Tijah The Series Episode 5 - Kasih Berbunga
Tijah The Series Episode 5 – Kasih berbunga
Ramai sungguh jemputan yang hadir pada majlis perkahwinan Budin. Tema merah jambu menghiasi segala sudut diperkarangan rumah Budin. Keluarga pengantin lelaki yang berpakaian sedondon, sibuk menerima kehadiran tetamu. Tijah berbual-bual dengan kawan-kawan lamanya yang jarang sekali dapat berjumpa. Kebanyakan kawan-kawan Tijah dah pun berkahwin dan beranak pinak. Gembira betul Tijah dapat berjumpa dengan mereka dan sesekali mengimbas kenangan di zaman persekolahan. Azlan tidak juga kurangnya. Berjumpa semula kawan-kawan lama sedikit sebanyak mengurangkan api keresahan Azlan tatkala mengetahui Tijah bakal dijodohkan dengan abang ipar Budin. Azlan dapat tahu dari emaknya ketika mereka duduk berbual kosong selepas makan malam. Terbantut juga rancangan Azlan hendak meluahkan hasratnya untuk melamar Tijah kepada emaknya. Sesekali Azlan pandang sekelilingnya melihat-lihat bayang Tijah. Sambil-sambil bergelak ketawa tentang zaman silam sewaktu remaja, Azlan diusik kawan-kawan kerana masih lagi membujang. Ada juga yang mengusik Azlan agar kahwin saja dengan Tijah. Tersenyum sipu Azlan. Memang itu hasratnya dan dia percaya masih ada ruang untuknya meluahkan perasaannya pada Tijah.
Terdengar paluan kompang menandakan pengantin sudah tiba. Budin dan isteri serta rombongan pihak perempuan berarak ke pelamin yang disediakan di luar rumah dengan indah sekali. Tijah dan kawan-kawan sama-sama menghampiri pelamin untuk melihat dengan lebih dekat untuk mengambil gambar. Berseri sungguh Budin sebagai raja sehari. Tijah terkenang zaman cinta monyetnya dengan Budin dulu. Tidak ingat pula Tijah apa yang menyebabkan cinta monyet mereka putus di tengah jalan. 2 orang lelaki datang mengampiri pengantin dan bersilat, sebagai tradisi menyambut pengantin. Sambil melihat 2 lelaki itu bersilat, terpandang Tijah seorang lelaki berbaju melayu biru laut berdiri berhampiran khemah jamuan. Teringat Tijah akan gambar Faizul yang ditunjukkan oleh emaknya semalam. Wajah saling tak tumpah macam yang dilihat di gambar. Tinggi, segak dan berkulit sawo matang, malah lebih menarik dari apa yang dilihat di gambar, bisik hati Tijah. Rasa serba salah semakin menebal dalam dirinya. Kehebatan 2 lelaki yang bersilat itu tidak lagi menarik perhatian Tijah. Perlahan-lahan Tijah beredar dari situ dan mencari tempat yang sesuai untuk dia bersendirian. Tijah duduk di pangkin yang terdapat di bawah pokok rambutan milik tuan rumah. Tijah melihat suasana majlis yang meriah itu dari jauh. Tak sabar rasanya dia hendak balik ke Kuala Lumpur petang itu. Bukan sebab dia bosan dengan kampung halamannya, tapi tak sabar hendak berbual dengan Azlan dalam perjalanan balik nanti. Berbual dari hati ke hati, cadang Tijah. Mahu dimanfaatkan oleh Tijah 2 jam setengah perjalanan itu dengan luahan perasaan agar gusar hatinya mendapat penawar. Kadang-kadang ada juga rasa kelakarnya bila Tijah mengenangkan bagaiman si Azlan itu yang menjadi pilihannya. Pernah juga Azlan mengeluh yang dia rasa macam barang reject sebab selalu sangat cintanya pada gadis-gadis lain tidak kesampaian. Pernah sekali Azlan cuba melamar seorang janda anak 3 tapi lamarannya ditolak dengan alasan umur Azlan jauh lebih muda dari wanita tersebut dan bimbang Azlan gagal menjadi bapa tiri yang baik pada anak-anak janda tersebut. Tersenyum sendirian Tijah terkenangkan nasib Azlan yang selalu kecundang dalam percintaan. Sesekali Tijah terdengar irama sumbang lagu yang benar-benar disumbangkan oleh pemuda kampung melalui sesi karaoke. Lagu Rozana dendangan asal Amy dari kumpulan Search itu seakan-akan sudah menjadi lagu Twinkle Twinkle Little Star. Habis lari semua tune lagu tu. Kelihatan beberapa tetamu ketawa sinis bila mendengar sumbangan lagu tersebut. Tergelak Tijah sorang-sorang di pangkin itu.
