Tijah The Series Episode 1 - Tijah Jatuh Cinta Lagi




Tijah jatuh cinta lagi..

Tijah duduk di birai katil bujangnya. Tijah fikir-fikir lagi bila agaknya Tijah nak tukar katil bujang ni kepada katil King size ala ala da Vincci tu. Bukan Tijah tak mampu, cuma duit Tijah kurang beberapa ringgit je lagi nak cukupkan RM 12,000 untuk sebuah katil idamannya tu. Tijah tengok jam loceng yang dah berapa kali jadi habuan lepas geramnya. Dah pukul 7.30 pagi. Walaupun jam tu dah banyak kali Tijah lempar ke dinding, jam tu jugaklah yang banyak berjasa mengejutkannya pagi-pagi, tengah- tengahari, ke petang pun ya juga.

Tijah bangun dari katil bujangnya. Ada bunyi krriok bila dia bangun dari katil buruknya tu. Tijah capai tuala mandi yang dah semakin nipis benang kapasnya. Ada lubang-lubang kecil di antara lembaran benang kapas tuala mandi Tijah yang hampir 10 tahun tak berganti. Alah, asal boleh lap badan, tutup badan sementara keluar bilik air nak masuk bilik, tak kisahlah. Bukan Tijah tak nak beli tuala mandi baru. Cuma tuala tu sedap dipakai tatkala ianya membaluti wajah gebu Tijah. Kalau tuala baru, tebal benang kapas tu buat Tijah rasa panas pun ya.

Tijah melangkah longlai menuju ke bilik mandi. Lantas Tijah terpandang laptopnya. Huh, check email lah dulu, kata Tijah memujuk hati. Tijah kuak laptopnya dan tekan butang “power”. Sambil-sambil Tijah tunggu system windows nya start, tiba-tiba Tijah teringat rantaian email yang diterimanya dahulu. Rantaian email itu mengandungi surat yang Tijah tulis untuk kekasih mat salehnya ketika Tijah hendak putuskan hubungan dengannya. Tijah pun tak faham, apalah yang kelakar sangat orang nak forwardkan email tu satu dunia. Lagi satu yang Tijah sampai sekarang tak puas hati angkara siapakah yang mencuri surat itu dari bekas kekasih mat salehnya tu. Seingat Tijah, walaupun bekas kekasih mat salehnya tu mat saleh, tapi dia adalah seorang yang “bu-tech”. Jangankan laptop, handphone pun tak reti nak guna. Tijah pun pelik, sekampung-kampung Tijah, tak adalah Tijah ni bodoh sangat pasa hal-hal teknologi ni, tapi mat saleh ni nak hantar sms “hello” pun terkial kial, apa lagi nak tekan laptop, log in ke yahoo ke google ke untuk menghantar rantaian email tu..jauh sekali nak log in ke FACEBOOK. Salahkah apa yang Tijah tulis dalam surat tu? Tijah pun sekolah jugak. Dapat P7 lagi dalam subject bahasa Inggeris masa SPM dulu. Salleh Yaacob tu sampai dalam radio pun dia cakap macam Tijah tulis. Kalau Tijah tulis salah pun, salah ke Tijah buat salah?

Windows system dan lengkap. Tijah double click Mozilla Firefox dan terus click ke pautan Facebooknya.Sejak Tijah pull out her body dari kekasih mat saleh nya tu, kira-kira 3 tahun lepas, belum ada lagi mana-mana lelaki yang berjaya menarik perhatiannya. Tijah bukan jenis yang suka melepak dengan kawan-kawan. Jadi untuk dia berkawan, facebook dan messenger sajalah source nya nak mencari-cari kawan. Tijah kenal dengan bekas kekasih mat saleh nya pun ketika Tijah bekerja di pejabat perhubungan awam sebagai penyambut tetamu. Arrhh..malaslah nak ingat tu semua, getus hati Tijah. Sakit hati Tijah bila dapat tahu bekas kekasihnya play wood three behind her. Tak sanggup Tijah menghadapinya, lantas Tijah cut connection dengannya.Tijah tengok ada friend request “Mat Sengal”. Huh..glamour lah nama kau, geli hati Tijah. Tijah click “Mat Sengal” terkejut Tijah rupanya itu kawan sekampungnya Azlan yang dah lama tak jumpa. Pelik juga Tijah pasal apa lah si Azlan ni pakai nama “Mat Sengal” sedangkan dia tu bukan saja sengal malah sengau pun ya. Bukan ke patut di tukarnya nick name tu kepada Mat Sengau je? Jujur betul Tijah ni.

