Tijah The Series Episode 2 - Tijah dilamun cinta

Dah pukul 5 petang. Tijah tanggalkan headsetnya dan gantung baik-baik di partition. Sambil-sambil tu Tijah belek-belek rambutnya yang lupa nak dibilas pagi tadi. Ok..dah kering dan rambut pun tak mengerbang. Tijah capai dan selok poket begnya untuk ambil kunci kereta dan terasa handphonenya bergetar. “Message from SIM1” terpapar di skrin. Tijah tekan paparan skrin dan lihat nama Azlan Sengau sebagai penghantar mesej. Sempat juga Azlan dan Tijah bertukar nombor telefon pada pertemuan singkat pagi tadi. Azlan masuk ni dah 10 kali tukar nombor telefon bimbitnya. Seingat Tijah itu sajalah tabiat pertukaran yang Azlan ada. Belum pernah lagi Tijah dengar dan tengok Azlan tukar girlfriend. Itu satu kebaikan Azlan yang seingat Tijah dari zaman sekolah lagi dia begitu. Cuma jodohnya belum sampai sebab tu Azlan sampai ke hari ini belum kahwin. “Tijah, ko da habis kerja kan, jom lah teman aku minum. Aku ada kat Restoran Maju Mundur ni”. Suka pulak Tijah bila dapat mesej dari Azlan. Bukan apa, dah lama betul Tijah tak jumpa Azlan. Lebih dari 3 tahun tak dengar khabar berita. Sangka Tijah si Azlan dah kena lenyek dengan bas ke, lori ke atau stemroll ke. Maklumlah mat rempit. Tapi tak de pulak dengar khabar berita dari kampung pasal Azlan ditimpa kemalangan. “Ok, aku dah nak turun ni” balas Tijah dengan sms. Restoran Maju Mundur, tergelak kecil Tijah sambil menekan butang lif bila terkenangkan nama restoran tu. Tijah dah sampai di restoran dan terjenguk-jenguk mencari Azlan. Dari jauh Azlan dah melambai Tijah sambil tersenyum. Kalau ini ialah blind date, tak ada siapa akan sangka Azlan adalah sengau. Azlan kelihatan 10 kali lebih kemas dan bersih dari zaman rempitnya. Tersengih-sengih Tijah duduk di depan Azlan. “Lan, ko tunggu kat sini dari pagi tadi ke?” usik Tijah. “Tak lah, dari semalam lagi aku tidur kat kedai ni”, balas Azlan, sekali lagi dalam nada sengaunya. “Bengkel motor Mr K pilih untuk modify motor aku tu belakang restoran ni je. Lepas mesyuarat tadi, aku terus datang ke bengkel tu untuk berbincang dengan tauke tu. Aku tengok nak dekat pukul 5, aku teruslah datang sini ajak kau”. “I see...terima kasih la Lan ajak aku minum. Mana kau menghilang Lan? Dah lah kau tukar nombor, aku ingat kau dah kene lenyek ke...?? Hehehehe”. “Ko ingat tak kawan aku budak Roy yang accident patah kaki tu? Budak tu lepas accident, dia taubat tak nak merempit kat highway. Jadi dia tubuhkan satu kumpulan untuk race kat track pulak. Jadi dari situ aku ikut dia. Kau tau je lah kan kalau dah masuk track mestilah nak bayar sewa track, nak beli racing suit yang sesuai, jadi banyak belanja kan. Jadi aku pun banyak lah buat kerja part time nak kumpul duit”.”Oooo, macam tu”, geli pulak hati Tijah bila dengar Azlan sebut Roy dah patah kaki dan sejak accident tu dah taubat tak nak race di highway tapi race kat track Sepang pulak. “Habis tu dalam 3 tahun ni banyaklah race kau dah menang?” “Ye Jah, ada 5 race, lima-lima tu aku naik podium Jah..hmmm”. Kembang kempis hidung Azlan kegembiraan menceritakan tentang kemenangannya. 'Lan, mak kau tau tak apa yang kau buat sekarang?” tanya Tijah. Azlan terdiam. Tertunduk Azlan memandang meja restoran Maju Mundur yang dah bercalar balar tu. Sama seperti hatinya tercalar ketika emak Azlan memarahinya ketika dia memberitahu emaknya tentang minat berlumba motosikal. “Jah, kau tau kan, jahat-jahat aku ni, mak aku tu lah yang paling aku sayang dan hormat. Aku ada balik kampung raya tahun lepas dan bagi tau dia tentang minat aku ni. Dia marah aku Jah macamlah aku ni jual maruah kat bapak ayam pulak”. Ishh sedih pulak Tijah dengar keluhan Azlan ni. Memang Tijah tau, walaupun dia suka menyakat orang tua lain di kampung, tapi dengan emaknya sendiri, Azlan sangat hormat dan sayang. Belum pernah lagi Tijah dengar emak Azlan mengadu pada emak Tijah pasal Azlan. Cuma nakalnya sahaja yang buat orang kadang-kadang marah dengan Azlan. Berjela-jela luahan hati Azlan pada Tijah petang tu. Sedih pun ada, geli hati pun ada Tijah mendengarnya. Kena pulak dengan gaya bercerita si Azlan dalam nada sengaunya tu, membuatkan Tijah sekali lagi rasa...gembira. Sama seperti gembiranya dia pada pagi tadi terkejut beruk tengok perubahan pada diri Azlan. Rambut dipotong ala tentera. Ada disimpan sedikit janggut. Tijah tengok badan Azlan pun dah berisi. Cara berpakaian pun tak de macam dulu yang main sarung aje. Kolar baju tu berlipat elok ke, senget sebelah ke, butang hilang ke, belasah je. Sekarang, bau badan dan baju yang tak sedap pun dah tak de. Ni gaya Mat Rempit high class, kata si Azlan. Eceh..!