Terlihat Tijah sekali lagi pemuda yang disyaki Faizul itu di khemah pengantin sedang menjamu selera bersama rombongan pengantin perempuan yang lain. Di meja pengantin makan beradap, terlihat Tijah emaknya sedang berbual-bual dengan seorang wanita seakan sebayanya. Mungkin itu Hajjah Mainunah, firasatnya. Bergaya sungguh wanita tersebut, mungkin orang berada, suspek hatinya lagi. Tijah sudah rasakan yang dia tidak relevan di majlis perkahwinan itu lagi kerana fikirannya sudah melayang entah ke lapisan kayangan yang ke berapa. Namun disebabkan menghormati majlis dan tuan rumah, Tijah teruskan lagi untuk berada di situ dengan harapan masa akan cepat berlalu.
“Hoih!!”
“Opocot!!” terkejut Tijah bila disergah dari belakang sebegitu dan rasa nan meloncat, bersilat dan panjat pokok pun ada. Bertambah terkejut Tijah bila yang menyergahnya dari belakang itu ialah Azlan. Mengekek-ngekek ketawa si Azlan bila Tijah terkejut mengalahkan beruk. Tijah dah jadi malu-malu kucing bila tersedar dari melatah ala-ala manja tu.
“Kau buat apa duduk sorang-sorang kat sini? Berangan ke frust?” usik Azlan.
“Tak ada masa nak frust”, balas Tijah mencebik.
“Kalau bukan frust, berangan lah tu”, pintas Azlan. Tak dapat Tijah nafikan serangan mental Azlan tu. Rasa nak lepuk, sayang pulak. Nak bersetuju, malu pun ada. “Eh, Lan, kau tak nampak ke ex-girlfriend kau si Mona tadi? Bukan main bergaya lagi dia sekarang. Rugi la kau tinggalkan dia dulu”, usik Tijah. Tijah cuba lencongkan topik lantas terkenang Tijah akan si Mona anak lebai kampung yang setengah mati minatkan Azlan seketika dulu. Ketika itu mereka semua di tingkatan 5 dan Azlan memang sangat suka mengacau si Mona sehingga Mona benar-benar jatuh cinta pada Azlan. Disebabkan rasa bersalah dengan tindakannya itu dan tidak mahu menjadikan situasi lebih buruk, Azlan blah pegi bandar konon nak cari kerja.
“Nampaklah. Dah kuruskan dia sekarang. Dulu macam guni beras. Sekarang macam beg plastik pulak. Sekeping dan nampak ringan”, gurau Azlan.
“Ye lah sekeping macam plastik ya? Kau tu apa? 2 keping macam bekas polystrin?”
“Eh, tak lah. Bukan 2 keping lah Jah, 3 keping. Aku tebal sikit”. Ketawa berdekah 2 sejoli itu bergurau senda. Pangkin tuan rumah dan pokok rambutan menjadi saksi gurau senda Tijah dan Azlan tengahari itu. Dari satu sudut, Mak Yam tersenyum keseorangan melihat Tijah dan Azlan bergurau senda. Namun, dalam senyum ada kebimbangan terpalit di hatinya. Bimbang jika telahan hatinya benar. Bimbang, jika telahan hatinya benar, dapatkah Mak Som yang telah menjadi jirannya sekian lama, yang dianggap seperti adiknya sendiri, menerima Azlan sebagai menantunya.
“Yam, ada kau nampak Tijah?” tiba-tiba Mak Som menghampiri.
“Tijah? Tu, bawah pokok kat pangkin tu,” panjang muncung Mak Yam menghala ke pokok rambutan yang menjadi saksi guraun 2 sejoli tu.
