Tijah The Series Episode 6 - Janji Termeterai
Tijah melangkah malas menuju ke ruang menunggu lif untuk naik ke pejabatnya. Awal sungguh Tijah sampai di pejabatnya pagi itu. Tijah lihat di tempat letak kereta, masih banyak lagi ruang kosong. Tijah terlihat di satu sudut ada sebuah kereta mewah yang seperti pernah dilihatnya sebelum ini. Belum sempat dia mencari jawapan di mana pernah dilihatnya kereta itu, ting! Bunyi lif tiba dan terbuka luas pintunya. Tijah tidak perasan ada orang rupanya dalam lif itu yang hendak keluar sebaik Tijah hendak melangkah masuk. Hampir berlaga badan mereka berdua. Hidung Tijah dapat menangkap bau minyak wangi yang menusuk ke kalbunya yang sangat biasa dihidunya. Ditolehnya ke arah lelaki itu serta merta dan ternyata benar, Lelaki Tingkat 2 baru saja melewatinya. Tergesa-gesa sungguh Lelaki Tingkat 2 itu keluar dari lif sehinggakan Tijah tidak sempat nak minta maaf kerana hampir berlaga badan dengannya tadi. Tijah tekan butang lif untuk membiarkan pintu itu terbuka seketika dan menjenguk ke luar kalau-kalau Lelaki Tingkat 2 itu berpatah balik ke arah lif. Dilihatnya Lelaki Tingkat 2 itu meraba-raba sesuatu di dalam poket seluarnya dan mengeluarkan kunci kereta lantas terus masuk ke dalam keretanya. Tijah masuk semula ke dalam lif dan menekan butang tingkat 4 dan membiarkan pintu lif tertutup. Pelik juga Tijah mengenangkan keadaan Lelaki Tingkat 2 itu tadi yang begitu tergesa-gesa keluar seperti dikejar. Tapi disebabkan bau wangi Lelaki Tingkat 2 itu masih lagi bersaki baki di dalam lif itu, tersenyum juga Tijah sendirian dan melupakan seketika kejadian tadi. Pintu lif terbuka di tingkat 4 dan Tijah melangkah keluar menuju ke pejabatnya. Terkejut juga Tijah melihat pejabatnya sudah terang benderang yang menandakan ada orang telah membukanya. Mustahil Ms Lam yang membuka pejabat kerana Tijah tidak melihat pun kereta Ms Lam di tempat letak kereta tadi. Tijah cuba menolak daun pintu tapi berkunci. Tijah keluarkan kunci pejabatnya dan membukanya dengan segera. Tiada pun didengar apa-apa dari pejabat Mr K kalau-kalau Mr K yang membuka pejabat pagi itu. Dijenguknya bilik Mr K namun tiada kelibat Mr K pun walaupun bilik Mr K juga terang benderang. Mungkin Mr K di tandas dan Tijah kembali ke tempat duduknya sambil memeriksa dokumen yang terletak di atas mejanya. Sambil mengemas mejanya, dia perasan ada kelibat seseorang datang dari luar menuju ke arah pejabatnya. Sebaik daun pintu ditolak, terkejut Tijah bukan kepalang kelibat itu ialah Lelaki Tingkat 2. Terbeliak mata Tijah terkejut melihat Lelaki Tingkat 2 itu masuk ke pejabatnya tersenyum. Terkedu Tijah sambil menelan air liur sebab tak tahu apa yang perlu ditanya dan dikatakan. Dalam hati Tijah tertanya-tanya juga apa yang dibuatnya di sini sedangkan Tijah sangat-sangat pasti yang dia berada di pejabatnya di tingkat 4 bukan tingkat 2. Belum sempat Tijah bertanya, Lelaki Tingkat 2 itu terlebih dahulu menyapa Tijah.
“Selamat pagi, Khatijah. It is ok, you tak salah pejabat. You are in the right office. Jumaat lepas, you balik awal and you missed an important announcement, I guess?” terang Lelaki Tingkat 2.
“Announcement? Announcement apa ya, En Azam”, tanya Tijah.