Malam itu Tijah susah nak lelapkan mata. Rasa resah pun ada. Gelisah jangan cakap lah cuma geli aje yang tak ada. Dah pukul 2 pagi, mata Tijah buntang lagi macam telur mata kerbau yang Azlan makan petang tadi. Azlan! Ler..pe hal pulak ni... Tijah termangu-mangu di atas katil yang masih lagi kukuh menampung badannnya. Berkriok bunyi katil tu tiap kali Tijah bergerak. Dan bunyi berkriok itu tidak mampu menggugat rasa resah gelisah gelimat dan apa juga geli yang menyelimuti hatinya ketika itu. Tijah terkenangkan lagi Azlan yang hari ini telah menjadi punca segala keresahan. Ye. Azlan lah punca segala keresahannya hari ini. Sejak Tijah clash dengan mat saleh, seingat Tijah ini kali pertama dia rasa resah sebegini.Resah sebab jatuh hati. Ehhhhhh? Tijah jatuh hati? Dengan Azlan? Huh, tak mungkin, nafi Tijah. Azlan tu kawan baik Tijah sejak Tijah baru lahir kata emak Tijah. Beza Tijah dengan Azlan cuma 1 jam aje. Tarikh lahir dan tempat lahir pun sama. Cuma yang tak dapat mak si Tijah nak pastikan samada doktor yang menyambut Tijah dan Azlan tu adalah doktor yang sama. Tapi yang nyatanya, bapak Tijah dan bapak Azlan bukanlah lelaki yang sama. Itu memang sah. Tijah ingat lagi Azlan selalu diejek oleh kawan-kawan sebayanya sebab Azlan sengau. Cakapnya, hanya Tijah, mak Azlan dan mak Tijah saja yang faham. Orang lain mati hidup balik pun sepatah haram tak faham apa yang Azlan cakap. Tijahlah yang jadi penterjemah tak bertauliah Azlan sampailah mereka di tingkatan lima. Kalau di sekolah, cikgu mesti cari Tijah kalau Azlan tak datang sekolah. Tijah pun naik hairan pada mulanya kenapa cikgu selalu sasarkan Tijah bila Azlan tak datang sekolah. Rupa-rupanya mereka takut sesuatu yang buruk berlaku pada Azlan. Disebabkan Tijah adalah orang yang rapat dengan Azlan dan berjiran pula, maka itu di antara sebab Tijah disasarkan menjadi papan sasar cikgu-cikgu di sekolah menceduk sedikit maklumat tentang keadaan Azlan. Mereka bimbang kalau-kalau terlalu tertekan dengan ejekan rakan-rakan sebaya membuatkan Azlan bertindak terjun sungai ke, terjun gaung ke, payung terjun ke. Eleh, baru diorang tau dan risau tentang Azlan rupanya.

