Alkisah..Pak Ayob In Action

Seorang lelaki separuh umur mengadu yang mukanya gatal-gatal dan perkara ini berlarutan selama tiga bulan. Dia datang bertemu dengan Pak Ayob atas nasihat emaknya kerana mengesyaki kegatalan tersebut berpunca dari perbuatan khianat.

Pak Ayob : gatal-gatal yang macam mana muka tu?

Lelaki : Gatal sangat Pak Ayub, rasa macam kena miang buluh

Pak Ayob : Macam mana kau tahu rasa miang buluh tu?

Lelaki : Pernah terkena sekali masa cari buluh dulu.

Pak Ayob : Kenapa kau cari buluh?

Lelaki : Nak buat mercun buluh.

Pak Ayob : Terer jugak kau ni. Miang buluh kau tak boleh tahan, tapi bahaya mercun buluh kau boleh “gamble”. Abih sekarang ni kau masih buat mercun buluh tak?

Lelaki : (rasa pelik sebab Pak Ayob mula bercerita kisah buluh) err... setahun sekali je saya buat mercun buluh. Ingat tahun ni tak nak buat dah. Tapi Pak Cik, muka saya ni yang gatal-gatal ni ada ubat tak?

Pak Ayob : Selagi kau masih ada niat nak main mercun buluh, selagi tu lah muka kau akan gatal-gatal. Pak Cik nasihatkan kau taubatlah dari main mercun buluh tu. Kau tau tak muka kau tu gatal-gatal sebab kau dah terambik buluh yang berpenunggu. Penunggu buluh tu dah marah dengan kau sebab ambik buluh kesayangannya. Macam kitalah manusia, cuba kalau orang kesayangan kita dilari dek orang lain, marah tak? Samalah dengan penunggu tu.

Lelaki : (sambil mengangguk-angguk tanda faham tapi riak muka masih tak berpuas hati). Tapi Pak Ayob, kenapa baru-baru ni aje muka saya gatal-gatal? Last saya pergi ambik buluh tu puasa tahun lepas.

Pak Ayob : Ye lah, tahun lepas. Macam yang Pak Cik cakapkan tadilah, selagi kau ada niat yang sama, selagi tu lah muka kau akan gatal-gatal. Penunggu tu dah bagi kau can sekali. Tahun ni kau ada plan lagi nak cari buluh, penunggu tu nak kasi warning dengan kau lah ni, supaya kau sedar, jangan ambik buluh dia lagi. Itu sebabnya.

Lelaki : (mengangguk-angguk tanda faham dan berpuas hati) Jadi, sekarang ni, tak ada ubatlah untuk gatal-gatal ni?

Pak Ayob : Ada. Ubatnya ada. Kau balik ni nanti, kau singgah kat kedai simpang depan tu, kau beli bedak sejuk. Tak mahal, RM3.80 je sebotol. Balik nanti, kau tepek je lah bedak tu kat muka kau. Nanti hilanglah gatal tu. Tapi...dengan syarat. Kau mesti batalkan niat untuk main mercun buluh tu dulu, baru gatal-gatal tu hilang.

Lelaki : (walaupun sedikit cuak dengan cara perubatan Pak Ayob, lelaki tersebut tetap bersetuju dengan nasihat Pak Ayob) Baik, Pak Cik. Nanti saya beli.

Lelaki tersebut meminta diri dan bersalaman dengan Pak Ayob. Dalam salaman lelaki itu diselitkan beberapa keping not merah sebagai sedekah kepada Pak Ayob.

Bersama-sama Pak Ayob ketika itu ialah seorang lelaki muda yang menjadi pembantu kepada Pak Ayob. Sebaik lelaki pertama tadi sudah hilang dari pandangan mereka berdua, pembantu Pak Ayob itu lantas bertanyakan kepada Pak Ayob tentang hal lelaki pertama tadi :-

Pembantu : Pak Ayob, betul ke muka dia gatal-gatal sebab penunggu buluh tu mengamuk?

Pak Ayob : Tak lah. Pak Ayob hentam saja.

Pembantu : Oh, macam tu.....

Comments

Popular Posts