“Ya Allah,di situ dia rupanya. Puas aku mencari dia nak dikenalkan dengan si Hajjah Maimunah dan Faizul,” mengomel Mak Yam sambil berlalu dari situ dan menuju ke arah Tijah dan Azlan. Sempit dada Mak Yam bila mendengar nama Hajjah Maimunah dan Faizul. Satu lagi kebimbangan Mak Yam. Bimbang Mak Yam kalau jodoh Tijah dengan Faizul memang telah ditakdir Tuhan, bagaimana nanti Azlan bakal berhadapan dengan situasi itu kalau benar Azlan menyimpan hasrat terhadap Tijah. Namun Mak Yam harap, sedikit cerita malam tadi mengenai Tijah bakal dijodohkan dengan Faizul, dapat sedikit sebanyak membantu Azlan memahami keadaan. Dari jauh Mak Yam nampak tergopoh-gapah Mak Som berjalan diikuti Tijah dengan jalan yang malas. Sungguh tak seirama kawad dua beranak tu dan mungkin itu juga petanda yang Tijah tidak seirama dan sebilangan dengan cadangan emaknya, pada tanggapan Mak Yam. Terkonteng-konteng Azlan keseorangan di pangkin tadi bila Tijah berlalu mengekori emaknya. Mak Som terus menghampiri Hajjah Maimunah dan Faizul yang masih lagi berada di meja beradap. Mak Som memperkenalkan Tijah kepada 2 beranak itu dan Tijah yang dididik dengan penuh sopan santun dan budi bahasa bersalaman dan mengucup tangan Hajjah Maimunah. Hajjah Maiumunah pula kelihatan amat teruja dengan tingkah laku Tijah dan memperkenalkan pula Faizul pada Tijah. Mata bertentangan dan Tijah hanya mampu tersenyum dan mengangguk sebagai tanda “hello”. Mak Yam sekadar memerhati dari tempatnya berdiri dan hanya mampu memerhati dari kacamata seorang tua. Dari bawah pokok rambutan yang rendang dan di atas pangkin milik tuan rumah, Azlan menghitung waktu untuk pulang ke Kuala Lumpur. Azlan tidak kisah lagi handsome ke tidak si Faizul yang cuba mencuri bakal kekasihnya. Yang penting bagi Azlan, luahan hatinya mesti Tijah ketahui. Kalau Tijah nak marah ke, nak belasah dia ke, nak tinggalkan dia di tepi jalan ke, Azlan sudah tidak hairan lagi. Azlan mesti luahkan perasaannya sebelum perasaanya menjadi beku macam daging beku dalam peti ais emaknya di rumah.
***********************
Tijah memasukkan beg pakaian dalam but kereta Protonnya. Azlan masih lagi di dalam rumah entah apa yang disoleknya masih lagi tak keluar dari tadi. Mak Yam dan Mak Som sudah pun berada di luar rumah untuk mengucapkan selamat tinggal kepada anak masing-masing. Selepas beberapa minit, terpacul Azlan dari muka pintu dengan beg pakaiannya. Azlan bersalaman dengan emaknya dan emak Tijah begitu juga dengan Tijah. Bersilang selang tangan masing-masing bersalaman. “Baik-baik bawak kereta tu Tijah. Jangan banyak berangan pulak,” usik Mak Yam. “Hmm.. kali ini aku pulak nak rileks, kau drive”, sampuk Azlan. Ketawa kecil Mak Som melihat gelagat Tijah dan Azlan yang dari dulu lagi tak kering gusi dibuatnya. Sebelum masuk ke keretanya, Tijah memeluk Mak Som erat-erat seperti itulah pelukan terakhir buatnya. Sayu pula hati Azlan melihat Tijah berpelukan dengan emaknya begitu. Seperti ada yang tersirat di sebalik pelukan itu. Dalam hati Azlan, teringin juga dia dipeluk erat begitu oleh Tijah. Tijah melambai-lambai ke arah 2 orang tua itu sambil memandu keluar dari perkarangan rumah. Sebak dan sedih ada, gembira pun ada. Gembira kerana Tijah kini sudah berada di dalam kereta dengan Azlan dan akan bermulalah misi Tijah sebentar lagi. Azlan membetulkan kedudukan kerusinya dan memakai tali pinggang keledar. Alunan lagu “Semakin Rindu Semakin Sayang” nyanyian Dayangku Intan mengiringi perjalanan mereka. Sungguh mendalam maksud bait-bait lagu itu dan seakan memahami perasaan Tijah. Azlan yang hanya mendiamkan diri dari tadi, masih lagi berkira-kira untuk memulakan perbualan. Mukadimah apa yang hendak aku dulukan, tanya hati Azlan.