Tapi malam itu bukan pasal kerisauan cikgu-cikgu yang tah masih hidup atau dah mati tu yang merisaukan Tijah. Tijah bangun dari katil yang masih lagi menanti keajaiban bertukar kepada 4 poster king size bed Da Vincci tu. Tijah menuju ke meja laptopnya dan tekan butang power. Sambil-sambil menunggu system windownya lengkap, Tijah berjalan ke dapur dan terus membuka peti aisnya. Tijah pause seketika. “Ehh...aku nak ke bilik air. Yang aku pegi buka peti ais ni apa hal? Mana pulak nak aku buang dalam ni?” Ish, sah lah Tijah dilamun cinta. Nak pergi bilik air, dibukanya peti ais. Arrgghhhh..jerit hati Tijah. Tijah kembali ke meja dan click mozilla firefox dan log in ke Facebooknya. Semenjak dua menjak ni, Facebook sajalah yang Tijah tau. Facebook sajalah yang Tijah gunakan untuk mengubati kesunyian, kedukaan, dan malam ini, resah gelisahnya. Ting! “JAH..” paparan chat keluar – sender Mat Sengal. Uish Azlan..bisik hati Tijah. Apa lagi Tijah pun balaslah dan nak jadi cerita rupa-rupanya Azlan pun tak boleh tidur. Usik mengusik Tijah dan Azlan di chat window menjadi-jadi sampai Tijah tak perasan yang waktu hampir pukul 4 pagi. Baru Tijah sedar yang Azlan hebat juga menaip. Lepas satu, satu dibalasnya. Lepas dua, lima dibalasnya. Sedar tak sedar, azan subuh pun dah berkumandang. Ketika itu barulah sesi chatting dua merpati itu berakhir. Ada lagi satu jam setengah congak Tijah. Kalau tidur, confirm lah Tijah terlajak. Kalau tak tidur, nanti mengantuk pulak. Lantas, berbantalkan lengannya, Tijah pun menelekukan kepalanya di atas meja tempat laptopnya diletakkan.

“Tijah, kalau kita ditakdirkan jatuh cinta, macam mana?” tanya Azlan pada Tijah. “Ehhhh, kau ni Lan, berangan lah. Kita kan kawan baik, memang dari dulu kita rapat”, Tijah cuba menafikan perasaannya. “Alah Jah, pasal kita kawan lamalah kita senang nak adjustkan. Kau kenal aku, aku kenal kau. Aku confirm Jah, mak kau dan mak aku mesti setuju punya kalau kita couple.” Tijah sebenarnya rasa nak menjerit pun ada, nak melompat pun ada tapi rasa seolah-olah lidahnya kelu, tapak kakinya semacam melekat di bumi. “Azlan, sebenarnya aku pun...” gedebuk!!! Adoii...Tijah buka matanya besar-besar dan dilihatnya dinding rumah sendiri. Kaku seketika Tijah ketika menyedari dia terjatuh dari kerusi dan cuba menenangkan hatinya yang sedang menahan kesakitan. Tijah bermimpi rupanya. Tijah menguatkan semangat cuba bangun dari kejatuhan angan-angan tadi. Sempat lagi dia melihat jam di dinding. 7.45 pagi. Arghh, dah lah jatuh, terlambat pulak..budget jaga pukul 7.30 pagi. Nasib baik 15 minit terlajak. Sepantas kilat Tijah bangun dan meluru ke bilik air.

Tijah meletakkan keretanya di petak parkir kegemarannya. Sebelum Tijah melangkah keluar dari kereta, Tijah belek dulu wajah dan rambutnya di cermin. Bimbang juga kalau kes hari tu berulang. Ok set, semua ok. Tijah terus berjalan keluar dari keretanya dan “teet”menekan alarm keretanya. Sambil Tijah jalan ke ruang lif, Tijah nampak seorang lelaki melayu keluar dari keretanya. Lelaki tu memang selalu Tijah nampak di kawasan bangunan itu sejak seminggu yang lalu. Tidaklah sekacak mana pun lelaki itu dan tidaklah Tijah rasa apa-apa pun pasal lelaki ni. Cuma mungkin kebetulan tiap kali Tijah sampai pada waktu itu, lelaki itu pun sampai dan naik lif bersamanya. Tijah menekan butang lif. Sambil-sambil tu Tijah meraba-raba sikunya yang sakit akibat dari 'kemalangan' kecil pagi tadi, Aduhai, macam manalah aku boleh mimpikan Azlan dalam keadaan tidur sebegitu. Tapi kalau mimpi itu benar di alam realiti, bolehkah hati Tijah menerima keadaan itu. Walaupun Tijah semacam sudah jatuh hati dengan Azlan, tapi Tijah macam tidak pasti pula apakah jatuh hati itu disebabkan dia yang memerlukan teman atau inilah takdirNya.