“Mr K ada masalah kesihatan dan dia perlu menjalani pemeriksaan lanjut di hospital di Singapura. So, I'm here to oversee the business while he is away. You ingat tak dokumen yang Mr K suruh you hantar pada I Jumaat lepas? Itu 'hand-over checklist” Mr K kepada I, sebab itu dia sangat risau bila dokumen tu tak sampai pada I sampai dia terpaksa turun ke tingkat 2 untuk cari you. I pun masa selisih dengan you di tangga tu pun tak tau yang you were Mr K's messenger”, terang Lelaki Tingkat 2 sambil tergelak kecil mengenangkan insiden tertolak pintu tempoh hari. Baru Tijah teringat hal yang terjadi pada Jumaat lepas. Rupa-rupanya selepas itu Mr K ada buat pengumuman tentang Lelaki Tingkat 2 itu akan mengambil alih tampuk pemerintahan syarikatnya sementara dia mendapatkan rawatan di Singapura. Namun, tertanya-tanya juga Tijah di dalam hati tentang hubungan Mr K dengan Lelaki Tingkat 2 ini. Nak kata ini anak Mr K, mustahil pula sebab Mr K itu Cina dan Lelaki Tingkat 2 ini Melayu. Bau wangi Lelaki Tingkat 2 masih lagi menusuk hidungnya dan Tijah lupakan saja persoalan di dalam hatinya tentang hubung kait Lelaki Tingkat 2 dengan Mr K. Asalkan Lelaki Tingkat 2 sudah bermastautin di pejabat ini, sudah cukup untuk membuat Tijah gembira dan bersemangat sikit nak buat kerja. Kalau tak, hari-hari pandang muka Mr K dengan cermin mata lebarnya itu, muka Ms Lam dan muka beberapa orang kakitangan yang sudah muak Tijah lihat. Melainkan kalau Ms Lam dengan murah hati lagi belanja Tijah tembikai potong, tidaklah Tijah muak sangat. Sekarang pejabat ini ada penyeri, bisik hati Tijah. Bertambah semangatlah hendak buat kerja. Berlagu riang di hati Tijah pagi itu. Riang hatinya sehingga terlupa tentang kerisauan hatinya malam tadi. Risau tentang cara nak memaklumkan pada emaknya tentang penolakan secara hormat cadangan emaknya hendak menyatukan Tijah dengan Faizul. Tijah pun memang tak sedap hati bila Faizul menelefonnya pukul 3 pagi tadi untuk ajak Tijah keluar minum. Bengang betul Tijah bila tidurnya diganggu begitu. Tidakkah Faizul terfikir yang pukul 3 pagi itu ialah waktu tidur nyenyak orang normal sepertinya? Tak kuasa Tijah nak layan orang macam Faizul yang tak hormatkan 'privacy' orang lain. Azlan pun belum pernah mengganggunya sebegitu. Tijah sudah ada satu point untuk menjadikan alasan penolakannya nanti. Namun, Tijah rasakan alasan itu tidak kuat untuk menyokong penolakannya. Tijah lihat jam sudah pukul 9 pagi dan cepat-cepat Tijah log in ke dalam sistem telefon pejabatnya. Seorang demi seorang kakitangan yang lain masuk ke pejabat dan mengucapkan selamat pagi kepada Tijah. Ms Lam yang belum pernah terlambat begini, tergesa-gesa masuk ke pejabat dan terdengar Tijah Ms Lam berkata sesuatu pada Lelaki Tingkat 2 di dalam biliknya. Tijah jawab satu panggilan telefon dan tersenyum simpul Tijah menjawab panggilan itu datang dari Azlan.
“Jah, kau dah minum ke?”
'Dah, kat rumah tadi”,
“Jah aku dengar Mr K masuk hospital, betul ke” tanya Azlan lagi.
“A'ah betul. Aku pun baru dapat tahu pagi ni. Itu pun pasal bos baru tu sendiri yang bagi tau”,jawab Tijah.
“Aku sebenarnya ada appointment dengan Mr K pagi ni. Jah kau tolong aku ya. Kau tolong tanyakan pada Ms Lam kalau-kalau appointment tu on ke, cancel ke?” risau juga Azlan sebab temujanji pagi itu adalah untuk menentukan persetujuan kontraknya dengan sayrikat Mr K sebagai penaja perlumbaannya bulan hadapan.
“Lan, nanti aku tanya Ms Lam ya dan aku call kau balik,”. Tijah pun risau juga jika kontrak ini gagal dilaksanakan dan Azlan tentu akan kecewa dan susah hati. Kecewa Azlan, kecewa Tijah juga dan gembira Azlan, sudah tentu gembira Tijah juga. Maklum saja, 'kontrak' Tijah dan Azlan sudah termeterai malam tadi disaksikan hiruk pikuk orang ramai di kawasan rehat lebuhraya PLUS. Tijah hampiri meja Ms Lam dan terpandang ada satu fail di atas meja Ms Lam tertulis “Team K-Plus Racing sponsorship”. Itu fail yang berkaitan dengan penajaan perlumbaan motosikal yang Azlan risaukan. Ms Lam keluar dari bilik Mr K yang kini dihuni oleh Lelaki Tingkat 2 itu.
