Tijah The Series Episode 10 - Anugerah
Dada Tijah berdebar-debar. Kurang 1 jam lagi, dalam perkiraannya, rombongan Hajjah Maimunah akan tiba. Tidak henti Tijah berdoa agar segala urusan malam ini dipermudahkan oleh Allah SWT. Tijah membayangkan apa yang akan terjadi nanti bila Haji Kasmin selaku jurucakap keluarga Tijah mengatakan 'tidak' pada peminangan Faizul. Tijah tidak sanggup membayangkan perkara buruk yang bakal menimpa. Bagaimana nanti kalau Faizul mengamuk? Bagaimana nanti kalau Hajjah Maimunah menyimpan dendam terhadap emaknya. Ah, itu sudah melampau, detik hati Tijah. Mana mungkin Hajjah Maimunah yang dihormati itu menyimpan perasaan dendam pada emaknya. Kalau Faizul yang berdendam, itu memang Tijah boleh percaya kerana sikap Faizul yang tamak itu. Tijah mundar mandir dalam biliknya. Penat mundar mandir, dia duduk di birai katil. Penat duduk, dia berdiri di tingkap pula melihat ke arah rumah Azlan. Penat berdiri, dia berbaring pula. Serba tak kena Tijah di ketika itu. Nasib baik petang tadi Azlan ada menghubungi Tijah untuk bertanya khabar. Hilang sikit rindu dendam di hatinya terhadap kekasihnya itu. Namun, tidak sanggup dia nak menceritakan hal Faizul ini pada Azlan. Tidak mahu fikiran Azlan terganggu dengan hal ini, Tijah fikir lebih baik didiamkan dahulu. Balik ke Kuala Lumpur nanti barulah Tijah akan menceritakan pada Azlan.
Mak Som menjenguk Tijah di dalam biliknya. Mak Som ingin memastikan yang anak tunggalnya tidak terus berduka. Mak Som mengakui yang ini juga silapnya kerana tidak bertanya akan kebenarannya terlebih dahulu dengan Tijah. Sesal di hati Mak Som kerana anaknya menjadi mangsa keadaan. Dalam hati Mak Som terbit rasa ragu-ragu dengan kejujuran Hajjah Maimunah. Mak Som masih teringat bila Tijah maklumkan yang Faizul baru saja putus tunang 3 bulan yang lalu. Sedangkan sebelum ini Hajjah Maimunah hanya menceritakan yang Faizul setelah putus tunang 5 tahun yang lalu masih lagi tiada pengganti.
“Jah, jangan risau ye, nak. Mak akan pastikan yang anak mak tidak akan dipersiakan. Kalau Jah memang dah suka dengan Azlan, mak lagi suka, nak”, Mak Som memujuk Tijah.
“Mak, Tijah takut kalau-kalau Faizul berdendam dengan kita mak”, luah Tijah.
“Insyallah Jah. Tak ada perkara buruk berlaku,” pujuk Mak Yam lagi. Seketika itu, pintu bilik Tijah diketuk dari luar. Terpacul wajah Hajjah Bedah tersenyum memaklumkan rombongan Hajjah Maimunah sudah tiba. Namun ada riak cuak di wajah Hajjah Bedah. Dengan wajah yang kelat, Hajjah Bedah memaklumkan rombongan Hajjah Maimunah sebanyak lima kereta. Terkejut Mak Som dengan maklumat Hajjah Bedah. Tijah juga tidak kurang terkejut. Kalau satu kereta ada empat orang, dikali dengan lima kereta sudah dua puluh orang. Mereka mengharapkan satu majlis pertunangan bakal berlaku, bisik hati Tijah. Mak Yam memandang wajah Hajjah Bedah dengan harapan agar segalanya akan berjalan dengan baik.