“Jah,”
“Lan”, serentak mereka memulakan bicara. Tergelak kecil mereka berdua.
“Ladies first”,
“Wahhh..gentleman jugak kau ni ye,” tersengih Azlan bila dipuji Tijah.
“Aku serba salah lah, Lan”, Tijah sudah memulakan bicara.
“Apa yang betul?” menyampuk Azlan dengan loyar buruknya. Bukan sengaja Azlan menyampuk begitu. Sebenarnya, dia cuba untuk mententeramkan dirinya sendiri agar tidak gelabah untuk berhadapan dengan situasi begini.
“Mak aku..” terhenti Tijah seketika dengan bicaranya. Tak pasti bagaimana nak meneruskan. Bahasa bunga-bunga yang direkanya malam tadi sekarang entah ke mana dan barangkali sudah layu.
“Straight to the point aje lah,” tak sabar pula Azlan hendak mendengar cerita dari mulut Tijah sendiri.
“Mak aku ada cadangkan jodoh untuk aku”. Bicara Tijah mati di situ tatkala sampai di pondok tol untuk menyentuh kad Touch n Go. Azlan toleh ke arah Tijah dengan pandangan sayu dan penuh harapan agar dirinya masih diberi peluang. Suasana sunyi seketika. Tijah toleh ke kiri pula dan dilihatnya si Azlan memandangnya penuh kehairanan.
“Kenapa kau pandang aku macam tu?”
“Jadi, kau terima ke pinangan orang tu” terus sahaja Azlan bertanya kepada Tijah.
“Belum pinang lah. Baru nak diperkenalkan. Tapi...” secepat kilat Azlan beralih posisi kedudukannya menghadap kiri badan Tijah bila mendengar perkataan 'tapi' keluar dari mulut Tijah. Yes, dia tak nak, bisik hati Azlan kegembiraan.
“tapi aku tak ada hatilah dengan mamat tu” sambung Tijah lagi.
“Yes!” jerit Azlan kegembiraan dan kelegaan. Terkejut Tijah bila Azlan pula yang gembira mendengar kenyataannya. Tiba-tiba kepala otak Tijah jadi bingung bila Azlan gembira begitu. Adakah Azlan juga memang benar mempunyai perasaan terhadapnya, fikir Tijah.
“Baguslah Jah kalau kau reject mamat tu, tak adalah aku hilang kawan”, Azlan masih lagi belum mampu nak meluahkan perasaannya secara terang. Berlagu riang di dalam hati Azlan sama riangnya dengan irama lagu “Zakiah” nyanyian Jinbara ketika itu.
“Laa..macam tu rupanya. Aku ingatkan sebab kau nak pinang aku,” lancang saja mulut Tijah memancing perasaan Azlan. Entah dari mana Tijah dapat keberanian berkata begitu. Padahal itu bukanlah ayat yang terdapat dalam skrip rekaannya malam tadi.
“Kalau aku pinang kau, sudi ke kau terima, Jah?” eh, baik punya respon nih, kata hati Tijah.
“Betul ke kau nak pinang aku? Kenapa tak buat semalam ke, pagi tadi ke?” semakin berani Tijah berkata-kata. Harap umpan kiasanya mengena kali ini. Lebar sungguh senyum Tijah bila suara hatinya telah diluahkan. Tijah sempat jeling ke arah Azlan dan melihatnya tersenyum sengih sambil melihat ke arah lebuhraya. Tijah nantikan sahaja jawapan dari Azlan. Tijah amat berharap yang perbicaraan kali ini bukan lagi samar-samar seperti semalamnya. Mesti straight to the point, bisik hati Azlan pula. Tapi sebelum dia menjawab soalan Tijah, entah kenapa hatinya lebih berat kepada hal emak Tijah pula.
“Mak kau dah tahu ke yang kau reject mamat tu? Err..apa nama dia?” tanya Azlan.
