Tijah The Series Episode 8 - Bukan kerana kasih
Tijah sudah hampir dengan kawasan perumahannya bila Faizul menelefon Tijah. Awal pula kali ini Faizul menelefonnya, fikir Tijah. Tijah tarik nafasnya dalam-dalam dan menjawab panggilan itu. Faizul di talian dengan suara manja bertanyakan khabar Tijah. Rasa bernanah pula telinga Tijah mendengar bila Faizul minta maaf tentang siang tadi dia tidak dapat melayan SMS Tijah.
“Boleh kita jumpa?” ringan saja mulut Tijah bertanya soalan itu pada Faizul. Dia pun tidak pasti kenapa dengan tiba-tiba dia ajak Faizul berjumpa. Rasa tidak sabar pun ada juga untuk bertemu Faizul. Bukan apa, Tijah rasa tidak sabar nak berbicara dari hati ke hati demi mengetahui perkara sebenar. Tijah memberhentikan keretanya di bahu jalan sambil menunggu keputusan dari Faizul untuk berjumpa. Faizul bersetuju untuk jumpa tetapi mengajak Tijah ke rumahnya pula. Bengang kepala Tijah dengan kerenah Faizul.
“Terima kasihlah Faizul. Saya ada rumah saya sendiri, buat apa nak melanguk rumah orang”, Tijah menolak.
“Emm..buat apa nak malu. Rumah saya bukan ada orang pun,” Faizul tidak berputus asa menguji kesabaran Tijah. Tijah pejamkan matanya rapat-rapat dan sekali lagi menarik nafasnya dalam-dalam. Kalau ikutkan hati, mahu saja dia maki Faizul. Tapi mengenangkan Tijah mesti mencari dan merungkai kebenaran, Tijah tenangkan hatinya dan mencari jalan untuk mengekalkan topik.
“Faizul, saya nak jumpa dengan awak ni sebab nak berbincang. Bukan nak bergembira pun. Boleh tak kita jumpa di Kampung Baru dalam masa setengah jam lagi? I'm seriouslah Cikgu Faizul,” cadang Tijah. Faizul sekadar tergelak manja. Payah betul Tijah nak menantikan jawapan 'ya' dari Faizul. Akhirnya Faizul bersetuju untuk berjumpa seperti yang dicadangkan oleh Tijah. Lega hati Tijah. Tijah pusingkan keretanya ke arah pusat bandar. Sambil memandu dia merencanakan soala-soalan yang akan ditanya pada Faizul nanti. Seperti wartawan yang baru saja dikerah membuat liputan hal kecemasan berkaitan politik, Tijah berhati-hati merangka soalan demi soalan agar apa yang ingin diketahui terjawab. Dalam dia merencana soalan demi soalan, Azlan pula menelefon Tijah. Aduhai, kekasih hati sudah telefon, perlukan aku beritahu dia yang aku hendak jumpa Faizul, tanya hati Tijah.
“Hai sayang, driving ke?” manja betul suara Azlan ketika itu. Kalau Azlan yang manja begini, sudah tentu Tijah tidak kisah. Senyum meleret Tijah sampai ke telinga bila di tanya begitu. Namun dalam hati Tijah serba salah hendak tak hendak memberitahu tentang temujanjinya dengan Faizul.
“A'ah lah bucuk..tengah driving ni. Bucuk dah sampai rumah ke?” gurau Tijah.
“Belum lah sayang. Lan ada kat Kampung Baru ni, nak jumpa team member yang lain. Nak bincang pasal charity race hujung minggu ni,” terang Azlan. Skreeettchhhh..Tijah serta merta memberhentikan keretanya di bahu jalan. Kampung Baru? Terkejut Tijah bila Azlan bucuknya itu memberitahu yang dia berada di Kampung Baru. Habis punah rancangannya malam ini. Serba salah dibuatnya. Kalau Tijah beritahu yang dia juga hendak ke Kampung Baru sebab nak jumpa kawan tanpa menyebut nama Faizul, bimbang pula Tijah kalau-kalau terserempak dengan Azlan pula. Kalau Tijah beritahu perkara sebenar, bimbang pula Tijah kalau Azlan akan tersalah sangka.