“Tijah, Mak Bedah rasa Tijah elok duduk dalam bilik ini, ya. Kalau nak teman, Mak Bedah panggilkan Hasni temankan?” cadang Hajjah Bedah. Tijah mengangguk tanda setuju. Hasni, anak Hajjah Bedah juga kawan baik Tijah sejak di sekolah lagi. Cuma Hasni telah ditakdirkan menjadi balu di saat dia sedang menanti kelahiran cahayamata sulungnya. Suami Hasni meninggal dunia ketika bertugas di perbatasan akibat terkena peluru sesat. Hasni masuk ke bilik Tijah dan berpelukan dengan Tijah. Perut Hasni yang memboyot Tijah raba lantas mereka tergelak kecil. Hajjah Bedah dan Mak Som meninggalkan dua sahabat itu sendirian di bilik. Ditemani Hajjah Bedah, Mak Som menyambut tetamu di luar rumah dan menjemput mereka masuk. Berdebar-debar dadanya tatkala bersalaman dengan Hajjah Maimunah. Tetamu dijemput masuk ke rumah dan Haji Kasmin bersiap sedia menjalankan tugas sebagai jurucakap. Wakil dari pihak Hajjah Maimunah seorang lelaki separuh umur dilihat berbual-bual dengan Haji Kasmin sebagai tanda perkenalan. Mak Yam yang ditugaskan oleh Mak Som menjaga hal ehwal jamuan, sibuk menyediakan makanan dan minuman untuk tetamu yang hadir. Mak Som mahu tetamu dijamu dahulu kemudian barulah berbincang.
Tijah dan Hasni rancak berbual. Hilang seketika rasa risau, gentar dan berdebar-debarnya. Berbual hal-hal ketika di sekolah hinggalah ke alam perkahwinan, Tijah dan Hasni terlupa seketika mengenai tetamu di luar. Tatkala itu. Handphone Tijah berbunyi tanda kemasukan SMS. Mesti dari Azlan, bisik hatinya. Mereka berdua berhenti bercerita seketika untuk memberi laluan Tijah membaca SMS tersebut. Berkerut dahi Tijah bila melihat nombor pengirim SMS itu dari nombor yang tidak dikenali. Bertambah kerut dahi Tijah bila SMS itu memberi amaran kepadanya agar tidak berkahwin dengan Faizul. Mahu tergelak pun ada, mahu marah pun ada Tijah ketika membaca SMS itu. Tijah hulurkan handphone itu kepada Hasni untuk dibaca.
“awak jangan nak berangan kahwin dengan Faizul. He is mine – Datin M”.
Hasni memandang Tijah dan tertawa kecil.
“Jah, Datin M? Sugar mummy dia ke?” tanya Hasni sambil menghulurkan kembali handphone Tijah.
“Aku rasalah. Eee..geli aku,” balas Tijah sambil memikirkan dari mana Datin M ini mendapat nombor telefonnya. Adakah ini Datin M yang sama Tijah nampak di restoran Thai ketika makan bersama Lelaki Tingkat 2 tempoh hari, tanya Tijah sendirian. Ini sudah kes serius, fikir Tijah lagi. Belum lagi selesai hal di luar dengan rombongan meminang, kini Tijah ada cabaran baru pula. Tijah dan Hasni yang tadi seronok berbual kini masing-masing terdiam. Hasni tak sanggup nak terus berbual dengan Tijah yang tiba-tiba bermuram. Kasihan pula Hasni melihat Tijah sebegitu. Lepas satu dugaan, satu lagi dugaan menimpa sahabatnya itu. Tijah yang tadi duduk bersimpuh, beralih dari tempat dia duduk dan bersandar di dinding pula. Hasni menghampiri Tijah dan menggenggam erat tangan sahabatnya. “Jah, kalau ada apa yang boleh aku bantu, aku bantu Jah,” pujuk Hasni. Tersentuh hati Tijah bila sahabatnya yang sarat mengandung itu sanggup menemaninya dan kini mahu membantunya pula. Tijah kagum dengan kekuatan dan ketabahan hati Hasni melalui dugaan hidup. Dugaan yang dihadapi Hasni lebih berat jika dibandingkan dengan dugaan yang sedang Tijah hadapi. Hasni mengalami kehilangan suami, sedangkan Tijah tidak kehilangan sesiapa. Sebaliknya Tijah menjadi rebutan pula. Hasni sedang sarat mengandungkan zuriat sulungnya dan akan membesarkan anaknya seorang diri. Tijah tiada tanggungan seberat itu dan Tijah memujuk hatinya agar tidak memberatkan lagi masalah yang ada. Hasni kini menjadi idolanya. Jika Hasni mampu menghadapi dugaan ini dengan tabah, sepatutnya Tijah juga mampu menghadapinya.
“Terima kasih Hasni. Kau ada di sini temankan aku pun dan cukup membantu tau. Sepatutnya aku yang tolong kau,” balas Tijah.
“Manalah dia dapat nombor telefon aku tu agaknya. Takkan Faizul senang-senang nak kasi nombor aku kat dia,” sambung Tijah lagi. Masih tak berpuas hati dan sangat ingin mencari jawapannya.