“Yes, Tijah, anything?” tanya Ms Lam sebaik melihat Tijah tercegat di tepi mejanya.
“Ms Lam, Azlan call tadi dia kata sepatutnya ada appointment dengan Mr K pagi ni, so is it on?”
“Yes, it is on”, terkejut Tijah tiba-tiba kasar betul suara Ms Lam menjawab soalannya. Mata Tijah masih lagi terpaku di fail yang tertulis “ Team K-Plus Racing sponsorship”. Tijah jeling dengan ekor matanya pada Ms Lam dan melihat Ms Lam memandang ke arah bilik Mr K. Oh, rupa-rupanya En. Azam yang menjawab soalan itu, bukan Ms Lam. Tersengih-sengih Tijah bila Lelaki Tingkat 2 memandangnya sambil mengulangi “yes, it is on”.
“Ok, thanks”, jawab Tijah sambil berlalu. Namun sempat juga dia berbisik pada Ms Lam “I ingat suara you tiba-tiba jadi kasar, rupa-rupanya En Azam yang jawab daaaa....”. Ketawa kecil Ms Lam bila Tijah menyakatnya begitu. Tijah terus capai headsetnya dan mendail nombor telefon Azlan. Gembira sungguh Tijah memaklumkan pada Azlan yang temujanjinya berjalan lancar dan akan diambil alih oleh En Azam yang wangi itu. Tak sabar juga Tijah nak melihat Azlan pagi itu. Baru beberapa jam terpisah, sudah ada bait-bait rindu di hati Tijah. Dalam hati, Tijah juga amat berharap agar perjanjian untuk kontrak penajaan perlumbaan motosikal bulan hadapan akan berjalan dengan baik agar Azlan dapat mencapai cita-citanya dan sekaligus membuktikan kemampuannya. Tijah meneruskan harinya dengan girang, cemerlang dan penuh dedikasi dengan adanya Lelaki Tingkat 2 yang wangi itu sebagai penyeri dan semangat serta adanya cinta Azlan terpahat di hati Tijah.
**************************
Terkejut Tijah pagi itu bila handphonenya berdering. Seingat Tijah dia baru saja melelapkan matanya. Dilihatnya nama Faizul terpapar di skrin. Terlihat juga waktu menunjukkan jam 2.30 pagi. Bertambah lagi bengang Tijah bila melihat Faizul sekali lagi mengganggu tidurnya. Siang-siang buta tidak mahu pula dia telefon, getus hati Tijah. Tijah tekan butang hijau di handphonenya dan menjawab dengan sopan serta memberi salam.
“Wa'alaikumsalam,” jawab Faizul dengan nada suara yang begitu manja. Naik gerun pula Tijah mendengarnya. “Awak dah tidur ke?” tanya Faizul. Bertambah bengang Tijah dengan soalan mengarut si Faizul. Dia seorang guru, tidakkah dia perlu tidur dengan cukup agar dia dapat menumpukan pengajarannya dengan baik siang nanti, tanya hati Tijah, sedikit pelik dengan sikap Faizul yang tidak menghormati waktu tidur orang lain.
“Faizul, awak tak tidur ke? Esok awak tak kerja ke?” balas Tijah dengan soalan.
“Saya mengajar sekolah petanglah. Memang selalu macam ni, tidur lewat”, jawab Faizul.
“Ok awak mengajar sesi petang tapi saya “mengajar” sesi pagi sampai petang jadi saya perlukan tidur yang cukuplah, Cikgu Faizul. Kenapa awak tak mau call saya siang hari aje?” balas Tijah sedikit geram dengan jawapan Faizul. Tergelak kecik Faizul mendengan jawapan Tijah.
“Call siang hari tak best. Call malam-malam macam ni lah romantik sikit. Saya suka dengar suara awak bangun tidur macam ni, seksi. Barulah syok dengar”, terbeliak mata Tijah bila Faizul berkata begitu. Bertambah pelik Tijah bila Faizul seolah “mengerang manja” di sebalik talian. Seperti orang yang sedang...ah, malas Tijah nak layan orang macam ini. Tijah sudah tambah lagi satu point untuk menyokong penolakannya nanti.
“Err.. Cikgu Faizul, saya mengantuklah. Esok saja kita berbual ya?” Tijah cuba menarik diri secara hormat. Sengaja dia memanggil Faizul dengan gelaran cikgu agar Faizul sedar yang dia memegang satu jawatan yang sangat dihormati juga sebagai satu peringatan pada Faizul agar menghormati Tijah juga.