“Oh ye ke, Kampung Baru ye. Kedai mana?” Tijah cuba mencungkil lokasi sebenar Azlan.
“Dekat kedai makan di pintu gerbang nih”, balas Azlan. Sekurang-kurangnya, Tijah dapat buat rancangan untuk bertemu dengan Faizul di kedai lain pula. Jauh sikit dari pintu gerbang kawasan penjaja di Kampung Baru tu. Tijah tawakkal saja dengan niat ikhlasnya itu. Moga-moga takdir tidak menemukan Azlan, Tijah dan Faizul pada malam itu.
“Okey, nanti dah balik, call Tijah ya”, Tijah cuba mengakhiri perbualan. Azlan mengakhiri perbualan dengan berpesan pada Tijah agar memandu sebaik mungkin. Lega hati Tijah. Terasa perasaan serba salah hilang sudah. Tijah cepat-cepat menghubungi Faizul untuk memberitahu lokasi sebenar untuk berjumpa. Tijah cuba tenangkan perasaannya agar tidak kedengaran cemas. Faizul sudah pun hampir sampai di kawasan Kampung Baru. Tijah menyambung perjalanannya kembali dengan kumat kamit mulutnya beristighfar.
Tijah letak keretanya di petak parkir yang disediakan di sebelah restoran yang dijanjikan dengan Faizul. Tijah membetul-betulkan pakaiannya. Bimbang jika ada yang terselak nanti, mau 'naik syeikh' si Faizul nanti. Bila sudah pasti tiada yang terdedah, Tijah melangkah keluar menuju ke dalam restoran. Faizul sudah menanti di dalam sambil tersenyum nakal. Faizul masih lagi berpakaian sama seperti siang tadi ketika Tijah nampak dia makan di restoran Thai dengan “gurubesar”nya. Tijah hampiri meja dan memberi salam kepada Faizul. Tijah senyum tawar kepada Faizul. Jauh berbeza dengan Faizul yang dilihatnya ketika majlis perkahwinan Budin minggu sudah. Tijah sudah melihat warna sebenar Faizul dari luar dan kini dia mahu melihat warna sebenar Faizul dari dalam pula.
“Nak minum, makan apa?” tanya Faizul pada Tijah sambil tersenyum nakal.
“Saya nak minum saja, Milo O Ais”, pesan Tijah dengan pelayan restoran. Tak berselera Tijah nak makan depan Faizul yang masih lagi memandang nakal padanya. Tijah terus straight to the point bertanya pada Faizul.
“Faizul, saya sebenarnya ada hal nak bincang. Kalau awak tak kisah?” Tijah memulakan.
“Go ahead dear. Anything I can do for you?”
“Faizul, saya tak pasti kalau awak tahu emak kita berdua ada cadangan buat kita?”
“Cadangan? Emak kita? Kenapa tak tau pulak, mestilah saya tahu. Empunya diri yang hendak kahwin. Awak dah setuju ke?” Faizul membalas pertanyaan Tijah dengan nada serius tapi ada sedikit bunyi ego pada jawapan Faizul.
“Faizul, sebab tu saya hendak bincang dari hati ke hati dengan awak malam ni. Saya hendak tahu, awak benar-benar dah bersetuju dengan cadangan tu?”
“Ya,” pendek jawab Faizul tapi sudah cukup membuatkan Tijah rasa nak pengsan. Bukan sekadar pengsan agaknya Tijah rasa malam ni, mungkin juga akan koma buat 2-3 jam. Tijah pandang muka dan mata Faizul dalam sedalam-dalamnya. Dia dapat lihat ada kerakusan di mata Faizul. Dia cuba selami hati Faizul. Jika matanya membiaskan kerakusan, Tijah ingin tahu isihatinya pula.
“Faizul, awak setuju dengan cadangan emak awak dan emak saya untuk kahwinkan awak dengan saya?” Tijah mengulangi soalan yang sama dengan cara pembinaan ayat yang berbeza dan lebih jelas.
“Ya, saya setuju. Why my dear? Awak tak setuju? Bukan ke pilihan orang tua selalunya baik, elok dan tepat?” Faizul mula memerangkap perasaan Tijah. Tijah tundukkan kepalanya dan memejamkan matanya sambil mengurut-ngurut keningnya. Tijah langsung tak duga yang ini jawapannya. Tijah tersasar dalam merangka segala perangkaan.Tijah berdoa dalam hati agar fkirannya tenang dan dapat berfikir dengan baik.
