Alkisah...Pak Ayob ahli muzik (18sx)

Pak Ayob seorang duda yang berumur dalam lingkungan 40-an. Namun begitu disebabkan Pak Ayob ni banyak melakukan kerja kasar, wajah dan susuk tubuhnya kelihatan melebihi umurnya. Pak Ayob ada seorang anak lelaki berumur 15 tahun. Selain dari memelihara haiwan ternakan sebagai punca rezeki, Pak Ayob juga seorang yang pandai bermain alat muzik. Sebut sahaja apa alat muzik, semuanya Pak Ayob boleh main. Disebabkan kebolehan istimewanya itu, datanglah seorang wartawan suratkhabar Hari Hari hendak menemuramah Pak Ayob. Temujanji pun dibuat dan tibalah harinya Pak Ayob bersiap sedia untuk ditemuramah. Berikut adalah temuramah wartawan yang bernama Fahmi dengan Pak Ayob.

Fahmi : Assalamulaikum Pak Ayob. Saya banyak mendengar kisah Pak Ayob yang pandai bermain alat muzik, betul ke?

Pak Ayob: Iya, waalaikumsalam, betul tu nak, jangankan alat muzik, alat kelamin pun pakcik buleh main (muka selamba).

Fahmi: (tersipu-sipu) Err..Boleh Pak Ayob ceritakan alat-alat muzik yang boleh Pak Ayob mainkan?

Pak Ayob : Uuiii..gitar, piano, dram, seruling, trompet, saxophone, sexual, haaa..tu semua pakcik pernah main. Caklempong tu pun pakcik boleh main. Alah tu senang je, ketuk ketuk dah jadi lagu, Main-main je pakcik tak suka buat sebab buang masa pakcik je.

Fahmi : (tercengang) ok pak Ayob biasa bermain alat muzik untuk majlis apa?

Pak Ayob : Tengok keadaan la. Kengkadang majlis perkahwinan, Kengkadang di majlis keramaian. Majlis orang mati pun ada jugak.

Fahmi : (terkejut) Majlis orang mati? Macam mana tu pulak pakcik?

Pak Ayob : (ketawa) Ya lah orang cina mati kan pakai muzik, kalau tak cukup ahli, diorang SOS lah pakcik. Belasah je lah main. Dapat gak duit. Tak salah pun.

Fahmi : Oh, macam tu. Tapi dalam banyak-banyak alat muzik tu, alat muzik mana yang Pak Ayob paling suka?

Pak Ayob : Pakcik paling suka piano. Bila pakcik ketuk-ketuk piano tu terasa hilang penat pakcik.

Fahmi : Piano pakcik ketuk-ketuk? Bukan tekan-tekan ke?

Pak Ayob : Eh, ye lah, piano diketuk-ketuk lah. Yang ditekan-tekan tu bonggo!

Fahmi :(confuse sekejap). Err.. baiklah pakcik., Jadi sejak bila pakcik mula bermain piano tu?

Pak Ayob : Sejak pakcik pandai main gitar.

Fahmi : (bengang) Sejak bila pula pakcik pandai bermain gitar?

Pak Ayob : Sejak pakcik....(sambil mengira-ngira dengan jari) sejak pakcik pandai bermain dram.

Fahmi : (tambah bengang) Ohh macam tu. Jadi sejak bila pakcik pandai bermain dram?

Pak Ayob : Sejak pakcik pandai bermain caklempong.

Fahmi : (sangat bengang dah rasa nak lepuk je orang tua tu) Wahh..pandailah pakcik. Sejak bila pakcik pandai buat lawak ni?

Pak Ayob : Sejak pakcik pandai main saxophone.

Fahmi : (tiba-tiba mendapat satu idea) Oh ya tadi pakcik ada sebut selain dari alat muzik pakcik juga pandai main alat kelamin. Sejak bila pakcik pandai bermain alat kelamin?

Pak Ayob : (tiba-tiba sedih) Sejak makcik kau meninggal...

Fahmi : (tak sampai hati nak teruskan temuramah, dia terus blah)..

Comments

Popular Posts