Secubit rasa – yang kaya
Salam sejahtera. Kaya (kai-ye) atau kaya (ka-ia)? Masih lagi hangat diperkatakan tentang 40 individu yang terkaya di Malaysia . Sejak berita ini disiarkan, dari pagi sampailah ke petang, telinga saya banyak mendengar komen dari rakyat Malaysia yang tentunya mereka ini tidaklah kaya (termasuk saya). Malah tidak langsung tersenarai dalam Top 1000 'individu yang bakal kaya” tapi mungkin tersenarai dalam Top 10 'individu yang bakal kayap”. (haha 10x).
Individu yang terkaya kini ialah tauke gula. Tahniah kepada yang suka minum dan makan yang manis-manis kerana anda telah membantu seorang individu menjadi paling kaya di Malaysia. (haha 100x). Tak pasti pula saya kalau individu ini juga penghidap diabetes tahap 4. Mungkin lepas ini pihak Kementerian Kesihatan akan mengeluarkan senarai “Top 40 Malaysians who are suffering from Diabetes Stage 4” (heee 10x). Dan tak pasti pula saya jika individu ini juga adalah pembayar cukai paling tinggi di Malaysia? Individu yang beragama Islam pula, mudah-mudahan diberkati pembayaran zakatnya.
Biasalah, bila sudah bercerita pasal si kaya, mesti ada yang membabitkan bangsa dan agama sebagai kriteria untuk boleh jadi kaya. Maaf, saya bukan 'racist' cuma sesekali ada hati nak jadi 'racer' (pelumba) saja.
Di kedai, entah macam mana telinga saya telah menangkap satu perbualan si polan bertanya pada rakannya “eh si tauke kereta tu tak tersenarai ke?” si polan kedua lalu menjawab, “tak tersenarai sebab bini dia dah kikis”. Ke situ pulak? Hmm..inilah yang dikatakan dari bercerita dah jadi mengumpat.
Bagaimana dengan senarai 40 individu rakyat Malaysia termiskin? Ada? Saya rasa bukan 40, tapi kemungkinan BESAR ialah senarai 4000 individu yang terrrmiskin.
Antara kenyataan skema yang berkaitan dengan kaya :-
“biarlah saya miskin harta, asalkan saya tak miskin budi bahasa”
“kaya pun kalau hati tak senang, buat apa”
“orang kaya, perempuan pun keliling pinggang”
“alah, kaya banyak duit bukan boleh dibawa mati”
'mentang-mentang dia kaya, suka-suka dia je nak buat apa”
Yang paling saya ingat sehingga kini ialah kenyataan skema ini – yang kaya semakin kaya, yang miskin semakin miskin”.
Saya pernah dengar kenyataan yang begini “kau sanggup ke kahwin dengan anak makcik? Makcik ni miskin, kau ni kaya..” - hanya kerana orang itu tinggal di kawasan yang bernama KELANA JAYA. Huaaaa..!
Sebenarnya, semua orang kaya. Kaya dari segi apa, diri sendiri patut tahulah. Kaya kawan, kaya lawan, kaya budi bahasa, kaya hasad dengki dan tak lupa - kaya roti - juga dalam kategori 'kaya' juga tau. Dan saya amat berbangga sebab majikan saya juga adalah antara 40 individu terkaya di Malaysia pada kedudukan ke-22.
watiestylo : makcik kayoooooo!!!!

Comments
Post a Comment
Sila komen apa-apa pun, tapi tertakluk pada terma dan syarat.