Alkisah...Pak Ayob ditemuramah di TV Pat
Selain dari menjana wang sebagai ahli muzik dan penggali kubur, Pak Ayob juga dikenali sebagai pengamal perubatan tradisional ataupun bomoh. Penerbit Malaysia Hari Ini di TV Pat yang mengetahui kisah Pak Ayob, menjemput Pak Ayob ke studio Malaysia Hari Ini untuk ditemuramah tentang kerjaya istimewanya itu. Pak Ayob yang berasa bangga dengan jemputan penerbit Malaysia Hari Ini telah mencanangkan kepada orang kampung agar menonton rancangan tersebut pada sekian haribulan, sekian waktu. Berikut adalah ulasan temuramah antara penyampai rancangan tersebut dan Pak Ayob :-
Penyampai 1 : Assalamualaikum rakyat 1Malaysia, selamat pagi dan salam sejahtera. Bertemu lagi kita dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia. Pada pagi ini kita ada satu topik menarik untuk diperbincangkan serta ada tetamu yang kami undang.
Penyampai 2: Ye Majidudul. Topik pada pagi ini saya rasa sungguh menarik. Ramai di antara kita yang tahu tentang pengamal perubatan tradisional atau dalam bahasa lazimnya orang menyebut sebagai bomoh, ye Majidudul.
Penyampai 1 : Betul tu Allycat. Pengamal perubatan tradisional ini terdiri dari berbilang bangsa dan agama. Persoalannya, penonton sekalian, apakah pengamal perubatan tradisional ini diiktiraf oleh jabatan agama yang berkaitan ataupun pihak Jabatan Tenaga Buruh sebagai satu kerjaya?
Penyampai 2 : Selain dari pengiktirafan, apakah pengamal perubatan tradisional boleh dipercayai dan persoalan yang seterusnya, mengapa masyarakat kita menggunakan perkhidmatan bomoh ini?
Penyampai 1 : Untuk merungkai persoalan ini, kita ada tetamu yang dijemput khas. Beliau merupakan seorang pengamal perubatan tradisional – kita ucapkan selamat datang ke Studio TV Pat kepada Pak Ayob. Apa khabar Pak Ayob?
Pak Ayob : Pak Ayob sihat alhamdulillah. Pak Cik kan pengamal perubatan tradisional, mestilah sentiasa sihat. Kalau tak, macam mana nak cari makan, kan? (Ketawa) heh heh heh heh....
Penyampai 1 : Bagus tu Pak Ayob. Baiklah Pak Ayob, sudah berapa lama Pak Ayob mengamalkan perubatan tradisional ini?
Pak Ayob : Uiihhh..lama dah dik oiii.. Sejak Pak Cik belum kahwin dengan arwah Mak Cik kau lagi. Sejak Pak Cik habis je graduate kat Universiti Hospital dulu, Pak Cik pun ubah haluan jadi bomoh.
Penyampai 2 : (Terpinga-pinga bila dengar Pak Ayob kata habis je graduate..) Er...Pak Ayob graduate dari Universiti Hospital? Ohh..dulu Pak Ayob doktor ke?
Pak Ayob : Ehh, tak lah. Apa pulak doktor. Pak Cik dulu attendant hospital je. Pak Cik disuruh berhenti kerja sebab hari-hari ada orang mati sebab Pak Cik. Tu kata diorang lah.
Penyampai 1 : (Terkejut beruk) Menarik tu Pak Ayob, macam mana boleh berlaku.
Pak Ayob : Pagi-pagi tugas Pak Cik vakum wad ICU. Masa nak vakum mestilah pasang plug kan? Jadi Pak Cik pun cabutlah plug lain tu dulu, dan pasang plug vakum tu. Lepas 5 minit, Pak Cik dengar nurse tu menjerit panggil doktor ada patient dah meninggal. Ahh..dituduhnya Pak Cik yang menyebabkan kematian orang tu. Logik ke kalau pegang vakum tu orang lain buleh mati?
Penyampai 2 : Err...tak logik Pak Cik. Tapi plug apa yang Pak Cik cabut dulu sebelum pasang plug vakum tu?
Pak Ayob : Tu lah, nurse tu kata plug yang Pak Cik cabut tu ialah plug oksigen pesakit tu. Tak taulah Pak Cik betul ke tidak nurse tu.
Penyampai 1 & 2 (confused)
Penyampai 1 : Err..baiklah Pak Ayob. Sebenarnya tugas sebagai pengamal perubatan tradisional ni, apa yang perlu ada pada pengamal tersebut.
Pak Ayob : Yang perlu ada ialah akal. Tak ada akal cam ne nak 'goreng' orang yang datang jumpa kita tu. Orang yang datang nak dapatkan perkhidmatan bomoh ni semuanya orang yang terdesak. Bukan dia orang ni tak tahu yang bomoh pun manusia jugak. Mintak dengan Tuhan jugak.
