Hati yang tidak puas menghasilkan hati yang busuk

Assalamulaikum para pambaca budiman.
Diharapkan semua sihat walafiat di samping keluarga tercinta sungguhpun kita diuji dengan udara yang berjerebu. Siapa pun yang bersalah, biarkan pihak yang berwajib mengambil tindakan. Kita sebagai masyarakat yang diuji, carilah cara untuk mengekalkan kesihatan badan. Tok sah pong pang pong pang tapi rokok tak miss pun hisap, air batu tak pernah lekang dari tekak dan air kosong suam payah benor nak minum. Apa pun tak boleh..
Kemunculan saya kali ini, bukanlah nak pong pang pong pang pasal jerebu ni, tapi mengenai seketul daging dalam badan kita yang bernama HATI. Sesiapa pun di dunia ini mesti ada hati. Bezanya cuma jenis hati apakah orang itu. Hati batu, hati kering, hati sayu, hati ku untuk mu dan tidak ketinggalan hati-hati di jalanraya, amalan hidup kita. Tapi yang satu ni memang ramai ada penyakit ini iaitu - tak puas hati. Kalau tak puas dalam hubungan seks tu, saya dah biasa dengar (ooppss..maaf 18sx sikit)cuma tak ramai yang berani meluahkan perasaan secara terbuka. Tapi penyakit tak puas hati ini lebih kepada penyakit yang berisiko tinggi kerana kesannya boleh menggoncang dunia.
Kenapa saya katakan tak puas hati ini adalah penyakit? Baiklah ini logik dari pemikiran saya yang tak berapa intelligent nih. Seperti penyakit kencing manis, ianya memerlukan pengidapnya sentiasa berhat-hati dalam bab makan. Kalau tak jaga betul-betul, kesannya amat bahaya seperti paras gula naik mendadak, sentiasa nak kena cucuk dengan insulin. Lebih membahayakan apabila kaki pengidap kencing manis yang sensitif ini mendapat luka kecil tapi tidak dijaga dengan rapi. Luka yang kecil tadi boleh merebak menjadi besar sehingga ke dalam isi dan menyebabkan kaki boleh berlubang. Akibat dari luka yang telah makan bahagian dalam isi kaki, maka terhasil lah satu bau kudis yang amat tidak menyenangkan. Saya minta maaf kepada waris atau pengidap kencing manis. Tiadalah maksud saya nak menghina anda semua. Ini memang kenyataan dan sebagai peringatan kepada kita agar mengawal pengambilan gula. Ini hanyalah contoh kepada tajuk posting saya hari ini. Dengan ini, saya namakan penyakit hati yang tidak puas sebagai Sindrom HYTP. Menarik bukan?
Begitulah yang terjadi pada pengidap Sindrom HYTP ini. Bermula dengan iri hati, pengidap Sindrom HYTP ini sentiasa melihat satu kelebihan atau keistimewaan orang lain adalah satu cabaran buat mereka. Mungkin iri hati orang itu ada I-pad maka esok sebelum azan Subuh (tok siak pun tak bukak pintu masjid lagi) si pengidap Sindrom HYTP ini telah pun berada di hadapan kedai gajet komputer, bersedia nak beli I-Pad. Kemudian, selang beberapa minggu, si polan beli pula henpon Samsung XYZ, maka dia pun bergolok gadai sebab nak beli Samsung XYZ. Selepas dua insiden ini, si pengidap Sindrom HYTP ini tak pernah nak berzikir untuk mengubati penyakit Sindrom HYTP. Malah, makin galak memasang telinga, memasang hidung dan mata memerhatikan orang sekeliling beli apa, pakai apa, buat apa, gaji berapa, boyfren berapa, suami berapa, bini berapa dan banyak lagilah "berapa" yang ingin diketahuinya. Sedari peringkat awal iaitu iri hati tidak diubati maka terjadilah pengidap Sindrom HYTP ini. Kalau dari peringkat iri hati si pengidap Sindrom HYTP ini berusaha mengubatinya dengan berzikir, muhasabah diri, berpuasa, dirikan solat, tunaikan zakat, Insyallah tak mungkin terjadi Sindrom HYTP ini. Tidak kiralah penampilan mereka bagaimanapun, seksi ke, bertudung ke, tidak bertudung ke, bertopi ke berhelmet ke, sesungguhnya Allah swt sentiasa mengampuni dosa-dosa hamba di atas kehendakNya. Malangya, tiada pencegahan awal dilakukan. (sambil geleng kepala)
Sebaik iri hati tidak dicegah, maka terjadilah hati yang tidak puas. Antara simptom-simptom penyakit HYTP ini ialah:-
1) orang lain buat salah, orang itu mesti dihukum tapi kalau dia buat salah, dia buat orang yang menegurnya tu pula yang rasa bersalah.