“Mungkin dia 'check' handphone Faizul kut? Mana tahu? Datin yang ada anak ikan, berbayar pulak tu, mestilah kena jaga segala-galanya, kan?” Hasni cuba memberi gambaran. Tijah rasa ada logiknya telahan Hasni. Sudah dibayar, mestilah nak berjaga anak ikannya, mana mungkin terlepas ke tangan orang lain.
“Mungkin juga,” Tijah bersetuju dengan telahan Hasni. Tak kuasa Tijah nak layan SMS itu. Kau ambiklah Faizul tu, memang sesuai dengan kau orang berdua, jerit hati Tijah.
Tijah pejamkan matanya dan menarik nafas dalam-dalam sambil mendepangkan kedua tangannya. Kalau ada Azlan, mesti sudah jadi macam Kate Winslet dan Leonardo DiCaprio dalam filem Titanic. Tergelak Hasni melihat kerenah Tijah. Dalam keadaan begini masih lagi boleh berlawak. Tijah lepaskan nafasnya perlahan-lahan dan menurunkan kedua tangannya.
“Terapi menenangkan perasaan, Pak Ayob ajar,” terang Tijah pada Hasni tanpa ditanya. Tergelak kecil lagi Hasni. Tijah mengajak Hasni mendekatkan telinga mereka di dinding bilik. Mereka cuba-cuba mencuri dengar perbincangan kedua pihak yang masih lagi berlangsung. Sayup-sayup saja suara Haji Kasmin berbicara. Terdengar seperti orang sedang berbalas pantun. Adat Melayu masih gah dilaksanakan dalam hal peminangan ini biarpun dalam skala kecil. Berkerut-kerut dahi Tijah dan Hasni cuba memahami biji butir pertuturan orang tua di luar itu.
Ada ketukan di pintu bilik Tijah. Terjengul wajah Mak Yam di muka pintu tersenyum dan terus masuk ke bilik. Mak Yam duduk di sebelah Tijah dan mengusap-usap kepala Tijah seperti seorang kanak-kanak. Tijah peluk Mak Yam yang sudah dianggap seperti ibunya sendiri.
“Ramai ke rombongan Hajjah Maimunah tu Mak Yam?”
“Boleh tahan, Jah. Bimbang Mak Yam kalau-kalau makanan tak cukup tadi,”
“Mak Yam, diorang ada bawak hantaran ke?” Hasni mencelah.
“Tepak sirih dan cincin. Adat meminang, begitulah,” jawab Mak Yam. Tijah longgarkan pelukannya dari Mak Yam.
“Macam mana setakat ni, Mak Yam? Maksud Jah, Haji Kasmin dan beritahu ke yang...”
“Jah..” Mak Yam memotong.
“Haji Kasmin tu kami percaya yang dia boleh berbincang dengan baik. Maksud Mak Yam, kalau Haji Kasmin yang berbicara, Insyallah, tak ada yang berkecil hati.” pujuk Mak Yam pada Tijah yang sedang kerisauan. Sedikit sejuk hati Tijah bila mendengar jaminan dari Mak Yam. Tijah harap jaminan Mak Yam 100% boleh digunapakai.
“Mak Yam, Faizul ada ke kat luar tu?” Hasni tanya dalam nada berbisik. Mak Yam terkebil-kebil cuba memikirkan sesuatu.
“tak perasan pula Mak Yam sebab Mak Yam pun ingat-ingat lupa saja wajah si Faizul tu,”
“tapi Budin dan isterinya ada.” sambung Mak Yam.
Tijah rasa biliknya semakin kecil. Dia tidak sabar hendak keluar dari bilik itu dan menikmati hidangan makan malam. Dia berdoa agar majlis yang tak diingini itu berakhir dengan segera. Sudah hampir 2 jam dia terperuk di dalam bilik itu. Handphone Tijah berbunyi lagi tanda ada SMS masuk. Kali ini bukan SMS dari nombor yang tak dikenali tapi sangat-sangat dikenali iaitu dari Faizul.
“Tijah sayang, tak sabar rasanya saya hendak disatukan dengan awak. Nanti kita jumpa lagi ya”.
Bait-bait SMS dari Faizul itu sudah cukup membuatkan Tijah loya. Dari bait-baik SMS tersebut Tijah pasti yang Faizul tidak hadir bersama emaknya. Lagi sekali Tijah tak kuasa nak layan SMS Faizul yang mempunyai agenda kotor.