“Khatijah,” Faizul bersuara. Serius.
“Jika awak ada pilihan lain, terus terang dengan saya.” Tijah lihat Faizul sudah bertukar warna, lagi. Kali ini warna yang sangat merah. Garang. Matanya sedikit terjegil seolah-olah Tijah ini sudah curang pada Faizul. Sukar menjangka angin orang rupanya, bisik hati Tijah. Kalau sudah kahwin, mahu diterkamnya pula, umpat Tijah dalam hati.
“Faizul, ini bukan sebab pilihan lain. Ini sebab hati. Hati saya langsung tidak terdetik untuk menerima awak. Saya faham, pilihan orang tua yang terbaik. Tapi tidak semestinya terbaik itu mesti diterima. Faizul yang dari tadi duduk sambil berteleku di meja, duduk tersandar pula. Masih sukar lagi bagi Tijah untuk melihat isi hatinya.
“Faizul, dari hati awak, saya ingin tahu sangat, adakah awak ikhlas menerima cadangan orang tua kita?” Di sini, ketika ini, Faizul sudah seakan resah dan terperangkap dengan soalan Tijah. Ikhlas menerima cadangan orang tua? Faizul pandang wajah Tijah persis tidak mempercayai sesuatu. Seolahnya Tijah dalam perbicaraan di mahkamah yang dituduh melakukan kesalahan membunuh dan Faizul selaku pendakwaraya. Tijah menantikan jawapan ikhlas Faizul.
“Ya, saya ikhlas menerima cadangan orang tua saya. Dia mahukan saya mengahwini awak, supaya ada seseorang yang akan menjaga saya, macam saya ni tak pandai jaga diri sendiri. Dan, dia juga mahu saya mengahwini awak supaya saya dapat mewarisi sebahagian harta peninggalan arwah ayah. Jadi, salahkan saya ikhlas menerima cadangan orang tua untuk kebaikan saya sendiri?” Faizul menjelaskan pada Tijah dengan nada bongkak. Faizul mengangkat kening kirinya ala-ala Ziana Zain, sambil tersenyum. Seolah berpuas hati dengan apa yang dikatakan. Kecewa Tijah tidak terkata. Namun dia gembira kerana Faizul akhirnya berjaya meluahkan isihatinya. Walaupun Faizul tidak ikhlas yang pasti, Faizul juga sebenarnya terpaksa menerima cadangan ini. Bezanya, Faizul terpaksa demi kepentingannya sendiri untuk mendapatkan sebahagian dari harta arwahnya. Berapa banyak harta itu, tidak kuasa pula Tijah nak tanya kerana itu tiada dalam rangka soalannya tadi. Juga jelas pada pemahaman Tijah sekiranya Tijah menolak cadangan perkahwinan ini bermakna Tijah sudah membantutkan peluang Faizul untuk mewarisi harta peninggalan arwah ayahnya.
“Faizul, saya tak rasa itu maksud ikhlas yang sebenar. Saya tak fikir yang itu adalah satu keputusan yang bijak. Hal ini hanya akan menggembirakan awak seorang saja,” Tijah cuba 'cuci' Faizul dengan segala ketidakpuasan hatinya pula.
“Awak silap. Ada orang lain yang akan gembira Tijah. Mak saya, mak awak dan sudah tentu saya juga akan gembira,” jawab Faizul menindas kenyataan Tijah.
“Faizul, saya minta maaf. Saya tak boleh nak menerima cadangan ini. Saya akan beritahu mak saya keputusan muktamad ini.” Malas Tijah nak panjangkan cerita dengan Faizul. Kesombongan Faizul dan sifat mementingkan dirinya sendiri membuat Tijah tidak teragak-agak dalam membuat keputusan. Tijah cuma ada satu lagi soalan yang hendak ditanya.
“Lagi satu Faizul. Saya cam awak tengahari tadi di restoran Thai. Saya nampak apa yang awak lakukan dengan wanita yang macam mak datin tu tadi. Betul ke awak ni cikgu?”. Seperti tiada perasaan bersalah Faizul tersenyum sambil menyedut air minumannya.