Penyampai 2 : Kenapa Pak Ayob cakap mereka ini terdesak? Sedangkan Pak Ayob sendiri cari makan dengan cara ini?
Pak Ayob : Tu lah. En Allycat, manusia ni kalau dia dah terdesak, Tuhan pun dia terlupa dah. Bukannya banyak beza pun Pak Cik ni dengan kau orang semua. Manusia jugak. Tapi disebabkan percaya yang Pak Ayob ni terer, diaorang ni datang jugak jumpa Pak Cik. Masalah diaorang ni bukannya serius pun, sakit kakilah, sakit tangan lah, sakit kepala lah. Sakit angau pun diaorang jumpa Pak Cik. Lepas tu mulalah tuduh orang ni buat, orang tu buat. (menggelengkan kepala). Ada sorang pompuan tu, ngadu sakit kaki dah bertahun. Datang jumpa Pak Cik nak berubat. Macam mana tak sakit kaki, badan besar bukan main, kaki kecik macam ranting, macam mana tak sakit kaki tu nak menampung berat badan. Yang sorang lagi, orang tua dah nak masuk 70 tahun. Ngadu ngan Pak Cik tapak kaki berkudis tak elok-elok. Macam mana nak elok kalau ada kencing manis? Orang yang ada kencing manis ni, luka sikit kat tapak kaki tu pun boleh melarat kalau tak dijaga. Ahh..dituduhlah orang tu yang hantar sihir kat dia dan kononnya dia ni dah terpijak. Pijak taik agaknya. Tu pun nak jumpa Pak Cik. Pak Cik pun apa lagi, jampilah macam-macam kat air mineral 2 -3 botol. Pak Cik 'goreng' sikit ayat power dengan dia. Dapat Pak Cik RM50. Hmmm.. yang sorang tu budak pompuan umur dah lanjut. Belum kahwin lagi. Emaknya bawak jumpa ngan Pak Cik katanya anak pompuan dia ni dibuat dek orang. Siang malam termenung teringatkan teman lelakinya. Yang sebenarnya budak pompuan ni bukan apa pun. Budak pompuan ni nak kahwin dengan teman lelakinya, budak tu kerja despatch je. Tapi bila budak lelaki tu masuk meminang, emak dia pergi letak hantaran sampai 20 ribu. Ada ke patut? Dahlah anak pompuan dia tu dan lanjut usia, nak kahwin dengan despatch tu, mana budak despatch tu nak cari 20 ribu nak buat hantaran? Mana tak termenung anak dara dia. Itupun dituduh budak lelaki tu dah bagi ubat guna-guna kat anak dia. Pak Cik pun jampi lagi kat air mineral 2-3 botol. Pak Cik suruh dia follow up ngan Pak Cik lepas 3 malam nak buat mandi bunga. Percaya dia kat Pak Cik, dia hulurnya kat Pak Cik RM50. Dah dapat RM 100 Pak Cik dalam satu malam. (ketawa) hahahaahahahaaha....
Penyampai 1 & 2 (tercengang.....)
Pak Ayob : Ada satu lagi kisah. Pompuan muda ni, dah kahwin lebih kurang 5 tahun. Ada anak 2 orang. Ngadu ngan Pak Cik suami dia ada makwe lain. Selalu duduk lama-lama depan komputer ngadap Facebook. Dia datang jumpa Pak Cik nak minta ubat penunduk. Pak Cik cakap ngan dia, kalau nak suruh laki dia tunduk kat dia selalu, kena kahwin dengar orang Jepun. Tak mahu pulak dia sebab budaya orang Jepun tak sama dengan budaya orang Melayu. Hah, bukan ke itu maknanya dia pun ada hati nak kahwin lain? Laki dia nak kahwin lain tak boleh pulak? Haih......jadi Pak Cik pun kasi dia air mineral. Maleh Pak Cik nak layan hal rumahtangga orang. Bukan ada jampi apa-apa pun, dapat Pak Cik RM30.
Penyampai 1 : Err...wah panjang lebar ye penerangan Pak Ayob. Jadi pada Pak Ayob,berbalik kita pada persoalan tadi, patut ke kerjaya sebagai bomoh ni diiktiraf dan diberi sijil pengiktirafan oleh badan yang berkaitan, sebagai contoh Jabatan Tenaga Buruh?
Pak Ayob : Pak Cik tak fikir ini patut diiktiraf sebabnya kalau ianya diiktiraf, lagi ramai yang bertukar kerja jadi macam Pak Cik, Bila dah ramai kerja cam ni, susah Pak Cik nak cari makan. Kalau Pak Cik susah nak cari makan, kau nak bagi Pak Cik makan ke? (dengan nada Emosional).
Kemudian terdengar suara penerbit menjerit “CUT!”
Moral : minta pada Allah, direct – lagi bagus. Tak kira dalam bahasa apa pun – bukankah Allah Maha Mendengar? Insyallah.

Comments
Post a Comment
Sila komen apa-apa pun, tapi tertakluk pada terma dan syarat.