Mak Yam meminta diri dulu untuk melihat-lihat keadaan di dapur seperti yang telah diamanahkan oleh bakal besannya. Hasni memohon untuk ke tandas dan mengikuti Mak Yam dari belakang. Bosan pula Tijah di saat-saat sebegini. Menyesal pula dia tidak membawa laptopnya bersama. Sekurang-kurangnya, boleh juga dia update apa-apa saja di akaun Facebooknya. Tak lama Tijah termenung sendirian, terdengar deruman enjin kereta dihidupkan. Tijah mengagak yang tetamu sudah pun pulang dan majlis telah berakhir. Cepat-cepat Tijah intai dari pintu biliknya untuk memastikan tetamu sudah benar-benar pulang. Sah, tetamu sudah pulang dan Tijah terinjit-injit keluar dari biliknya mencari emaknya. Namun yang kelihatan hanya Haji Kasmin, Hajjah Bedah dan Mak Yam di ruang tamu berpandangan sesama sendiri. Sukar hendak meneka apa yang sedang mereka fikirkan. Setelah memastikan yang tiada lagi bayangan kereta tetamu di perkarangan rumah, Tijah memberanikan diri ke ruang tamu dan menyertai ketiga-tiga orang tua itu. Seketika itu, kelihatan Mak Som masuk ke rumah sambil tersenyum. Hairan Tijah kenapa emaknya tersenyum.
Mak Som duduk di sebelah Mak Yam dan menepuk paha Mak Yam. Haji Kasmin dan Hajjah Bedah tersenyum- senyum sambil mata menjeling ke arah Tijah.
“Alhamdulillah..” Haji Kasmin mengucapkan syukurnya kerana majlis telah pun berakhir dengan baik.
“Tijah, tak usahlah Tijah risau lagi. Haji Kasmin dengan budi bicaranya dah menolak pinangan Faizul. Hajjah Maimunah pun menerimanya dengan hati terbuka,” Mak Yam bersuara. Lega hati Tijah dan dalam hatinya mahu saja dia menjerit kegembiraan dan melompat riang. Namun dalam keriangan itu, jauh di sudut hatinya ada sekelumit rasa risau terhadap Faizul. Bagaimana reaksi Faizul bila mendapat tahu yang rancangannya tidak menjadi. Lantas dia teringat akan SMS dari Datin M memberi amaran yang tidak menakutkan itu agar tidak mengahwini Faizul. Tijah sembunyikan perasaan risau itu dan mendengar perbualan emaknya dengan ketiga-tiga orang tua itu. Perut Tijah sudah berbunyi dan dia teringat yang dia sebenarnya hendak makan. Perlahan-lahan Tijah bangun dari tempat duduknya dan menuju ke dapur. Tijah nampak Hasni sedang berbual-bual dengan beberapa jiran yang membantu di dapur. Diajaknya Hasni makan bersama-samanya. Pada Tijah, satu perkara sudah selesai dan tiada gunanya untuk risaukan hal-hal yang lain. Perut lebih penting dan rezeki sudah menugggu. Tijah hidangkan sedulang lauk pauk untuk dinikmati bersama Hasni.
************************************
Tijah rasakan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selama 2 jam setengah itu menjadi sangat lama. Sebelum memandu pulang tadi, Tijah sudah berjanji dengan Azlan untuk berjumpa dengannya. Kebetulan Mak Yam ada mengirim lauk kegemaran anak bujangnya pada Tijah. Tak sabar Tijah nak melepaskan rindu dendamnya pada Azlan. Lebuhraya Utara Selatan pada ketika itu agak sesak berikutan cuti sekolah yang sudah berakhir. Ramai orang hendak pulang ke bandar pada ketika itu. Sambil memandu, fikiran Tijah teringat kembali SMS yang diterima dari Faizul malam tadi. Lebih kurang satu jam selepas rombongan meminang meninggalkan rumah Tijah, Faizul menghantar SMS pada Tijah meluahkan kekecewaannya dengan bahasa yang kasar. Ternyata Faizul kecewa kerana rancangannya tidak menjadi. Faizul tuduh Tijah sekeluarga sengaja hendak memalukan dia dan emaknya. Tergelak Tijah mengenangkan ketamakan dan sikap penting diri sendiri hingga Faizul sudah tidak bijak memikirkan kesannya. Siapa suruh kau aturkan acara meminang dan ajak semua atuk nenek kau datang sekali, tak ke sendiri yang malu, Tijah berkata pada dirinya sendiri. Faizul yang hendak menganiaya diri Tijah dan bila pinangan ditolak, dituduhnya pula Tijah hendak memalukannya sekeluarga pula. Ahh, gilalah engkau ni Faizul, getus hati Tijah lagi. Tijah yang tidak tahan dengan fitnah Faizul membalas SMS tersebut. Biarpun begitu, Tijah masih lagi menggunakan ayat-ayat yang berhemah agar tidak terjadi perang SMS nanti. Orang sebegini tak perlu dilayan gilanya. Sekadar menjawab apa yang perlu, fikir Tijah.