Tijah jeling jam dilaptopnya, dah pukul 8 pagi. Tijah dengan pantas berlari-lari budak ke bilik air. Mat Sengal punya pasal aku dah terlambat nih...

Kelam kabut Tijah capai kunci rumah, capai beg, capai kejayaan dan apa-apa saja yang mampu dicapainya ketika itu. Tijah hidupkan enjin kereta Proton yang dah banyak berjasa kepadanya.Walaupun hutang bank belum habis dibayar, walaupun pernah 2 bulan tak bayar, Tijah tetap bangga dengan kereta Protonnya itu. Kereta tu lah yang menyelamatkan Tijah dari terus dihimpit dan diraba oleh Mat Bangla dan Mat Indon dalam bas Metro yang sesak macam tin sardin tu. Kereta Proton tu lah yang menyelamatkan Tijah dari dari hujan panas ketika pergi dan balik kerja. Dan kereta itu jugalah yang membantu seorang wanita hamil yang terkandas di lebuh raya PLUS suatu ketika dulu. Tijah tak kenal pun wanita tu tapi gerak hati Tijah yang membuatkan Tijah berhenti di tepi jalan dan membantu wanita tu balik ke Shah Alam. Baik juga niat dan hati Tijah ni.

Tijah pecut kereta Protonnya macam kene kejar polis dalam drama omputih kat channel Star Movie kat Astro tuh. Tijah memang cekap memandu sampai semut melintas pun dia boleh elak. Kehebatan Tijah memandu semakin menyerlah sejak dia selalu lambat ke tempat kerja akibat berjaga sampai ke lewat malam kerana melekat di laptopnya. Tijah sampai di tempat kerjanya tepat-tepat jam 9pagi. Ada jugak mata yang menjeling ke arahnya bila dia sampai di ruang penyambut tetamu. Eleh, apa hal jeling-jeling ada lah yang jealous tu tengok Tijah dressing hari ni, kata hati Tijah. Tijah bersedia mengambil tempat duduknya. Sebagai seorang penyambut tetamu, Tijah mesti kelihatan cantik dan menarik. Maklumlah, first point of contact kata orang putih. Tijah pun mencapai headsetnya dan meletakkannya di kepala Tijah. Tijah rasa rambutnya semacam aje. Basah pun ada, berbuih pun ada. Tijah tak puas hati. Tijah capai cermin muka kecil yang ada kesan tepekan lipsticknya. Huh?? Laa....baru Tijah teringat yang dia terlupa nak bilas rambut yang masih lagi bershampu tu. Laa...padanlah minah getik 2 orang kat department accounts tu pandang-pandang Tijah, rupa-rupanya diaorang tengok rambut Tijah yang ada buih tu. Nasib baik tak banyak sangat buihnya. Tijah cover line. Tijah teringat ada tuala kecil dalam lacinya. Tijah cepat cepat ambik dan lap rambutnya. Tengah-tengah lap, pintu pejabat di tolak dan terkejut Tijah nampak Azlan masuk? “Hoih...apa ni? Mana kau tahu aku kerja sini” “Eh Jah, kau kerja sini ke?” tanya Azlan dalam nada sengaunya. “A'ah aku kerja sini? Kau apa hal datang cari aku kat sini?” “Eh, aku bukan cari kau, aku datang ada mesyuarat la dengan Mr K”. “Oh ye ke?” Huh? Mesyuarat? Mr K? Haish..apa hal pulak si sengau ni ada mesyuarat dengan GM Tijah si Mr K yang gagap tu? Pelik juga Tijah bila Azlan sebut pasal ada mesyuarat. Setahu