“Alah, Tijah awal lagi ni. Baru 2.30 pagi,” balas Faizul. Awal kepala hotak kau, bentak hati Tijah rasa macam hendak maki hamun saja si Faizul yang semakin 'naik tocang'. Namun disebabkan masih lagi menghormati Faizul sebagai anak kepada Hajjah Maimunah yang juga kawan emaknya, Tijah masih lagi bersabar dengan kerenah Faizul.
“Tijah, awak pakai baju apa sekarang? Seksi tak?” Faizul terus-terusan bertanya kepada Tijah tanpa menghiraukan permintaan Tijah untuk mengakhiri perbualan. Terkejut bukan kepalang Tijah bila Faizul tanpa segan silu bertanya tentang warna pakaian dalamnya pula. Hati Tijah menyumpah seranah bagai nak gila dengan kelakuan Faizul yang semakin tidak senonoh. Cara Faizul berkata-kata tidak sedikit pun menggambarkan yang dia seorang guru dan seperti apa yang emaknya pernah kata “rajin ke masjid”. Mungkin Tijah terlalu bengang sehingga menganggarkan orang yang alim dan baik tidak sepatutnya berkelakuan begini. Tijah menganggarkan orang yang rajin ke masjid tidak akan menurut nafsu dan menyebut 'seksi' pada wanita yang bukan muhrim sepertinya serta bertanykan tentang pakaian dalamnya. Azlan sendiri yang setahu Tijah tidak rajin ke masjid pun belum pernah berkelakuan begini terhadapnya.
“Cikgu Faizul, ok lah ya, selamat malam”, terus Tijah tekan butang merah mengakhiri perbualan lucah Faizul. Sungguh Tijah tidak sangka Faizul amat buruk kelakuannya. Tijah terkenang masa dipertemukan dengan Faizul ketika majlis perkahwinan Budin tempoh hari. Dari mata kasar, sungguh berbudi pekerti, bersopan santun tingkah laku Faizul. Sekarang, lain benar warnanya. Bukan lagi merah jambu, biru atau hijau yang sedap mata Tijah memandang. Tapi hitam dan kelabu asap warna peribadi Faizul yang digambarkan melalui panggilan telefon tadi. Belum lagi berjumpa secara 'face to face' lagi, fikir Tijah. Kalau berjumpa secara 'face to face' mahu agaknya berjalan tangan si Faizul memegang dan merabanya pula. Takut pula Tijah bila mula terfikir akan kerakusan Faizul dan sungguh tersasar sekali apa yang pernah digambarkan oleh emaknya tempoh hari 'rajin ke masjid, cikgulah katakan”. Tijah set nama Faizul dan meletakkan ringtone kepada 'silent'. Belum sempat dia tekan butang 'save', sekali lagi nama Faizul terpapar di skrin handphonenya. Faizul sekali lagi menghubunginya. Dibiarkan saja handphonenya bergetar dan terus menyambung tidurnya yang terganggu. Namun, getaran handphonenya itu terus mengganggunya. Faizul terus terusan menghubunginya. Tak cukup dengan panggilan telefon, Faizul menghantar pula SMS dengan mesej yang berbaur lucah. Bertambah bengang Tijah dibuatnya lantas mendapat satu lagi point untuk dijadikan bukti tentang sikap tidak senonoh Faizul terhadap Tijah. Akan dijadikan SMS itu sebagai bukti untuk ditunjukkan kepada emak Tijah sekiranya Mak Som berkeras enggan menerima penolakannya. Tijah tekan butang off pada handphonenya sebagai langkah terakhir mengelak dari terus diganggu. Tijah terus berdoa agar Tuhan memberikan kekuatan agar dia dapat menghadapi dugaan ini dengan tenang dan terus melelapkan mata.
Terkejut Tijah bila jam loceng berbunyi. Tijah rasa baru saja dia melelapkan mata. Ini semua gara-gara Faizul yang tidak senonoh itu, bengang hati Tijah masih lagi menyalahkan Faizul yang mengganggunya malam tadi. Walaupun Tijah sedar, tidak bagus pagi-pagi begini menyumpah seranah orang lain. Tijah pejamkan mata sebentar dan tarik nafasnya dalam-dalam sebagai cara melepaskan kemarahannya. Tijah terus berlalu ke bilik air sebagai acara rutinnya.
