Belantara : Kematian Seorang Sahabat
Langkah-langkah kehidupanku tergendala seketika. Tiada pun halangan yang terlintang dan kelihatan. Tetapi tergendala. Tiada angin taufan dan hujan ribut. Tetapi tergendala. Tiada pun gempa dan gegaran namun, langkah ku tergendala.
Jiwa aku tiba-tiba hilang separuh. Jiwa yang selama ini penuh dengan kasih sayang pada seorang sahabat, telah hilang separuh. Kegembiraan dan pengisian dengan benih-benih yang menumbuhkan manfaat, juga telah mati separuh.
Separuh kematian itu telah pergi bersama kematian seorang sahabat. Allah swt telah membawanya ke alam barzakh. Meninggalkan waris-warisnya serta sahabat yang lain berduka, bersedih dan tiada yang kurangnya ketawa.
Selesai menunaikan solat asar, aku mendapat berita kematian dari seorang rakan yang juga rapat kepada arwah. Aku cuba menenangkan diri dan fikiran. Wuduk masih ada lantas aku menyarung kembali telekung dan membaca surah Yassin. Sedu sedan ku mengiringi bacaan ayat jantung Al-Quranul Karim. Dalam sedu sedan itu aku terkenangkan perbualan terakhir kami beberapa hari lepas. Perbualan yang aku rasa lain dari yang lain. Tapi aku tetap redha. Menerima kematian adalah sama juga menerima ketentuan Allah swt. Jika aku hanya seorang sahabat teramat sedih akan kehilangannya, bagaimana pula dengan waris terdekatnya? Bagaimana dengan anak-anak dan isterinya? Bagaimana dengan ibu dan bapanya yang telah tua? Bagaimana dengan kakitangannya yang setiap hari bekerja dengannya? Kematiannya meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada aku. Apalagi orang lain?
Aku? Aku seorang sahabat yang terpilih antara yang dipilih untuk diuji. Dia bukanlah kekasih. Dia hanyalah seorang sahabat yang Allah swt mengizinkan kami berjumpa. Seterusnya kenal mengenali dan akhirnya sayang menyayangi seperti seorang abang kepada adiknya dan seperti adik yang terasa seperti sentiasa dilindungi oleh abangnya. Dari seorang yang keras kepala dan keras hati, mengenali arwah membuatkan aku sedikit demi sedikit berubah. Dari seorang yang cepat melenting, aku lebih bertindak tenang gara-gara teguran arwah. Sudah semestinya aku berubah kerana aku ingin berubah. Tetapi, mengenali arwah membuatkan aku membuka 'mata hati' dan berfkir dari sudut yang berbeza. “Dosa aku dengan Tuhan, aku boleh minta ampun dan mudah-mudahan Tuhan ampunkan, tapi dosa aku dengan manusia, susah nak padam dan sampai aku mati pun orang akan ingat dan berdendam.” - antara kata-kata arwah yang aku ingat sampai sekarang.
Arwah tempat aku merujuk pelbagai perkara. Aku dapat kerja baru, aku maklumkan padanya dahulu. Kemudian baru ahli keluarga yang lain. Aku dapat kenaikan gaji, aku belanja dia makan dahulu, balik rumah baru aku belanja ahli keluarga yang lain. Aku dapat bonus pun, aku maklumkan pada dia dahulu. Ke mana aku pergi bercuti, aku pasti belikan dia cenderahati. Ke mana dia pergi, pasti dia ingat akan sesuatu untuk ku. Ke mana aku pergi, pasti dia suruh aku ambil gambar pemandangan sebanyak yang mungkin agar dia dapat melihatnya dan seterusnya akan merancang ke sana pula. Begitu juga kalau dia pergi bercuti di tempat-tempat yang sesuai dengan jiwanya iaitu di tasik, di tepi sungai, pasti ada gambar dan mesej darinya “rugi arrrr ati tak joint kitaorang”.
Setelah kematian sahabat ini, aku tidak lagi berminat hendak rapat dengan sesiapa terutamanya rakan lelaki yang aku sudah kenal lama kerana aku bimbang aku akan kehilangan lagi. Enam bulan pertama aku rasa begitu tertekan kerana aku tiada rakan berbual dan tempat mengadu. Percaya atau tidak, tidak semua perkara kita boleh berkongsi dengan ahli keluarga atau sahabat wanita yang lain. Enam bulan yang pertama itu, aku menjadi seorang yang agak pendiam dan kurang bercampur gaul dengan orang lain. Enam bulan pertama itulah aku tidak dapat menghentikan air mata ini tiap kali aku terkenangkan arwah.Selama enam bulan pertama itu jugalah sedu sedan ku mengiringi bacaan Al-Fatihah tiap kali aku kerinduan pada sahabat ini. Aku juga cuba mengelak dari panggilan telefon seorang rakan yang juga sahabat kepada arwah ini. Aku elakkan diriku dari bergaul mesra dengan rakan sedia ada kerana aku bimbang jika kematian berlaku lagi, aku akan merasa kehilangan. Memang aku redha dan tawakkal pada yang telah berlaku dan bakal berlaku. Tapi kemampuan untuk aku menerima keadaan ini adalah sesuatu yang tidak aku duga. Janji Allah swt tu benar. Kematian itu tidak lewat atau tercepat sesaat. Kun faya kun. Kematian ini jugalah membuat aku sedar dan yakin bahawa kematian aku juga tiada kecualinya. Inna solati wanusuki wamahyaya, wamamati lillahi rabbil alamin – Solatku, hidupku, ibadahku dan matiku adalah kerana Allah Ta'ala. Inilah yang selalu aku baca dalam doa iftitah ku dan jika aku takut pada kematian, maka sia-sia saja doa ini. Tapi Maha Suci Allah, kenapa aku tidak mampu menghadapi kehilangan sahabat ini?
Enam bulan yang kedua, aku sedikit demi sedikit dapat mengubati kehilangan ini. Alhamdulillah aku sudah boleh menerima kehilangan yang tiada gantinya. Aku boleh menerima kehilangan. Hilang kerana dia kembali ke rahmatullah kerana dia disayangi Allah swt. Enam bulan kedua itu, aku sudah mula kembali ke dunia yang sebenar. Kembali ke dunia yang penuh dangan pancaroba yang aku sudah pasti banyak dugaannya dan telah bersedia untuk menghadapinya. Biarlah aku tiada sahabat untuk mengadu. Aku percaya, aku telah berjaya melepasi ujian ini dengan izin-Nya. Aku sudah mula merapatkan kembali hubungan renggang ku dengan rakan-rakan arwah yang lain yang sama-sama merindui arwah. Aku sudah mula mengisi kekosongan yang separuh itu dengan sesuatu yang memberi faedah kepada aku dan juga orang lain.
Aku teruskan kehidupan dengan lebih bersedia dengan kematian. Antara 3 peringatan diberikan kepada manusia tentang mati, aku telah menerima satu daripadanya. Begitu juga apabila menerima berita kematian, terimalah dengan hati yang redha. 3 perkara yang mengiringi kematian ke 3 tempat ialah 1) hartanya sehinggalah ke hembusan nafas terakhir, 2) ahli keluarga dan tangisan mereka sehingga ke kubur 3) amal solehnya (simati) sehingga ke padang Masyhar.
Mudah-mudahan, kita semua mendapat petunjuk dari-Nya.
Assalamulaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Comments
Post a Comment
Sila komen apa-apa pun, tapi tertakluk pada terma dan syarat.