2) kalau ditempat kerja, ego dia lebih tinggi dari Managing Director. Jadi bila dia bercakap dengan orang lain pun, macam dia yang bayar gaji Managing Director
3) kalau di rumah, kalau suami dia beli telur ayam saiz B untuk yang di rumah (ye lah kat rumah sendiri anak ramai) tapi kalau balik rumah emak mentuanya, suami dia belikan telur saiz A, maka rasa-rasanya sampai dia punya next period cycle pun belum tentu suami dia dapat ehem dia.(yelah mak dia tinggal sorang, dan anak lelaki dia sesekali balik belikan telur ayam saiz A, apa salahnya kan?)
4) Kalau di tempat kerja, dia ada minta cuti tapi bos dia tak approve dan kebetulan ada kawan satu pejabat NO SHOW pada hari tu, pengidap Sindrom HYTP ini akan cari cara nak pastikan bos tu ambil tindakan pada kawan yang NO SHOW tadi. Kalau tak, kononnya perkara itu akan di bawa ke tengah (tengah laut ke, tengah jalan ke atau tengah buat apa tu, aku pun tak tauw)
5) Apabila tindakan dah diambil pada rakan yang NO SHOW tu, pengidap Sindrom HYTP ni akan buat statement kat kawan lain macam ni "eleh, dah beberapa hari baru nak ambil tindakan"
Ada banyak lagi simptom-simptom penyakit Sindrom HYTP nih tapi yang kekerapan berlaku adalah di atas. (Di bawah, tu bukan simptom, tu mengenyam). Ada sesetengah pengidap Sindrom HYTP ini sanggup mengungkit kisah silam mereka semata-mata tak puas hati dengan apa yang dia dapat dari orang lain. Memanjang tak puas hati. Kalau Waris Rombau Most Wanted tu cakap macam ni "Momanjang yo tak pueh hati". Pada satu tahap, pengidap Sindrom HYTP akan sentap sekejap bila ditegur dan sanggup pandang karpet yang dah 10 tahun dibentang di lantai bila bertembung dengan orang yang dia tak puas hati. Lebih menyedihkan, pengidap Sindrom HYTP akan mula menjadi penghasut dan racun perosak keharmonian masyarakat sejagat dengan mengapi-apikan orang lain dengan sesuatu situasi. Sudahlah berjerebu, diapi-apikan pula, nak disembur dengan pemadam api jenis H20, macam tak cukup je. Dalam dunia kerjaya pula, pengidap biasanya tidaklah pandai buat kerja tapi memandai-mandai je dia buat kerja ikut suka hati, limpa, jantung, usus kecil dan usus besar dia.
Lama-kelamaan, Hati Yang Tidak Puas ini akan memakan diri sendiri hinggalah ke sanubari, jiwa dan naik ke akalnya. Apabila kuman dan bisa Hati Yang Tidak Puas ni dah makan dalam dan berkudis maka hati jadi busuk dan terjadilah penyakit ini ke tahap 4 iaitu BUSUK HATI. Busuk ini amat bahaya kerana ianya tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan tidak dapat dihidu oleh hidung kasar, hidung mancung, hidung pesek, hidung kembang mahupun hidung yang hingusnya masih meleleh. Namun ianya dapat dilihat dan diketahui oleh Allah SWT dengan mangsanya diberikan petunjuk dalam beberapa kejadian.