“Tijah, awak sendiri tahukan yang hidup di KL ni mesti ikut arus? Jadi, awak dah nampaklah saya tadi dengan sugar mummy saya, sebab itu awak beriya-iya nak jumpa saya dan berbincang ye?” Faizul dengan bangganya menyebut “sugar mummy”, merujuk kepada wanita persis datin tadi. Bertambah kecewa Tijah dengan pengakuan Faizul yang dia juga adalah seorang gigolo.
“Memang saya cikgu. Tapi itu 6 bulan yang lepaslah. Saya dah dibuang kerja sebab saya suka buat kerja ni, layan mak datin yang kesunyian,” sambung Faizul lagi, membuat pengakuan yang begitu ekslusif kepada Tijah dengan penuh kebanggaan. Terbayang Tijah wajah luhur dan suci Hajah Maimunah. Terbayang juga Tijah wajah emaknya kalau dia tahu warna sebenar Faizul. Tak sanggup lagi dia nak berhadapan dengan Faizul. Tijah sudah mula merasa jijik dengan sikap pura-pura Faizul. Perlahan-lahan Tijah bangun dan minta diri. Faizul masih lagi tersenyum dan sesekali ketawa kecil bila melihat Tijah yang kecewa dengannya.
“Oh ya, kalau emak saya atau orang lain tahu tentang kerjaya saya yang baru ini, saya cari awak ye,” Faizul sudah mula bertindak ganas dengan mengugut Tijah. Tapi Tijah tidak takut.
“Faizul, KL ni bukan besar sangat. Tapi, kalau saya tak bagi tahu pun, satu hari nanti pasti emak awak akan tahu juga sebab Tuhan nampak apa yang awak buat,” geram Tijah membalas ugutan Faizul sambil memberi salam dan beredar menuju ke kaunter juruwang. Tijah tak mahu makan duit haram Faizul dan membayar sendiri minumannya. Biarlah Faizul bayar minumannya sendiri dengan duit haramnya itu. Tijah masuk ke dalam kereta dan terus beredar dengan seribu kekecewaan. Kasihan dia pada Hajjah Maimunah yang diperkotak katikkan oleh anak sendiri. Kemudian, emaknya pula yang percaya kepada kebaikan Faizul. Tijah ingat lagi pertemuan pertama dengan Faizul ketika di majlis perkahwinan Budin minggu sudah. Dengan berbaju melayu lengkap bersampin dan bersongkok, Faizul kelihatan amat 'bersih' ditambah pula dengan percakapannya yang bersopan santun. Hari ini, Faizul yang pernah dilihat bersopan santun itu sudah menjadi bersimpang siur tiada arah tujuan dan sesat. Tempoh yang diberikan oleh emak Tijah kepadanya akan berakhir hujung minggu ini. Kini Tijah ada satu lagi cabaran. Bagaimana harus Tijah mulakan untuk menolak cadangan emaknya? Sebolehnya dia tidak mahu menggunakan keburukan dan kekejian sikap Faizul sebagai tajuk utama penolakan itu nanti. Tijah membelok keretanya ke kawasan perumahannya. Sebaik sampai di kawasan letak kereta, dia parkir keretanya di tempat biasa. Sambil dia menarik brek tangan, dia memandang ke arah tangga apartmentnya. Ada kelibat seorang wanita tinggi lampai kelam kabut menuruni tangga. Cahaya lampu yang terang di kawasan tangga dan kaki lima menampakkan wajah wanita itu dengan jelas. Memang jelas wajah wanita itu dan Tijah tahu siapa dia. Itu isteri Lelaki Tingkat 2. Seingat Tijah mereka bukanlah tinggal di sini dan tak mungkin mereka yang berada itu nak tinggal di apartment begini. Lagi pun, kalau Lelaki Tingkat 2 tinggal di apartment yang sama, sudah tentu Tijah akan berselisih dengannya paling tidak akan nampak kereta mewah Lelaki Tingkat 2. Wanita itu kelihatan tergesa-gesa dan beredar dengan kereta mewah. Ah, biarlah dia, getus hatinya. Lebih baik Tijah naik dan membersihkan dirinya dengan segera dan buat apa yang perlu. Tijah ada sebakul penuh kain baju yang hendak dibasuh. Nasib baik Tijah ada tukang cuci yang bernama Mr Panasonic yang setia berkhidmat untuk Tijah selama 5 tahun ini. Tijah lebih suka kalau Mr Panasonic boleh bergerak dan membantunya menyidaikan kain bajunya itu dan seterusnya melipatkannya untuk Tijah. Wah, senang betul hidup Tijah kalau ada teknologi sehebat itu. Tijah buka pintu rumahnya dan mencampakkan barang-barangnya di atas sofa yang diberikan oleh Mr K dulu semasa Mr K hendak berpindah ke rumah baru. Tijah keluarkan handphonenya dan baru dia perasan ada SMS masuk 15 minit tadi. Tijah tekan butang 'read' dan membaca SMS dari Azlan, kekasih hatinya yang tertulis “Hello sayang, jangan nakal-nakal tau, Dah beres kerja rumah nanti, call ok. Kita borak-borak”. Tijah senyum lebar sampai ke belakang kepala. Lantas bangun dan berjumpa dengan Mr Panasonic untuk memberi arahan.
