur walaupun sekadar dapat hidup tapi sudah pasti kita dihina dan dicaci apabila amalan kita ditimbang kelak. Alhamdullilah, saya dapat berkongsi posting ini bersama-sama para pembaca. Jika ada kesilapan, hulurkanlah salam pembetulan kepada saya.

Insyallah, saya akan buat posting bahagian ke-2 tentang nikmat Allah yang diberi melalui manusia dan haiwan. Hingga kita berjumpa lagi.

Monday, September 9, 2013

Tips Pemanduan Efektif khas untuk pemandu wanita - kenderaan transmisi manual

Salam sejahtera pembaca sekalian. Masih lagi hangat tentang isu dua puluh sen? Atau anda baru sahaja habis pusing-pusing menaiki kereta dan baru pulang dari majlis rumah terbuka walaupun Syawal telah pun melabuhkan tirainya? Saya ketepikan dulu isu dua puluh sen sebaliknya ingin berkongsi cara yang efektif dalam penggunaan petrol.
Saya bukan pakar ekonomi jauh sekali seorang penasihat kewangan. Penasihat kewangan boleh jadi tak berwang sebab tersalah tafsir dan belanja. Penasihat ekonomi pun boleh menjatuhkan ekonomi negara sebab tamak dan mementingkan diri sendiri. Banyak buku-buku di pasaran yang mengaut keuntungan hanya dengan menulis secara komersial tentang bagaimana hendak merancang perbelanjaan. Tapi mereka tak pernah nak menulis tentang penggunaan barang terkawal secara efektif. Jadi saya nak ambil kesempatan ini berkongsi dengan PERCUMA. Namun begitu saya juga bukan jurutera kenderaan......
Tahukah anda penggunaan petrol boleh dijimatkan hanya dengan menggunakan hujung dan tapak kaki anda? Maksud saya, jika anda memandu kenderaan gear manual, cara anda menekan pedal dan klac memainkan peranan samada petrol yang diisi boleh mendapat ekstra kilometer atau sebaliknya. Sama juga apabila anda menggunakan gear otomatik, menekan pedal minyak terus secara maksimum terutama selepas memberhentikan kereta di persimpangan lampu berisyarat dan di jalan berbukit juga boleh menyebabkan penggunaan petrol melebihi dari biasa. Anda tak perlu percaya untuk ketika ini. Anda hanya perlu praktikkan saja tips ini. Tapi anda mesti praktikkan secara total agar hasilnya dapat dilihat secara total juga. Kalau setakat cuba satu hari untuk minggu ini, minggu depan cuba lagi satu hari, maaf, ia tidak akan memberi kesan pada poket anda. Percayalah tulisan Kak Tie ni.... Namun begitu, tips ini hanya sesuai untuk orang perempuan yang memandu kereta transmisi manual. Kepada pemandu lelaki yang dah terer memandu secara efektif, anda boleh baca juga setidak-tidaknya anda tahulah macam mana orang perempuan memandu,kan.
Tahukah anda gambar di atas? Ini ialah rpm atau dalam bahasa penuhnya ialah Revolutions per Minute digunakan untuk mengukur rotasi kelajuan. Apabila enjin tidak dihidupkan, jarum rpm akan berada di '0'. Apabila enjin dihidupkan tapi pedal tidak ditekan, jarum rpm akan berada di '1'. Gambaran ini berdasarkan kereta super saya. Kalau kereta biasa-biasa macam Mercedez atau BMW saya tak pasti di mana jarum itu. Apabila anda menekan pedal kelajuan walaupun pada 'free gear', jarum akan bergerak ke level mengikut kasar mana anda memijak pedal itu. Apa kaitannya rpm ini dengan penggunaan petrol yang efektif? Senang saja, bila anda memijak pedal kelajuan macam nak berlumba dengan Ferrari sehingga jarum rpm pergi ke tahap 7, 8 dan 9 maka anda telahpun menggunakan lebih banyak petrol berbanding dengan jarum rpm di tahap antara 1.5 dan 2.5 secara maksimum. Senang cerita, rpm ini membantu anda membuat keputusan bilakah masa terbaik untuk menukar gear dari satu kepada dua,kemudian kepada tiga dan seterusnya empat di jalan raya biasa. Pada waktu tengahari sedang matahari menunjuk-nunjukkan dirinya, sehinggakan sidai seluar jeans setengah jam pun boleh kering, penggunaan petrol menjadi lebih banyak dari biasa. Jadi, sebaik anda ingin menggerakkan kereta pada gear satu, pastikan rpm di antara 1.5 dan 2 sudah memadai untuk anda menggerakkan kereta dan seterusnya menukar ke gear dua. Agak-agak di sebelah anda ada sebuah Ferrari yang berhenti di persimpangan lampu isyarat, tak perlulah anda nak tunjuk lagak nak ajak racing dengan menekan-nekan pedal kelajuan sambil kaki kiri menekan klac. Buang duit jerr..pas tu komplen "kos kehidupan telah meningkat sejak harge petrol dinaikkan 20 sen". Huh!