Tijah buka almari pakaiannya dan melihat-lihat pakaian yang mahu dipakainya. Tijah lihat baju kurung merah jambu yang sudah lama tidak dipakainya. Tijah ingat lagi itulah baju kurung yang dipakainya ketika hari raya 4 tahun yang lepas. Baju kurung itu juga ada cerita yang tersendiri. Tijah ingat lagi baju kurung itu dipakai Tijah ketika pagi raya untuk ke masjid bersama emaknya serta Mak Yam. Sampai di masjid, mereka bertiga di sapa Azlan dan secara kebetulan Azlan juga berbaju melayu merah jambu sama seperti baju kurungnya. Apa lagi, berteriaklah beberapa pemuda berdekatan dengan mereka menyakat Tijah dan Azlan bagai pinang dibelah dua kerana berpakaian sedondon. Tersipu-sipu malu Tijah bila disakat begitu. Hari ini, Tijah rasa warna merah jambu baju kurung itu seakan seiring dengan moodnya pagi itu, ceria. Walaupun matanya masih pedih menahan mengantuk, Tijah masih lagi mengekalkan mood cerianya kerana hari ini Azlan akan datang sekali lagi ke pajabatnya untuk sesi menandatangani kontrak penajaan pelumbaan motosikalnya nanti. Dengar kata, majlis menandatangani kontrak itu juga akan dihadiri oleh beberapa wartawan akhbar bahagian sukan untuk meraih publisiti syarikat. Tentu Azlan akan bertambah glamour dan terkenal nanti. Siapa sangka Azlan yang sengau itu, yang pernah menjadi bahan ejekan ketika zaman kanak-kanak dan persekolahannya, bakal bertanding dalam kejuaraan perlumbaan motosikal peringkat antarabangsa dan menaikkan nama kampungnya juga. Tidak pasti pula Tijah kalau-kalau Mak Yam sudah mengetahui akan hal Azlan ini. Bimbang juga Tijah kalau Mak Yam masih lagi tidak bersetuju dengan keputusan Azlan untuk berlumba secara serius. Tijah sisir rambutnya kemas-kemas dan melangkah keluar dengan tergesa-gesa. Majlis akan bermula jam 11.00 pagi dan Tijah diminta oleh Ms Lam untuk membantu sedikit urusan sambutan beberapa tetamu penting nanti. Kemudian Tijah teringat akan handphonenya yang telah dimatikan malam tadi. Tijah tekan butang on dan melihat ada 10 SMS dari Faizul. Kemudian di antara SMS itu ada satu MMS dari Azlan. Tersenyum lebar Tijah bila membuka MMS yang ada aplikasi kartun beruang comel yang tertulis “Good morning my love” berkelip-kelip. Tijah rasa senyumnya semakin lebar dan sudah bertembung di belakang kepalanya. Tijah balas MMS Azlan dengan aplikasi yang tertulis “Thank you” siap dengan gambar hati merah menyala. Tijah tidak endahkan langsung SMS Faizul yang sudah tentu bermesejkan lucah. Tijah simpan handphonenya ke dalam beg dan terus masuk ke dalam kereta.
Majlis menandatangani kontrak berjalan dengan jayanya. Boleh tahan juga wartawan yang menemubual Azlan tadi. Pelbagai jenis soalan diasak kepada Azlan dan Lelaki Tingkat 2 sebagai wakil syarikat yang menaja penglibatan Azlan dalam perlumbaan itu nanti. Dari meja Tijah, dapat dia lihat wajah Azlan yang semakin berseri dan gembira. Risau juga Tijah kalau-kalau wartawan itu tidak faham biji butir pertuturan Azlan. Hendak saja ditawarkan dirinya sebagai perterjemah tak bertauliah kepada Azlan. Tetamu jemputan telah pun bersurai. Wartawan dari beberapa akhbar utama bersalaman dengan Lelaki Tingkat 2 dan Azlan sebagai tanda terima kasih dan penghargaan atas jemputan dan jamuan ringan tadi. Lelaki Tingkat 2, Azlan serta Ms Lam mengiringi beberapa wartawan tadi ke pintu. Lelaki Tingkat 2 berkata sesuatu pada Ms Lam dan terus menuju ke ruang tangga. Ms Lam memaklumkanpada Tijah sekiranya ada panggilan untuk Lelaki Tingkat 2, sila ambil pesanan kerana Lelaki Tingkat 2 hendak ke pejabatnya di tingkat 2 sementara Ms Lam hendak mengemas bilik mesyuarat yang digunakan sebagai saksi majlis menandatangan kontrak itu tadi. Sempat juga Tijah bertanya pada Ms Lam tentang hubung kait Lelaki Tingkat 2 itu dengan Mr K.
“Itu anak saudara Mr K lah. Abang Mr K kahwin dengan orang Melayu dan convert to Muslim. Mr K punya anak masih study so, dia minta tolonglah pada En Azam sementara waktu ini,” balas Ms Lam dengan bahasa Melayu yang fasih.