************************************
Tijah lipat telekung dan sejadahnya elok-elok. Jam menunjukkan jam 10.30malam. Mungkin emak sudah tidur, fikirnya. Dia bercadang hendak menelefon emaknya selesai membuat semua kerja rumah. Namun dia fikir sudah lewat pula dan tidak mahu mengganggu tidur emaknya. Lantas dia mengubah rancangannya untuk menghubungi Azlan pula.
“Assalamualaikum,” Tijah mula memberi salam sebaik Azlan menjawab panggilan.
“Wa'alaikumsalam, sayang. Dah beres kerja rumah?”
“Sudah. Mr Panasonic yang tolong cucikan baju. Lan kat mana?” balas Tijah.
“Baru je sampai rumah. Jah, Lan ada hal nak bagi tau. Pasal Faizul.” Tergamam Tijah bila Azlan menyebut 'pasal Faizul'. Sejak bila pula Azlan berminat dengan hal Faizul.
“Faizul? Kenapa dengan dia, Lan? Dan macam mana pulak tiba-tiba je Lan berminat nak bercerita hal Faizul ni?” Tijah mencari jawapan dari Azlan.
“Jah, KL ni kecik je kan. Jah tahu tak Faizul tu bekas tunang Lia, adik Azril member Team K yang datang masa signing ceremony hari tu?” Azlan cuba mengimbas kembali ingatan Tijah. Azril merupakan pelumba ahli Team K-Plus dan turut hadir ketika majlis menandatangani perjanjian yang diadakan di pejabat Tijah. Sempat juga Tijah berkenalan dengan Azril dan rakan-rakan Azlan yang lain.
“Ye, ingat. Memang Jah tahu Faizul pernah bertunang sebelum ni. Seingat Jah, mak kata dah 5 tahun dia putus tunang. Hmm..tak tahulah pulak kalau lepas tu dia bertunang lagi. Tapi kenapa pulak dengan dia?” Tijah sudah mula menunjukkan minat dengan hal Faizul.
“Hah? 5 tahun? Azril kata adik dia bertunang dengan Faizul setahun saja. Lan harap Jah jangan marah ye. Sebenarnya sejak Lan nampak si Faizul masa kat kampung dulu, Lan tak puas hati dengan dia ni. Lan rasa ada yang tak baik pasal Faizul ni. Jadi Lan ambik gambar dia senyap-senyap dan tunjukkan kat kawan-kawan Lan kalau-kalau ada yang kenal. Bila Lan tunjukkan pada Azril masa kami jumpa tadi, barulah Lan tahu yang Faizul pernah bertunang dengan adik Azril. Nama adik dia, Lia. Mereka putus tunang 3 bulan lepas sebab Lia selalu bergaduh dengan Faizul pasal ramai orang nampak Faizul keluar malam dengan ramai wanita separuh umur. Akhir sekali, sebelum putus, Azril sendiri nampak Faizul dengan seorang Datin di sebuah 'night club' yang ekslusif,” panjang lebar Azlan dengan mukadimahnya tentang Faizul. Tijah yang sudah mengetahui tentang hal Faizul mendengar dengan khusyuk kerana hal putus tunang ini tiada lagi dalam fail ingatannya. Tijah juga baru sedar yang Azlan benar-benar sayangkannya sehingga sanggup menyiasat hal Faizul hingga ke tahap itu. Azlan terus menyambung.