Bagaimana pula dengan gambar ini? Kalau anda sebagai pemandu tidak tahu apakah ini, saya rasa baik anda jual kereta itu dan naiklah kederaan awam. Ini ialah speedometer juga sebagai mengukur dan mengawal kelajuan anda. Kalau papan tanda menunjukkan had laju 90km/j maka pastikan jarum speedometer itu juga berada di tengah - antara 80 dan 100 bukannnya melebihi 200 seperti gambar di atas. Pemanduan yang sederhana dan berhemah membantu dalam penggunaan petrol secara efektif. Dalam hendak menukar gear juga ada caranya. Contohnya dari kelajuan gear 4 nak ke gear 5, pastikan kelajuan anda pada tahap maksimum 90km/j. Jika anda memandu pada kelajuan 50km/j dan menggunakan gear 5, saya cadangkan anda ambil kelas pemanduan semula.
Saya pernah dua kali memandu dari Bukit Mertajam ke Kuala Lumpur pada waktu 12 tengahari. Pada kali pertama, saya mengisi full tank dan memandu pada kelajuan 120km/j dan berhenti sebanyak 2 kali. Sekali tak mati enjin dan sekali matikan enjin sebab nak makan dan solat. Yang pertama sebab nak buang air kecil jer. Sebaik sampai di Kelana Jaya, petrol saya tinggal 1 bar saja. Pada kali kedua, perjalanan dan waktu yang sama, saya kurangkan kelajuan pada tahap maksima 90km/j saja. Memang waktu perjalanan saya menjadi lebih 1 jam setengah berbanding kelajuan perjalanan yang pertama tapi petrol saya masih ada 3 bar. Memang terbukti efektif. Lagipun nak balik rumah, bukan nak balik kubur, jadi 80 hingga 90km/j tu sudah cukup baik untuk kita. Kali ketiga saya memandu ke utara pada waktu petang bersama seorang rakan secara konvoi. Beliau memandu dalam kapasiti 70 hingga 80km/j saja. Lagi terer. Soal mengantuk bukan alasan kukuh untuk kita memandu laju. Dah tahu mengantuk, siapkanlah air Nescafe kegemaran anda sebagai bekalan ketika memandu agar anda tidak terlalu mengantuk. Macam-macam cara boleh dilakukan untuk menghilangkan mengantuk ketika memandu, cuma kita saja yang tak mo kalah.