“Excuse me, you tak nak naik ke?” ting!..Bunyi lif dan teguran suara garau lelaki memecahkan lamunan Tijah. “erkk.yes..yes..thank you”. Erkkk..merah muka Tijah menahan malu akibat berangan tak sudah sampaikan lif terbuka pun Tijah tak perasan. Lelaki ini rupanya, bisik hati Tijah. Lelaki yang Tijah baru nampak di tempat letak kereta tadi itu yang menegurnya tadi. Aisey, malu betul Tijah rasa. Mengelamun sampai tak sedar lif dah terbuka pintu. Lif berhenti di tingkat 2. Tijah pun keluar dari lif diikuti lelaki tadi. Pelik pulak Tijah sebab selama ini dia tak pernah nampak pun lelaki ni di tingkat yang sama pejabat Tijah. Sampai di hadapan pejabat, Tijah dengan malas menolak pintu. Tapi dia rasa semacam pula. Yang pertamanya, setahu Tijah, pejabatnya di cat hijau muda, tapi kenapa hari ini pejabatnya bertukar warna biru muda. Mustahil ada kerja-kerja cat mengecat dilakukan semalaman. Yang keduanya, lelaki yang menegurnya tadi turut sama mengikutinya ke pejabat tersebut dan lelaki itu berdiri pula dibelakangnya. “You cari siapa?” Huh? Apasal pulak dia tanya aku cari siapa, bisik hati Tijah. “I work here”, balas Tijah. Ecewah, Tijah dengan yakin menjawab dalam bahasa British. “Oh really? But I never seen you here and I don't think we have hired new staff today”, balas lelaki tu juga dalam bahasa British. Ewah, balas pantun pulak mamat ni, bisik hati Tijah. Tijah pandang semula ke arah pejabat tu dan rasa macam nak pengsan pun ada bila Tijah mula tersedar yang dia telah berada di depan pejabat yang bukan tempatnya bekerja. Tiba-tiba Tijah rasa mukanya tebal entah berapa inci tapi kalau boleh dia mahu ghaib macam tu aje. Dia berharap ketika itu dia ada Doraemon di sebelahnya yang boleh menghentikan masa agar dia boleh cepat-cepat blah dari situ. Tijah betul-betul kaku masa tu. Nak blah ke, nak mintak maaf ke, nak buat bodoh ke, Tijah pun rasa confuse pulak time ni. Rasa kakinya macam melekat di situ. Matanya memandang tepat pada wajah lelaki itu dan merasakan dirinya begitu kecil, sekecil nano. “I rasa you tersilap floor ni. Ini pejabat I kerja, Rima Sepadu Sdn Bhd. Apa nama company you?” “Err..Rima tak Sepadu Sdn Bhd”, jawab Tijah. Tak pasti pulak Tijah samada dia serius menjawab soalan lelaki itu atau sekadar bergurau untuk hilangkan rasa malu. Tergelak lelaki tu bila dengar Tijah jawab macam tu. Dan ketika itu Tijah telah mendapat satu kekuatan untuk terus berlalu tanpa berkata sepatah haram pun. Terkejut lelaki tu bila Tijah terus blah macam tu aje.

Termengah-mengah Tijah masuk ke pejabatnya. Pejabat Tijah di tingkat 4 dan sebab nak cepat Tijah terus panjat tangga dari tingkat 2 tadi. Malunya, jerit hati Tijah dalam hati sambil melabuhkan punggungnya di kerusi. Ya Allah, apasal aku hari ni, mula-mula jatuh dari kerusi, lepas tu mengelamun tak ingat sampaikan lif terbuka pun tak perasan. Lepas tu, salah tingkat. Salah tingkat saja kira ok lagi ini siap salah ofis pulak, adusss, bisik hati Tijah.

“Tijah, why are you late?”. Tijah toleh pada suara yang bertanya dan melihat Mr K berdiri di belakangnya.
“Sorry Mr K, I turun lif di salah floor”, jujur jawab Tijah.
“I hope tomorrow you won't stop at the wrong building and late again,” perli Mr K. Arrgghhhh....Tijah menjerit dalam hati.

Bersambung lagi yee...

Comments

Popular Posts