“awak yang memulakan perkara ini. Bukan ke saya dah maklumkan yang saya tidak akan bersetuju dengan cadangan ini tapi awak ambil satu langkah ke hadapan dengan mereka cerita mengikut kehendak awak. Lagipun Datin M dah bagi amaran pada saya supaya jangan berangan untuk kahwin dengan awak sebab dia kata awak miliknya. Jadi, salahkah saya?”
Itu adalah balasan SMS Tijah kepada Faizul. Mungkin kerana Tijah menyebut nama Datin M dalam SMS nya, sampai ke saat ini Faizul tidak lagi membalas SMS Tijah. Tijah rasa hal dia dengan Faizul sudah selesai dan tiada apa yang perlu Tijah risaukan lagi. Kini, dia cuma mahu fikirkan hal dia dan Azlan sahaja. Azlan yang kini dirindui, bakal menjadi teman hidupnya. Azlan yang dahulunya rakan sekolah dan berjiran dari kecil, kini sah menjadi kekasihnya. Hanya menunggu saat disahkan menjadi suami isteri sahaja.
Perjalanan pulang Tijah melalui lebuhraya Utara-Selatan masih lagi tersangkut-sangkut. Masih ada lagi 100 kilometer untuknya sampai ke Kuala Lumpur. Dengan keadaan yang tersangkut-sangkut begitu, Tijah mengagak dia akan sampai dalam satu jam setengah lagi. Dia mencapai handphonenya dan perlahan-lahan menaip SMS kepada Azlan, untuk memaklumkan kelewatan.
“Hmm..lambat lagilah ni ya? Adui..rindu bangat ni Jah oii...rindu kat lauk mak! hehehehe” balas Azlan. Ohh, ingatkan rindukan Tijah, rupanya rindukan lauk masakan emak Azlan yang dikirim pada Tijah. Mencebik Tijah.
********************************
Tijah sampai di hadapan rumah Azlan hampir jam 9 malam. Lebih setengah jam dari yang dianggarkan. Kelihatan Azlan berlari-lari anak dari perkarangan rumah teres sewaannya ke kereta Tijah.
“Uiii...lambatnya, dah lapar perut Lan ni menunggu lauk yang mak masak,”.
Tijah merenung wajah Azlan seperti mahu ditelannya. Sudahlah beberapa hari tak bertemu, jalan pula sesak, masuk-masuk saja kereta lauk kiriman emaknya ditanya dulu. Melihatkan Tijah seperti mahu menelannya, Azlan tersengih-sengih mohon maaf kerana terlupa bertanya khabar.
“heh heh heh..sorry sayang. Penat ya? Meh sini Lan urutkan kaki tu,” pujuk Azlan.
“Ohh..lauk yang awak tanya dulu ya...” Tijah merajuk.
“Ya lah, lauk tu untuk perut, Tijah untuk mata Lan. Sama-sama perlu,” tersengih-sengih Azlan memujuk Tijah sambil mencuit hidungnya. Tijah yang sudah lali dengan gurau senda Azlan, terus memandu untuk ke kedai makan berhampiran. Azlan bercadang hendak makan lauk kiriman emaknya bersama Tijah di restoran kerana tidak manis mengajak Tijah makan di rumahnya.
Berselera betul Tijah lihat Azlan makan malam itu. Maklumlah, ada lauk kegemarannya. Tijah juga akui selain dari masakan emaknya sendiri, masakan Mak Yam juga tiada tandingnya. Sambil menjamu selera, sebenarnya Tijah masih berkira-kira samada perlu atau tidak menceritakan pada Azlan tentang kejadian semalam. Azlan masih lagi seronok bercerita pasal charity racenya pagi tadi. Ramai pelumba motosikal lagenda pujaannya hadir menyertai charity race tersebut. Azlan beria-ia menceritakan yang dia sungguh bertuah dapat berjumpa dengan idolanya, Shahrul Yuzy yang turut memberikan sedikit tips untuk berjaya dalam bidang perlumbaan motosikal. Tijah turut gembira dengan apa yang dialami oleh Azlan. Tijah gembira kerana Azlan sudah mencapai cita-citanya. Azlan pernah bercita-cita untuk menjadi pelumba motosikal ketika zaman persekolahan dahulu dan kini dia telah membuktikannya. Tidak pula Tijah tahu jika memiliki Tijah adalah sebahagian dari cita-cita Azlan juga?