Banyak lagi cara untuk penggunaan petrol secara efektif. Ramai yang suka menunggu orang dalam kereta sambil enjin dihidupkan. Itu juga boleh membazirkan petrol. Lagi satu pagi-pagi bila nak keluar, suka betul hidupkan enjin lama-lama siap tekan pedal kelajuan kuat-kuat sampai semua jiran tahu andalah yang vroom vroom kereta pagi-pagi. Alasannya nak panaskan enjin kereta supaya senang nak 'pick-up', tak lembap. Nak panas, letakkan saja kereta anda di atas dapur gas. Itu hanyalah mitos. Kalau anda benar-benar nak pick up bagus, gunakan petrol Shell jenis V-power - memang power. Kalau memandu di waktu malam lebih-lebih lagi selepas hujan berhenti, eloklah di off kan saja air-cond kereta anda dan turunkan tingkap kereta. Penggunaan air-cond ketika memandu menambahkan lagi penggunan petrol sebanyak 13% hingga 21%. Satu lagi, suka sangat jadikan kereta anda sebagai store bergerak. Apa saja barang-barang yang tak berkenaan, tak perlulah anda simpan dalam boot kereta kerana heavy load juga boleh menambah penggunaan petrol terutamanya bila kereta anda penuh dengan penumpang. Anda memerlukan kuasa aero-dynamic untuk menggerakkan kenderaan anda ke hadapan maka anda secara tak langsung akan menekan pedal minyak ke tahap maksimum (hingga cecah lantai) sebab nak pick-up kelajuan. Ini semua poyo. Pastikan angin tayar juga mencukupi. Jangan sampai nak flat tayar tu baru nak isi angin. Memang sepanjang perjalanan ada angin tapi angin itu tidak akan masuk ke dalam tayar kenderaan dengan sendirinya. Masa yang sangat sesuai mengisi angin tayar ialah waktu pagi sebelum anda bergerak lebih jauh. Suhu sejuk tayar pada ketika dapat membantu isian angin yang tepat. Tapi jangan sampai anda juga masuk angin dan naik angin, ok?
Di atas hanyalah sebahagian tips dari saya hasil dari apa yang saya praktikkan. Akan saya kongsikan lagi pada penulisan yang akan datang, Insyallah. Sambil itu, anda juga boleh gugel dengan menaip effective petrol usage. Antara website yang mudah dibaca ialah di sini dan di sini
Selamat Mencuba!

Friday, June 28, 2013

Keseronokan Mengumpul Pinggan Mangkuk, Tikar, Karpet dan Barang Kemas.

Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca budiman. Alhamdulillah, hujan dah pun turun dan mengurangkan suasana berjerebu. Bila hujan dah turun, janganlah mengeluh pula - seolah-olah hujang itu penghalang kepada kita untuk keluar dari 'pertapaan'. Bila cuaca panas mengeluh, hujan pun mengeluh - itu tandanya kita tak redha dengan pemberian Tuhan.
Hari ini saya nak bercerita tentang keseronokan mengumpul sesuatu barang. Samada ianya adalah sebahagian dari minat, hobi, kemampuan mahupun nafsu, semuanya ada keseronokan pada setiap individu. Mengapa saya menggunakan contoh pinggan mangkuk, tikar, karpet dan barang kemas sebagai contoh? Biasalah, saya ni orang perempuan jadi saya amat tahu dan maklum barang-barang itulah antara koleksi paling popular di kalangan kaum Hawa. Tapi bukan kaum Hawau, ya!
Bukan apa, hari ini saya terdengar perbualan kosong dua orang kaum Hawa. Si A sementara hendak menunggu masuknya waktu Maghrib, beliau pun belek-belek katalog produk jualan langsung milik si B. Bila Si B menghampirinya, Si A pun tersenyum dan berkata "Haa..saja membelek-belek katalog ini. Nak 10 kali dah belek". Si B pun tak kisahlah dia nak belek 200 kali pun, tak rugi rasanya. Jadi Si A pun bercerita "tengok pinggan mangkuk ni macam nak beli tapi kat rumah dah banyak, bersusun". Lantas si B pun tak mau kalah, "A'ah, saya pun, kalau nak saya beli je. Ye lah benda boleh guna, tak pa".