Tijah, Azlan ni mat rempit. Mesyuarat apa jadah mat rempit dengan GM syarikat pengedar minyak pelincir ni? Takkan si Azlan nak borong minyak pelincir motosikal sampai kena bermesyuarat pulak. Macam tak confident je Tijah bila mengenangkan Azlan yang sengau tu berbincang dengan GM Tijah yang gagap tu. “Eh Lan, mesyuarat apa pulak kau ni dengan Mr K? Ke kau datang nak mintak ganti rugi sebab dia langgar motor kau?” “Eh Jah, “jawab Azlan dalam sengaunya tapi masih kelihatan handsome. “Aku ada mesyuarat dengan dia pasal dia nak cari penunggang racing motor Cub Prix la. Kau ni tempat kerja sendiri pun tak tau ke?” Huh..penunggang racing? Cub Prix? “Eh Lan, setau aku kau ni main rempit belasah tak kira jalan ayah kau ke, ayah cik kau kau, ayah ngah kau ke. Sejak bila kau race kat track pulak?” “Baru jer Jah aku mula kat track Sepang. Mula-mula ikut kawan, lepas tu aku naik seronok pulak race kat track. Tak adalah bahayakan nyawa orang lain. Minggu lepas kawan Mr K ada buat race, aku menang tau Jah. Tu yang Mr K tawar aku masuk team dia. Syarikat ni nak sponsor race aku untuk musim depan. Jah, kau tak bangga ke dengan aku ni Jah?” Kembang kempis hidung Azlan bercerita tentang racenya pada Tijah. Terkedu sekejap Tijah bila dengar Azlan sebut tak bahayakan nyawa orang lain. Dah sedar diri rupanya si sengau ni, kata hati Tijah. Tergamam Tijah bila Azlan tersenyum padanya. Lupa lah pulak si Tijah akan tuala kecik yang dipegangnya tadi untuk mengelap buih-buih shampu di rambutnya tadi. 'Tijah!” Opocot! Terkejut Tijah bila tiba-tiba ada suara nyaring memanggilnya. Ler, minah lempeng ni rupanya. “Tijah, Mr K is expecting for a guy named Azlan at 9.30am. If he comes, please call me ahh”. Minah lempeng ni memang lempeng je badannya tapi suara...fuuuuuhhhhh!! nyaring bak audio system brand Clarion tu. Fikiran Tijah masih lagi menerawang seakan tidak percaya yang di depannya sekarang adalah Azlan budak sekampung yang selalu membuat makcik-makcik di kampung menyumpah seranahnya. Manakan tidak, sedang orang tua tu berjalan lenggang lenggok, datang si Azlan ni dengan motor prrreennnnggggggg prrrreeeennnnng dipulasnya trotal motor tu. Apa lagi, terkejut lah makcik makcik tu. Bukan aje terkejut beruk, malah cipan, tenuk, ungka gorilla pun ada. Cuma onk onk je yang tak ada. “Eh Jah, bagi tau lah kat Mr K aku dah sampai. Apsal ko tengok aku cam tu? Handsome tak aku, Jah?” Tak dinafikan, Azlan dah semakin segak sekarang. Tak macam dulu, selekah, kurus kering bukan macam lidi dah, macam dawai yang ikat bunga telur kawin si Ina tu pun ada. Dah lah macam dawai ikat bunga telur, bengkok pulak. Hishhh..Tapi Azlan yang ada di depan Tijah, memang Azlan yang baru. Azlan yang ada visi. Azlan yang sudah boleh dibuat laki.. Teeettt..Tijah..... Tijah......

bersambung pada minggu hadapan..

Comments

Popular Posts