“Mamat tu namanya Faizul. Aku belum bagi kata putus. Aku minta tempoh pada mak aku lagi seminggu. Itu yang buat aku serba salah, Lan. Kalau aku reject nanti kecewa pulak mak aku. Kalau aku terima, aku pulak yang tak ada feeling kat mamat tu”, terang Tijah.
“Abis tu, dengan siapa kau ada feeling, Jah”, giliran Azlan pula memancing jawapan pasti dari Tijah. Huh, soalan cepumas nih, bisik hati Tijah. Kalau jawapan tak mengena, harus Tijah pula kena cepuk dengan perasaan sendiri. Ketika itu hujan begitu lebat dan sedikit sebanyak mengganggu tumpuan Tijah memandu. Laluan di Lebuhraya Utara-Selatan yang tidak berlampu menambahkan lagi kerisauan Tijah kerana silau cahaya lampu kereta dari arah belakang yang menembusi cermin pandang belakangnya. Azlan yang menyedari Tijah tidak selesa untuk memandu dalam keadaan begitu mencadangkan agar mereka berhenti seketika di hentian seterusnya. Dapat juga dia bersama Tijah untuk lebih lama lagi, fikiran Azlan mula menambah agenda.
Tijah membelok ke hentian rawat dan rehat dan mencari ruang parkir. Sebaik mendapat ruang, Tijah pandu masuk ke ruang tersebut dengan berhati-hati. Cepat-cepat Azlan turun dari kereta sambil membuka payung dan berlari ke arah pintu pemandu. Tergamam Tijah dengan sikap Azlan yang benar-benar gentleman. Cepat-cepat Tijah keluar dari kereta dan mencari ruang untuk berteduh di sebalik payung yang sedang Azlan pegang. Terasa romantis pula Tijah bila jalan berdua di bawah payung. Teringat Tijah lagu 'Memori Daun Pisang' nyanyian Iwan dan Amelina. Azlan mencari-cari kerusi kosong untuk mereka berdua. Azlan tarik tangan Tijah ke arah kerusi kosong yang terdapat di hadapannya. Terkejut Tijah sekali lagi bila Azlan buat macam tu. Ohh..Tijah terkedu seketika, tapi suka. Azlan bertanya kalau-kalau Tijah nak makan dan minum. Tijah pesan milo panas dengan sandwich tuna. “Itu aje?” tanya Azlan. Bukan Tijah tak nak pesan makanan yang sedap-sedap tapi seleranya terbantut seketika dengan bicara hati ke hati yang terhenti separuh jalan. Hendak dipesan mee goreng, bimbang juga Tijah sebab mee yang panjang-panjang tu mungkin akan mencomotkan mulutnya nanti. Hilang pula romantisnya. Azlan beredar ke gerai yang hampir dengannya dan kembali dengan pesanan makanan dan minuman mereka. Azlan juga membeli sandwich tuna sama seperti yang dipesan Tijah. “Itu aje?” giliran Tijah pula bertanya. Senang nak makan, kata Azlan. Ternyata Tijah dan Azlan mempunyai selera yang sama. Tijah kunyah sandwich kegemarannya dengan penuh sopan. Tijah cuba maintain suasana romantis tadi. Walaupun tempatnya tidaklah seromantis mana pun, dengan hiruk pikuk orang ramai di hentian rehat itu. Tapi, ianya tetap menjadi saat indah buat Tijah. Azlan memerhatikan suasana di sekeliling sambil mencari-cari ruang untuk bersuara semula.
“Jah, kau ingat tak soalan kau tadi?” Gulp! Hampir tersedak Tijah bila Azlan bertanya.
“Soalan yang mana, eh?” Tijah cuba melengahkan suasana sambil-sambil memikirkan cara untuk memberi jawapan.
“Soalan kau yang berbunyi begini 'Betul ke kau nak pinang aku'?” tersengih Azlan. Tijah yang sedang syok mengunyah sandwich tuna, terhenti seketika sambil melihat wajah Azlan yang sedang tersenyum nakal. Huish, tak padan dengan sengau si Azlan ni, senyum memikat maut tuh, bisik hati Tijah.
“Hmm..aku tanya je. Kalau kau tak suka soalan tu, aku minta maaf, Lan” Tijah cuba menarik diri.
“Jah..”