Perbualan di atas nampak biasa tapi yang tidak biasanya, beli pinggan mangkuk mahal-mahal tapi duduknya dalam almari perhiasan saja. Pinggan mangkuk kegunaan harian ala-ala saja. Kalau dari jauh nampak macam design baru, bila tengok dekat-dekat laa..keliling pinggan sumbing. Lebih menyayat hati bila pinggan kegunaan harian yang sama dihidangkan pada tetamu yang biasa datang. Yang 'biasa' datang merujuk kepada adik beradik, anak-anak buah, sepupu sepipi dan ipar. Tetamu yang tak biasa datang macam bakal behsan, bakal mentua, bakal suami, bakal menantu dan bakal apa pun, barulah nak dikeluarkan pinggan mahal. Tapi bila yang 'bakal' tu dah jadi betul, pinggan kegunaan harian digunakan semula pada mereka. Hahaha.. Lagi satu yang tak boleh saya tahan, bila tetamu dihindang air dalam cawan putih. Tak ada cacat celanya pun cawan putih tu, tapi tak sanggup rasanya nak hirup air dari cawan tu bila keliling dan dalam cawan tu BERKERAK (kekuningan). Jadi, apa tujuan sebenar beli pinggan mangkuk dan set cawan mahal-mahal dan banyak-banyak tapi disimpan dalam "lemari" saja Mak Jemah?
Ini kisah tikar dan karpet. Setiap kali malam raya, taukey kedai karpet yang dari Pakistan itu senyum lebar sebab kita berpusu-pusu, berhimpit-himpit ke Jalan Tuanku Abdul Rahman, kononnya nak 'grab last minute deal'. Karpet yang kononnya tenunan tangan dari Turki dijual pada harga 'runtuh'. Nasib baik kedai karpet tu tak runtuh di malam raya. Bila kita menziarah ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai, kaki kita pun boleh bezakan karpet baru atau dah lama beli. Habis raya, bersusah payah kita gulung karpet itu, tutup di hulu dan hilir karpet tu dengan kain buruk kemudian diikat. Mula-mula saya pun pelik juga kenapa Mak Cik saya berbuat begitu pada segulung karpet? Rupa-rupanya bagi mengelak lipas, tikus atau cicak dari bermain cak-cak dengan beliau bila dia membuka gulungan karpet itu nanti. Sebaik karpet baru disimpan, karpet lama dibentang kembali. Kalau nak tahu, kerja menggulung dan menyimpan karpet adalah salah satu 'task' yang paling saya benci. Lagi bagus lantai tak ada karpet, senang nak menyapu, kan? (walaupun bukan hari-hari saya menyapu).
Tapi ada juga yang rajin beli karpet tapi tak pernah kisah dengan kebersihan karpet. Nampak gebu sungguh karpet itu, bila duduk atas karpet tersebut, terasa ada saja yang menggigit. Pernah alami situasi ini? (Saya sanggup berdiri dalam rumah itu). Bila dibelek-belek karpet yang gebu itu, rupa-rupanya terselit tulang ikan, tulang ayam dan serpihan makanan dicelahan benangnya. Adoi!Padanlah kena gigit dengan semut api.
Bagaimana dengan tikar? Ok, tikar biasanya digunakan ketika kenduri diadakan. Almaklum, bila kenduri, sudah tentu ianya membabitkan makan besar. Maka risiko makanan dan air tumpah amat tinggi. Jadi, eloklah digunakan tikar mengkuang atau plastik. Senang juga, boleh dilap-lap sebaik digunakan. Tapi yang tak moleknya, tikar itu antara barangan rumah yang boleh mendatangkan kemalangan kecil sebab ianya licin jika dibentnag atas lantai 'marble'. Sifat tikar yang ringan boleh juga membuatkan kaki kita tersadung di tikar itu. Sambil bawa pinggan penuh dengan nasi dan lauk ayam masak kicap di dalamnya, dengan penuh hati-hati kita berjalan kononnya takut terlanggar orang lain. Sekali ada budak berlari-lari dan tersadung pula kakinya di tikar dan 'bedebek' jatuh tersungkur 'ngam-ngam' pula depan kita yang tengah lapar ini. Well, you all can continue to imagine what will happen.