“Jah, apa yang tak kena?” Azlan menukar topik perbualan, seolah dapat membaca kegusaran yang dialami Tijah. Terkejut Tijah bila Azlan bertanya begitu. Masih lagi Tijah cuba menyembunyikan hal semalam. Berat rasanya hendak memberitahu Azlan akan hal itu. Lagipun perkara sudah selesai, perlu apa Tijah memberitahu Azlan.
“Jah, kalau pasal Faizul, Lan tak kisah kalau Jah nak ceritakan pada Lan. Kalau boleh, Lan tak mahu Faizul jadi punca Jah tak senang duduk,” Azlan cuba mencungkil isi hati Tijah. Tertunduk Tijah menyalahkan dirinya sendiri. Tijah tolak pinggan makannya ke sebelah kiri dan membetulkan duduknya.
“Faizul hantar rombongan meminang malam tadi,” ringan mulut Tijah memulakan bicara tentang Faizul. Azlan mendengar dengan teliti. Ada riak marah di wajahnya tapi masih mahu mengawal. Tijah urut dahinya, tak tahu macam mana nak sambung bicaranya dari situ.
“sebenarnya Lan, Tijah ada jumpa Faizul sebelum balik kampung hari tu. Tujuannya, Tijah nak tahu dari hatinya sendiri tentang cadangan emaknya. Tijah beritahu dia yang Tijah memang tak setuju dengan cadangan mak,” Tijah berhenti seketika. Dalam hatinya, Tijah sudah merasa bersalah dan bimbang kalau Azlan tersalah faham.
“Kenapa Tijah tak bagi tahu Lan yang Tijah jumpa Faizul. Nasib baik Faizul tak apa-apakan Tijah,” Azlan menzahirkan kerisauannya.
“Sorry Lan, Jah tak bermaksud nak sorokkan dari Lan. Cuma bimbang Lan tersalah sangka,” terang Tijah.
“Jah, kita bukan baru kenal Jah. Dah lah. Apa jadi malam tadi?” Azlan ingin tahu kisah selanjutnya.
“Rupa-rupanya sehari sebelum Jah balik, Faizul buat cerita pada emaknya yang Tijah ni ada jumpa dengan dia dan bersetuju dengan cadangan emak. Dia kata dengan emaknya yang Tijah suruh Faizul uruskan segala hal peminangan dengan segera. Hajjah Maimunah pula terus telefon mak dan bagi tahu hal ni. Mak pulak bagi tahu pada Hajjah Maimunah yang Tijah nak balik esoknya. Apa lagi, Faizul pun dapat tahu dan terus aturkan rombongan peminangan keesokannya juga,” panjang lebar Tijah menceritakan pada Azlan. Terbeliak mata Azlan mendengar penerangan Tijah. Tijah juga memberitahu pada Azlan yang dia sudah memaklumkan kepada kedua orang tuanya tentang hasrat mereka berdua. Tersenyum lebar Azlan bila mengetahui yang mereka sudah mendapat lampu hijau dari kedua orang tua masing-masing. Azlan bersyukur yang Tijah sudah menyelesaikan halnya dengan Faizul. Kini gilirannya pula untuk 'masuk line' mengaturkan apa yang patut. Azlan terharu kerana Tijah telah berusaha keras untuk mempertahankan cinta mereka. Azlan tak akan sia-siakan pengorbanan Tijah. Dia perlu mempercepatkan urusan merisik dan meminang Tijah. Azlan mahu Tijah sentiasa gembira dan berada di sampingnya. Azlan tatap wajah Tijah yang masih lagi bercerita tentang majlis yang tidak diingini yang berlaku malam tadi. Hati Azlan bertambah tenang dengan adanya Tijah di hadapan matanya. Azlan kini mengakui, Tijah adalah anugerah yang Tuhan pinjamkan padanya. Azlan berjanji dengan dirinya sendiri untuk menjaga Tijah sepenuh jiwanya. Dan kini, hatinya berbunga indah..

Comments
Post a Comment
Sila komen apa-apa pun, tapi tertakluk pada terma dan syarat.