“Oooooo....macam tu....,” panjang muncung Tijah bila diberitahu hal sebenar. Azlan yang dari tadi tercegat di meja Tijah juga mengangguk-anggukkan kepalanya tanda faham. Ms Lam terus berlalu masuk ke bilik mesyuarat meninggalkan Azlan dan Tijah berdua di situ. Tersengih-sengih Azlan menyakat Tijah tentang baju kurung merah jambu yang dipakai Tijah pagi itu. Tak sangka pula Tijah yang Azlan masih ingat tentang insiden baju itu. Azlan pula pada pagi itu berpakaian rasmi dengan logo syarikat merata-rata di kemeja T pemberian syarikat. Bergaya sungguh Azlan pagi itu dan amat berbeza sekali identiti Azlan bila sudah lengkap berpakaian rasmi sebegitu.
“Semakin glamour lah kau nanti ye. Mesti Mona teruja dan cari kau balik nanti”, usik Tijah.
“Hmm..mesti glamour. Bukan aje Mona yang cari aku, Fasha Sandha, Rebecca Nur Islam, Liyana Jasmay dan ramai lagi artis akan cari aku jugak,” balas Azlan berseloroh.
“Podah! Baru kena interview dengan wartawan dah berangan setinggi gunung,” ketawa berdekah pasangan dua sejoli itu tanpa menghiraukan kakitangan yang lain yang sekadar menjeling dari meja masing-masing. Tijah teringatkan pula tentang kegusaran hatinya pagi tadi tentang Mak Yam.
“Lan, nak tanyalah. Mak Yam dah tahu ke pasal ni?”
“Jah, aku lupa nak update kau hari tu. Aku dah pujuk mak aku dan Mr K pun ada tolong aku call mak aku untuk maklumkan hal ini. Mak aku dah restu minat aku, Jah. Cuma dengan satu syarat aje”, bicara Azlan terhenti di situ bila Lelaki Tingkat 2 menolak daun pintu dan terjengul di hadapan Tijah dan Azlan.
“Awak berdua nampak mesra. Dah lama kenal?” terus Lelaki Tingkat 2 bertanya kepada mereka berdua.
“Memang kenal, Encik Azam. Sejak kami kecil. Kami jiran sekampung”, pintas Tijah menjawab bila dilihatnya Azlan teragak-agak untuk menjawab.
“Ohh..ye ke. Patutlah nampak mesra macam pasangan kekasih,” usik Lelaki Tingkat 2 lagi. Tersipu-sipu Tijah bila diusik begitu. Kali ini bau wangi Lelaki Tingkat 2 tidak lagi menjadi tarikan pada Tijah kerana berdirinya Azlan di hadapan Tijah sudah cukup membuatkan serba serbi berbau wangi dan berseri. Mahu saja Azlan mengakui pada Lelaki Tingkat 2 itu yang mereka memang baru saja declare jadi pasangan kekasih. Tapi kelu pula lidah Azlan nak berterus terang. Lelaki Tingkat 2 memanggil Azlan masuk ke pejabatnya untuk berbincang tentang jadual latihannya. Sempat juga Azlan mengenyitkan matanya pada Tijah ketika berlalu. Tijah balas dengan kenyitan mata juga. Hari itu adalah hari gembira buat Tijah. Gembira kerana Azlan berjaya mendapat kontrak penajaan yang amat diharapkan. Gembira kerana kehidupan Azlan akan bertambah baik. Gembira dan cerianya Tijah sedikit terganggu bila ada panggilan telefon dari Faizul. Tijah lihat jam 12.55 tengahari. Serba salah pula Tijah hendak membiarkan panggilan itu kerana semalam Tijah juga yang kata kalau nak call Tijah, siang-siang butalah, bukan larut malam macam malam tadi tu. Tijah tekan butang jawab sambil memberi salam. Risau juga Tijah kalau-kalau Azlan terpacul di sebelahnya ketika Tijah sedang menjawab panggilan Faizul. Bimbang Tijah kalau Azlan tersalah sangka pula.
“Tijah, malam ni boleh kita jumpa?” Faizul memulakan bicara.
“Malam ni? Siang-siang tak boleh ke? Saya kalau malam-malam ni payah sikit nak keluar”, Tijah cuba mengelak untuk berjumpa dengan Faizul. Bukan apa, Tijah sekadar berhati-hati ekoran dari kelakuan Faizul malam tadi yang sudah cukup membuatnya meluat, menyampah dan apa saja “me” yang ada di dalam kepalanya ketika itu.
“Emm..macam tu ke. Siang hari saya mengajarlah. Kalau awak tak suka keluar malam, tak apa lah, saya datang rumah awak ya, boleh kan?” Faizul cuba menembusi kesabaran dan keimanan Tijah.