Ok, ini paling berharga. Sanggup mati kerananya pun ada. Sanggup mati kerananya oleh si pemakai dan juga si peragut. Apa lagi kalau bukan barang kemas emas berlian intan permata. Ada kerenah seseorang yang banyak duit, makan tak habis. Setiap tiga bulan dia melawat taukey kedai emas yang hampir saja jadi kawan baiknya. Hampir jadi kawan baik sebab dia kena bayar perbezaan harga emas yang ditukar. Kalau taukey kedai emas tu bagi percuma saja barang kemas itu, sah mereka akan jadi kawan baik. Pantang ada rekaan baru, pasti saja tukar. Harga boleh runding, asalkan kesetiaan pelanggan terjamin. Ada yang berbarang kemas sekadar perhiasan. Ada yang berbarang kemas sebab nak menunjukkan akan kemampuan mereka. Ada juga yang berbarang kemas sebagai jaminan di hari 'kemarau'. Namun yang pasti, nilai barang kemas ini sangat tinggi dan menjadi perhatian pada yang hendakmemilikinya dengan jalan mudah. Harus diingatkan, barang emas yang tidak digunakan selama waktu yang ditetapkan adalah wajib dizakatkan ya, Cik Jemah. Bila memakai barang kemas, dinasihatkan beringat-ingatlah sedikit. Ada seorang ini, saya panggil dia "The Real Warga EMAS" sebab barang kemasnya sama tebal dengan daging lengannya. Tudungnya pendek sedikit dari rantai lehernya. Cincinnya pula rasa macam jari saya pula yang ketat sebab lebar cincin pun dah hampir sama lebar dengan kuku ibujari kaki saya. Ada juga yang sangat alah kepada barang kemas. Asal pakai saja barang kemas mesti tercicir. Paling tidak pun, putus. Paling membengangkan, selepas ditanggalkan, lupa pula simpan di mana dan dengan siapa. Ya, sayalah orang itu. Sehingga kini, saya tak ada barang kemas milik peribadi. Hmm.. rasanya tak hina pun kalau tidak pakai atau tidak memiliki barang kemas. Tapi lebih hina rasanya kalau barang kemas bertepek tapi hari-hari makan nasi lauk telur goreng dan hutang keliling liat nak bayar. Mana tidaknya, gaji RM1,300 sebulan tapi RM 1000 digunakan untuk 'main kutu' gelang, 'kutu' rantai' kutu 'subang', 'kutu' cincin dan apa saja lagilah kutu yang boleh di'kutu'kan. Baki lagi RM300 itulah buat beli telur, kicap, beras dan tambang pergi balik kerja. Agaknya kalau adalah 'kutu' gigi emas pun mahu juga dia ambil bahagian.
Saya faham, barang semua dibeli dengan duit sendiri atas usaha masing-masing. Tiada salah pun. Pilihan masing-masing. Cuma, apabila terlalu menyimpan semua barang-barang ini, akhirnya barang-barang itu digunakan pada hari kematian kita, maka seronokkah namanya itu? Kain batik 'lepas' dibeli mahal-mahal, akhirnya digunakan untuk menutup jenazah kita. Karpet mahal-mahal, akhirnya dibentang ketika kenduri arwah kita diadakan. Tikar cantik-cantik akhirnya dikeluarkan dan dibawa ke tanah perkuburan untuk digunakan oleh orang ramai dan imam yang membaca talqin untuk kita.
Lebih menyayat hati, barang-barang ini akhirnya menjadi rebutan anak-anak, cucu, tak ketinggalan menantu perempuan. Pakaian kita juga mungkin disedekahkan pada rumah kebajikan sekiranya waris tidak muat atau tidak berkenan dengan coraknya. Seronokkah apabila akhirnya penat lelah kita mengumpul duit untuk membeli barang-barang ini tapi sekadar disimpan di dalam almari semasa hayat dan hanya digunakan pada hari kematian kita? Disimpan dalam almari, kira boleh lagi. Setidak-tidaknya nampaklah juga. Ini ada pada satu tahap yang simpan bawah katil pun ya juga. Siapa yang hendak tengok? Buka saja kotak,meloncat Cik Lip (lipas)keluar dari persembunyian.
Buatlah pilihan dengan baik. (Habib Jewel ada sale ke?)