Persoalan yang ditanya kepada saya, bagaimana pengidap Sindrom HYTP boleh menghidapi penyakit ini? Adakah ianya berpunca dari genetik atau secara bluetooth? Hmm...Dari pengamatan saya yang tak berapa intelligent ini, kebarangkaliannya adalah seperti berikut :-
1) Makan tak baca Bismillah dan tak baca doa makan terutamaya bila makanan tu dibayar dengan duit gaji (hasil dari tak berapa puas hati agaknya)
2) Kurangnya pendedahan tentang rezeki itu pemberian Allah SWT tapi tak pernah bersyukur
3) Kurangnya ilmu "do the right things in the right way" sebaliknya hanya mempunyai ilmu "do all things right".
4) Tidak tahu yang otak manusia berada di kiri dan kanan kepala kita dan perlu menggunakannya secara seimbang sebaliknya dia hanya tahu otak manusia lain tiada berguna, hanya otak dia saja yang berguna.
5) Ini sensitif sikit tapi kemungkinan besar berlaku - iaitu pengidap Sindrom HYTP dibesarkan dalam atau oleh keluarga yang juga mengidap Sindrom HYTP
Maka jelaslah ianya bukanlah disebabkan oleh genetik tapi disebabkan bluetooh. Tapi bagaimana nak mengatasinya? Ini cadangan saya. Walaupun belum pernah mencuba, tapi saya dah berangan nak mencuba. Apa nak jadi, jadilah :-
1) Sediakan sebotol pewangi udara di sebelah anda. Agak-agak pengidap Sindrom HYTP ni datang dekat je, buat-buatlah nak spray udara sambil berkata "eh aku ada bau busuk lah. Macam bau daging busuk. Korang yang lain ada bau tak?"
2) Sediakan topeng muka - gunakan udara yang berjerebu sebagai alasan paling kukuh untuk anda sentiasa pakai topeng apabila berada di tempat yang sama pengidap Sindrom HYTP ini ada.
3) Apabila bercakap dengan mereka, buat-buatlah tutup atau kepit hidung. Tapi AWAS! jangan sampai ke tahap anda tak boleh bernafas ye.
4) Kalau di tempat kerja, gunakan reverse psychology yang begini - biarpun pangkat anda lebih tinggi dari beliau, pujilah dia melambung tinggi langit macam dia yang buat appraisal anda setiap tahun. Bagi tau dengan staff lain supaya approach orang ni dahulu sebab orang itu sangat pandai dan ada more power/authority to solve the problem (sambil mata anda kelip-kelip macam orang bodo. Kadang-kadang buat bodo ni lebih baik daripada tunjuk pandai tapi haram tak pandai).
5) Bila ada meeting yang membabitkan bos besar-besar, ajak dia join meeting tu supaya dia tau besar ke kecik dia nih.
Apabila perkara di atas diamalkan, pengidap Sindrom HYTP yang tadinya rasa dia pandai dan amat intelligent itu akan mula bertanya pada dirinya sendiri "aku busuk ke? tapi tadi aku sembur Chanel setengah botol, Chanel ori pulak tu, bukan immitation". Atapun, dia mungkin akan bertanya dengan pengundi-pengundinya "Eh, mulut aku busuk ke? Apasal si polan tu bila cakap ngan aku je dia kepit idung?". Kebarangkalian dia berkata begini pun ada "Ish, segannya aku masuk meeting ngan bos besar, tergagap-gagap aku nak jawab soalan tu. Dahlah English aku D+ je". Last but not least -------> dia akan mendapat petunjuk dari Allah SWT bahawasanya, usahalah dengan tangan dan akal kamu sendiri untuk beroleh kejayaan dan bukan dengan nafsu mu semata-mata. Nafsu itu adalah senjata syaitan laknatullah. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata!
Sekian, selamat mencuba.. :-)

Comments

Popular Posts