“Eh, mana boleh macam tu. Awak dengan saya belum ada apa-apa lagi, mana boleh awak datang rumah saya”, sergah Tijah yang sudah mula mual dengan kelakuan Faizul. Tijah beri pelbagai alasan untuk mengelak dari berjumpa dengan Faizul. Bimbang juga Tijah kalau Faizul tahu di mana dia tinggal. Tijah segera mengakhiri perbualan dengan alasan 'bos panggil' . Lega Tijah bila alasannya menjadi. Selang beberapa minit Azlan dan Lelaki Tingkat 2 keluar dari bilik Mr K. Lelaki Tingkat 2 mengajak Tijah menyertai mereka berdua makan tengahari. Malu-malu juga Tijah nak menerima pelawaan Lelaki Tingkat 2 itu. Namun, disebabkan Lelaki Tingkat 2 itu beria-ia mengajak, Tijah belasah jugalah ikut serta dua lelaki kacak itu. Bangga pula Tijah bila dia mendapat keistimewaan makan bersama bintang lumba motosikal dan Lelaki Tingkat 2 ini. Ms Lam yang bekerja keras mengaturkan majlis tadi pun tidak dapat keistimewaan ini. Mesti ada yang cemburu nanti, bisik hati Tijah. Biarlah apa pun yang ditafsir orang lain, Tijah sudah tidak kisah. Pada Tijah, pelawaan Lelaki Tingkat 2 adalah rezeki dan tidak patut ditolak sewenang-wenangnya dan dengan adanya Azlan, bukan setakat rezeki malah diharap jodohnya juga. Tijah sengaja membiarkan dua lelaki kacak itu berjalan mendahuluinya sambil dia mengekori dari belakang. Tijah perhatikan Azlan yang sedang rancak berbual dengan Lelaki Tingkat 2. Beria-ia Azlan berbual sambil Lelaki Tingkat 2 menganggukkan kepalanya. Tijah rasa dia baru perasan sesuatu. Tijah semakin perasan yang orang lain sudah tidak ada kesulitan untuk berbual dengan Azlan. Sebelum ini, agak sukar juga orang lain untuk memahami tutur kata Azlan kerana masalah sengaunya itu. Tapi dilihatnya Lelaki Tingkat 2 tidak mempunyai masalah langsung untuk memahami tutur kata Azlan malah boleh ketawa berdekah-dekah pula bila Azlan mula membuat lawak. Tijah yakin yang Azlan tidak membuat sebarang pembedahan pada lelangitnya sebelum ini untuk memperbetulkan masalah sumbing dalam lelangitnya. Masalah lelangit yang terbelah dua dari dalam itulah yang membuatkan suaranya sengau lantas membuatkan pertuturannya sedikit sukar untuk difahami. Tijah berjalan semakin hampir dengan Azlan dan cuba mendengar perbualan mereka dengan teliti. Ya, sengau Azlan sudah tidak seperti dulu. Tutur bicara Azlan semakin jelas dan teratur. Pelik sungguh Tijah bilakah masanya si Azlan buat pembedahan kerana masalah lelangit sumbing itu hanya boleh diselesaikan dengan pembedahan saja. Lelaki Tingkat 2 masuk ke restoran mewah dan diekori Azlan dan Tijah. Lelaki Tingkat 2 memilih meja yang berada di dalam sedikit untuk mereka bertiga. Tijah mengambil tempat duduk di sebelah Azlan dan bertentangan dengan Lelaki Tingkat 2. Pelayan datang membawa menu dan Tijah membelek-belek menu tersebut. Ketar juga dia melihat harga makanan di restoran mewah itu.
“Awak pilihlah apa yang awak hendak makan ya. Tak perlu nak segan-segan” Lelaki Tingkat 2 cuba meredakan “kemusykilan” yang jelas terpancar di wajah Azlan dan Tijah. Tersengih-sengih Azlan mendapat 'green light' dari Lelaki Tingkat 2 itu.