“Azril bagi tahu Lan lagi yang pertemuan Faizul tidak setakat di situ. Bila Azril nampak mereka berdua keluar dari 'club' tu, Azril ikut mereka berdua sampai ke hotel. Mereka berdua menginap di hotel tu. Azril tak sanggup tengok adik dia diperbodohkan sebegitu lagi dan mula menyiasat hal ini sampai ke sekolah si Faizul tu mengajar dan mula membuat aduan pada gurubesar sekolah. Jah tau tak yang si Faizul ni digantung kerja sebab terlibat dengan kes salahlaku?”
“Tak tahu lah pulak Jah pasal tu. Salahlaku macam mana Lan? Eh, interesting betul kisah Faizul ni ya,” Tijah cuba mengorek lagi sebanyak maklumat yang ada.
“Salahlaku gangguan seksual lah Jah. Dia mengganggu pelajar dia sendiri untuk keluar bersama dan tidur dengan dia”, huh! Memang salah kelakuannya itu, bisik hati Tijah. Di saat itu, Tijah sudah semakin mual dengan hal Faizul.
“Lan, Tijah tak sangguplah dengar hal Faizul lagi. Tijah kesian dengan mak dan Hajjah Maimunah. Tak sangka betul kelakuannya. Lan rasa Hajjah Maimunah tahu tak hal ni?”
“Kalau Jah nak, Lan boleh tanya kat Budin,” Azlan beri cadangan.
“Eh, gila Lan nak buat macam tu? Nanti satu kampung tahu hal ini, kecoh pulak. Kesian Hajjah Maimunah,” Tijah cuba memujuk Azlan. Tijah teringatkan ugutan yang tidak menakutkan oleh Faizul tadi. Tapi jauh disudut hatinya, sedikit bimbang jika hal ini diketahui oleh orang kampungnya kerana Hajjah Maimunah sudah mula dikenali di situ. Walaupun Hajjah Maimunah dari kampung sebelah, namanya dikenali kerana sifatnya yang pemurah dan sentiasa bersedekah di masjid-masjid berhampiran. Dari situlah Budin mengenali Hajjah Maimunah dan jatuh cinta dengan anak perempuannya.
“Jah, tahulah Lan macam mana nak tanya dia. Takkan Lan nak terus 'belasah' tanya dia cam tu. Adalah bunga-bunganya nanti,” terang Azlan. Tijah sudah mula risau. Tijah risau kalau-kalau emaknya berkeras hendak menyatukan Tijah dengan Faizul.
“Lan..,” Tijah bersuara, “Macam mana agaknya reaksi mak dan Hajjah Maimunah bila tahu hal Faizul yang berpura-pura ni ya?” Azlan terdiam seketika.
“Entahlah Jah. Nasib badanlah Hajjah Maimunah tu”. Itu jawapan Azlan yang skema. Namun Tijah masih lagi memikirkan cara untuk berhadapan dengan emaknya nanti. Telefon sajakah atau perlu balik kampung dan berbincang empat mata?
“Jah, jangan salah sangka ya. Kalau bukan kerana kita ni couple pun, Lan akan tetap bantu Tijah dengan hal ini. Lan buat ini kerana Lan tak mahu Tijah merana nanti. Sekarang bila Tijah dan Lan dah couple, Lan rasa Lan bertanggungjawab untuk selamatkan Jah. Tak boleh nak biarkan Tijah kesayangan hilang macam tu aje, kan” terang Azlan dalam nada berseloroh. Tijah faham niat hati Azlan. Dari dulu lagi Azlan memang bersifat pelindung kepada Tijah dan keluarganya.
“Biarlah dia, Lan. Nanti lambat laun, sedarlah dia. Macam mana dengan program charity race tu?” Tijah menukar topik. Bukan main suka lagi Azlan bercerita tentang program amalnya nanti. Tijah biarkan saja Azlan bercerita sambil kepalanya memikirkan tentang emaknya. Sesekali Tijah tergelak kecil bila Azlan berseloroh.