“Ye..?” balas Tijah manja sambil tersengih. Lambat pulak si Azlan ni bercakap.
“Kau rasa kita ni ada jodoh tak?” Azlan cuba mulakan semula bicara hatinya.
“Err...mungkin kot,” balas Tijah tersengih malu. Dada Tijah sudah mula berdebar-debar. Tak perlu guna stetoskop pun, pasti boleh didengar degupan jantungnya. Tijah rasa angannya semakin hampir menjadi realiti. Tijah tunggu dengan sabar Azlan meneruskan ayatnya.
“Jah, selama ni, kau saja kawan yang faham gila-gila aku. Kau saja kawan perempuan yang sehati dan sejiwa dengan aku”, terhenti di situ bicaranya. Entah bagaimana hendak Azlan teruskan ayat-ayat luahan cintanya. Tijah tertunggu-tunggu Azlan meneruskan bicaranya dengan degupan jantung yang bertambah kencang. Kali ini, nasib baik tidak pula terketar lututnya dan tiada serangan Parkinson.
“Jah, aku rasa kaulah kawan yang paling sesuai untuk aku jadikan teman hidup”, Azlan meneruskan kata-katanya dengan lancar. Terasa lega di hatinya bila dapat meluahkan perasaannya. Sebelum ini dia rasa macam ada sembelit. Tijah terkedu dan tergamam. Kini Tijah benar-benar rasa lega dan mendapat kepastian tentang Azlan yang selama ini juga ada menyimpan hasrat terhadapnya. Gembira bukan kepalang Tijah bila menyebut 'kaulah kawan yang paling sesuai untuk aku jadikan teman hidup aku'. Rasa nak menari-nari Tijah atas meja tu. Confirmed!
“Tapi kalau kau tak sudi, aku tak kecik hati Jah. Aku faham. Aku tak sesempurna Faizul,” sambung Azlan merendah diri. Laa..Faizul pula terlibat dalam wayang gambar romantis ni, potong stim, getus Tijah.
“Lan, aku tak sangka kau juga ada hati terhadap aku Lan. Aku ingat aku saja yang perasan. Aku memang sukakan kau,” balas Tijah sambil menguis-nguis pembungkus sandwich, sambil matanya menjeling manja ke arah Azlan. Malu-malu Tijah ketika berterus terang. Tapi, dalam malu ada mahunya. Tijah pasti yang kasihnya pada Azlan telah berbunga dan tiada lagi teka teki. Azlan tatkala mendengar pengakuan Tijah tersenyum lebar dan ingin saja dia segera memaklumkan pada emaknya tentang dia dan Tijah dah confirmed jadi couple. Tak sangka Azlan yang meja makan di hentian rehat itu pula menjadi saksi luahan hatinya. Ingatkan nak buat dalam suasana lebih romantis tapi cuaca tidak mengizinkan. Tijah memandang wajah Azlan dengan seribu satu makna. Dalam kegembiraan kasih yang berbunga-bunga, jauh di sudut hati Tijah ada satu lagi kebimbangan yang menanti dirungkaikan. Tijah cuba menyembunyikan kebimbangannya agar tidak mengganggu saat indah di hentian rehat itu dengan bertawakkal apa juga kebarangkalian yang berlaku dalam masa seminggu ini. Azlan yang dari tadi tersengih-sengih nakal, langsung terlupa kisah Faizul yang menjadi saingannya. Hujan lebat dan angin kencang sudah berhenti. Seolah mengerti kegusaran hati 2 sejoli ini tadi. Tijah berdoa dalam hati agar dilindungi dari sebarang cubaan dan dugaan. Tijah berdoa dalam hati agar emaknya akan menerima keputusannya nanti. Namun, bagaimana pula nanti reaksi Mak Yam bila mendapat tahu Azlan menjadi pilihannya?

Santai dan menyenangkan, cuma kalau boleh, ejaan perlu diteliti.. contoh blah pegi...
ReplyDeletesalam, terima kasih. untuk dalam blog ini memang saya akui menggunakan bahasa santai sebab nak menarik minat semua umur untuk membaca. untuk siri yang akan datang, saya akan "keras'kan sikit penggunaan bahasa yang lebih teliti dan berbunga. terima kasih sekali lagi kerana membaca..huhu..terharu nih..
ReplyDelete