“Ok bos,”balas Azlan. Pelayan datang kembali untuk mengambil pesanan makanan. Lelaki Tingkat 2 memesan makanan untuk mereka bertiga. Sambil Lelaki Tingkat 2 membuat pesanan, mata Tijah liar melihat sekeliling restoran itu yang dihiasi indah bertemakan “Thai Authentic”. Mata Tijah terpaut pada sepasang pelanggan yang baru masuk ke restoran itu. Tijah perhatikan betul-betul lelaki yang berkacamata hitam, bertopi besbol, berkemeja T belang dan berseluar denim biru muda itu. Seperti pernah dilihatnya. Manakala yang wanitanya pula sungguh bergaya, nampak lebih berumur dari lelaki tersebut dan ada gaya persis seorang Datin yang berpakaian agak terdedah di bahagian dadanya. Berdebar dada Tijah bila lelaki terbabit duduk selang tiga meja dari Tijah duduk. Tijah cuba perhatikan lelaki itu betul-betul untuk memastikan tekaanya benar. Azlan masih lagi berbual dengan Lelaki Tingkat 2 tentang jadual latihan dan motosikal yang masih lagi berada di bengkel motor. Sesekali Tijah tersenyum bila Azlan berlawak tentang kerenah pelumba lain yang sanggup berbuat apa saja untuk memastikan motosikal mereka lebih berkuasa dari motosikal pelumba lain. Namun, hati Tijah seolah tidak percaya yang tekaannya tentang siapa lelaki yang berkaca mata hitam itu benar. Tijah tarik nafas dalam-dalam dan melepaskannya perlahan-lahan tatkala Faizul membuka topi besbol dan kacamata hitamnya. Kebetulan Lelaki Tingkat 2 yang duduk berhadapan dengan Tijah dan kedudukan wanita persis Datin yang ditemani Faizul itu membelakangi Tijah, sedikit sebanyak menghalang pandangan Faizul dari melihatnya secara terus. Tijah pandang jam di dinding restoran itu dan membandingkan dengan jam tangannya. Sama saja, pukul 1.15 tengahari. Seingat Tijah, Faizul mengatakan yang dia mengajar kelas sesi petang. Seingat Tijah sekolah sesi petang tak kira mana negeri pun bermula paling awal jam 1.00 tengahari. Sekolah mana pula yang Faizul mengajar kalau di kala ini masih lagi di restoran mewah dan berpakaian kasual pula. Makan pula dengan wanita berumur persis Datin, mungkin juga gurubesarnya, teka Tijah. Tapi seingat Tijah, gurubesar tidak dibenarkan sekali berpakaian terdedah begitu bagi menjaga etika perguruan yang amat dihormati. Sesekali Tijah terlihat juga aksi manja Faizul dengan wanita tersebut. Terbeliak mata Tijah bila melihat Faizul dan wanita separuh umur itu tanpa segan silu berkucupan. Lelaki Tingkat 2 yang duduk berhadapan dengan Tijah rasa pelik bila perhatian Tijah dicuri oleh pelanggan di belakangnya. Tijah rasa begitu mual dan menyampah dengan aksi Faizul tadi. Kecewa Tijah bila teringatkan emaknya. Kasihan Tijah bila emaknya telah di kaburkan dengan maklumat palsu yang diberikan oleh Hajjah Maimunah. Faizul langsung tidak seperti yang digambarkan oleh Hajjah Maimunah melalui emaknya. Hendak saja Tijah sergah Faizul ketika mereka berkucupan tadi. Tapi bimbang pula nanti keadaan akan menjadi kecoh. Sudahlah makan tengahari ini di atas ihsan Lelaki Tingkat 2. Hendak pula meraikan kejayaan Azlan memeterai kontak perjanjian tadi. Tijah lupakan hasrat sergah menyergah dan menikmati saja hidangan yang baru saja sampai di meja mereka. Berasap-asap makanan yang dipesan oleh Lelaki Tingkat 2 tadi. Sama berasapnya hati Tijah yang terbakar dengan kelakuan Faizul sejak kelmarin hinggalah ke saat ini. Lelaki Tingkat 2 mempelawa Tijah dan Azlan makan sambil meminta Azlan membaca doa. Terubat hatinya bila Azlan membaca doa makan untuk mereka berdua sambil diaminkan oleh Lelaki Tingkat 2. Tersentuh hati Tijah kerana bersamanya ialah dua oranglelaki yang masih ada pegangan hidup sementara lelaki yang seorang itu, yang duduk di meja hadapan dengan seorang wanita berumur, sekadar bertopeng baik tapi penuh dengan noda dan dosa. Tijah nikmati makan tengahari itu dengan rasa syukur sambil di hatinya tidak sabar untuk menelefon emaknya untuk satu keputusan yang muktamad.

Salam...best citer ni.... bila lak nak sambung lg yer? tq
ReplyDeletehello watie stylo, i follow blog u yek.. :D
ReplyDeletesyafiqa : terima kasih sudi baca dan sokongan. siri Tijah yg semakin glamour ni di buat on weekly basis..insyallah setiap sabtu.teruskan membaca yeeeehaa...
ReplyDeleteSHu shu..yer silalah follow..tapak pembinaan saya tadahkan..tq tq..
ReplyDeleteakhirnya dapay juga aku habis membaca kisah si Tijah ni.... Next!!!!!!!!
ReplyDelete