“Jah, bila Jah nak 'settle'kan hal Faizul dengan emak Jah?” Azlan kembali ke topik asal.
“Err..err...Jah ingat nak telefon mak tadi. Tapi dah lewat, dah pukul 10.30 malam. Tentu mak dah tidur. Esok sajalah Jah telefon mak. Kenapa?”
Jah, kalau hal tu semua dah settle, Lan cadang nak suruh mak merisik Jah,” Azlan berterus terang. Merisik? Tijah seakan tidak percaya yang Azlan sudah bersedia ke arah itu. Senyum lebar lagi Tijah malam itu. Kali ini bukan setakat sampai belakang kepala, malah dari belakang kepala, senyum itu kembali ke hadapan, berpusing secara 360 darjah. Terlupa Tijah seketika tentang Faizul yang menyakitkan itu. Dirasakan indah betul malam itu bila Azlan sudah bersedia memperisterikan Tijah.
“Betul ke Lan dan bersedia ni? Tijah seolah tidak percaya dengan apa yang didengarnya dan menanti kepastian dari Azlan.
“Ye lah sayang oi. Mana tahan asyik tengok je, ada rezeki ni, lebih baik memiliki terus”, balas Azlan berbunga-bunga.
Ok, insyallah, esok Jah call emak dan kalau boleh Jah ingat nak balik kampung minggu ni. Jah rasa lebih baik Jah 'settle'kan hal ini secara berdepan, kan Lan,” cadang Tijah.
“Ya, Lan rasa lebih baik Jah balik, face to face. Tapi kalau Jah balik, Lan tak dapat nak temankan tau, sayang. Lan ada charity race kan. Tapi Lan harap Jah bincang baik-baik dengan emak ya. Sebab Lan bimbang juga kalau-kalau Mak Som salah sangka yang Lan ni penghasut,” Azlan melahirkan keresahannya. Terdiam Tijah seketika. Resah Azlan adalah resah Tijah juga. Pernah Tijah berfikiran sebegitu. Bimbang emaknya menganggap Azlan penghasut. Hendak pula Azlan bakal merisiknya nanti. Tijah berdoa agar emaknya tidak berfikiran seburuk itu terhadap Azlan yang dianggap seperti anak sendiri. Tijah amat berharap agar Azlan dapat diterima menjadi menantu emaknya selepas ini dan bukan mengharapkan Faizul yang menjadi menantunya.
Tijah akhiri perbualan telefon dengan mengucapkan selamat malam pada Azlan dan saling bertukar ucapan mimpi indah menyelubungi tidur. Tijah letakkan telefon tanpa wayar jenama Hitachi itu dengan longlai. Tijah tekup wajahnya dengan kedua tapak tangannya. Dia berdoa agar esok dan hari yang seterusnya, Azlan akan sentiasa bersamanya, melindungi, mengasihi dan menyintainya. Tijah berdoa agar hati emaknya lembut menerima penolakan cadangan untuk disatukan dengan Faizul. Tijah doakan agar Faizul mendapat petunjukNya. Tijah bangun dari kerusi dan terus ke biliknya. Dia melabuhkan badannya ke atas katil bujangnya yang bakal bertukar menjadi king size bed tidak lama lagi. Tak kisahlah Tijah kalau bukan dari jenama Da Vincci sekalipun. Asalkan bertukar, sudah cukup baik baginya. Tijah tarik selimut dan membetulkan kedudukan jam locengnya. Sebaik mata hendak terlelap, handphone Tijah bergetar. Dilihatnya nama Faizul tertera di skrin. Patutkah aku menjawab panggilan ini, tanya Tijah pada diri sendiri. Tijah biarkan saja telefon itu bergetar dan meneruskan tidurnya. Tijah mahu tidurnya malam itu diselubungi mimpi indah, seindah taman kencana seperti yang ditonton dalam filem dongeng melayu lama. Semoga, hari esok menjadi lebih indah dari hari ini. Dan Tijah pun lena di buai mimpi......

Comments
Post a Comment
Sila komen apa-apa pun, tapi tertakluk pada terma dan syarat.