Apa yang ingin dilakukan...

Assalamualaikum, alhamdulillah akhirnya keinginan untuk set-up blog sendiri dah terlaksana. Small matter? Pada orang lain memiliki blog sendiri memanglah small matter, but not me! Sebab pertama, saya tidak memiliki laptop atau desktop sendiri sebelum ini (again small matter huh?). Sebab yang kedua, rutin kerja sebelum ni yang agak panjang. Sebab yang ketiga, belum tau konsepnya lagi.

Jadi, oleh kerana saya sudah memiliki apa yang belum aku miliki sebelum ini dan rutin kerja baru yang banyak memberi ruang untuk saya melakukan apa yang ingin dilakukan, maka ter'bina'lah blog Watie Stylo nih!

Cuma saya minta kerja sama dari kawan-kawan atau kenalan di alam siber ini yang hendak menyertai saya, silalah rajin-rajinkan jari jemari anda menaip perkataan yang penuh agar terpelihara Bahasa dan kata yang menunjukkan bangsa. Maksud saya, minta tolong jangan guna "semekom" sebagai ganti Assalamualaikum, tolong jangan guna 'short form' seperti "tlg" untuk tolong dan sebagainya.

Apalah salahnya kalau kita tunjukkan contoh yang baik kepada generasi baru kita tentang pentingnya penggunaan Bahasa di alam siber seumpamanya, agar tidak terbawa-bawa ketika di sekolah dan pejabat.

Kalau hendak campur bahasa Inggeris pun tak kisah asalkan tak tersasar maksudnya.

Insyallah, saya akan post tulisan, nukilan dan pendapat yang POSITIF tidak ketinggalan yang boleh meninggalkan kesan NEGATIF agar ianya dapat menjadi garis panduan kepada kita semua.

Terima kasih kerana sudi melawat Watie Stylo.

Wassalam.

Comments

Popular Posts