Skip to main content
Syukur di atas Nikmat Allah -- #1
Salam Sejahtera para pembaca. Syukur ke hadrat Illahi yang mengizinkan saya bernafas lagi hingga hari ini. Segala dugaan dan cabaran ditempuhi dengan penuh kesabaran. Segala kegembiraan disimpan rapi dalam kotak kenangan.
Posting kali ini menyentuh tentang syukur. Bukan Pak Cik Syukur, tapi perasaan yang bersyukur pada Allah swt di atas segala pemberianNya. PemberianNya dapat dirasai dan dinikmati samada secara bersendirian atau bersama orang lain. Ada dua saluran kalau Allah nak beri kita nikmat. Pertama, direct dari Dia. Kedua melalui manusia dan haiwan.
Antara contoh-contoh nikmat yang datang direct melaluiNYa :-
1) Kita masih hidup
2) Hidung yang sempurna untuk kita bernafas. Walaupun tak mancung macam Kareena Kapoor ianya tetap hidung. Cuba anda google "lubang hidung" dan lihatlah imej-imej yang tak terduga dek akal kita.
3) Telinga yang tidak tuli agar dapat mendengar walaupun telinga kita ala-ala Star Trek tu.
4) Sepasang mata yang boleh melihat walaupun bercermin mata. Bila orang bercakap dengan kita, 99% orang akan pandang mata kita, kan? Bayangkan mata kita tak ada sebelah? Sedangkan ada mata pun orang kata "Hoi, buta ke?" inikan pula tak ada mata..
5) Lidah yang bijak berkata-kata, menyanyi, membaca Al-Quran, berdebat, berpidato dan juga mengejek orang lain --- "Bluekk!"
6) Gigi yang boleh mengunyah makanan seterusnya mengenyangkan perut kita. Tak kurang juga untuk menggigit pen atau kuku di saat kita keresahan.
Di atas hanyalah sebahagian yang Allah berikan nikmat sejak lahir (kecuali gigi, ia tumbuh kemudian), tak dapat dibeli macam additional accessories untuk smartphone, kereta atau motor. Jadi, nikmat Allah yang manakah kita semua nafikan? Hidung kita tersumbat, kita mengeluh "ee..benci betul la bila kena selsema ni" tapi kita sendiri tak menjaga hidung itu dengan baik. Bila mata kita sepet sebelah dan tentu wajah kita pun terjejas kecantikannya. Lantas kita malu walaupun sepet itu bersifat sementara dan mata itu masih lagi berfungsi untuk melihat. Lantas kita pun capai spek mata hitam konon nak cover. Pernahkah kita berkomunikasi dengan orang yang lidahnya pendek dari ukuran biasa? Lidah manusia yang normal adalah di antara 5 dan 6 cm sahaja agar manusia boleh bertutur dengan sempurna. Apabila lidah seseorang itu lebih pendek dari 5 cm, kemungkinan besar pertuturan seseorang itu tidak beberapa sempurna dan membuatkan orang yang berkomunikasi dengan beliau mempunyai masalah untuk memahaminya. Lebih menjengkelkan apabila kita menggelakkan pertuturan beliau. Well, that's the truth! Bagaimana dengan gigi? Ini lebih seronok ditertawakan terutamanya bila gigi seseorang itu JONGANG, RONGAK dan.....kuning ala-ala butter. Errkkk...! Apa reaksi anda bila gigi itu sakit? Mesti ada di antara kita yang menjerit "eeee rasa nak tumbuk-tumbuk je pipi nih!". Tapi bila ditumbuk, lain pula ceritanya.
Bila kita bersyukur? Ini jawapan saya - setiap masa dan ketika.
Bagaimana kita bersyukur? Ini jawapan yang saya dengar satu ketika dulu : "Haish, dapat banyak bulan ni pun, habis kena potong dengan income tax".
Di mana kita bersyukur? Ini yang saya selalu nampak - di wall facebook.
Mengapa kita bersyukur? Ini yang saya baca - Bismillahirrahmanirrahim 'Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepada mu. Bersyukurlah kepada-Ku dan janganlah kamu ingkar kepada-ku. Wahai orang-orang yg beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yg sabar'.
Ayat 152-153, Al-Baqarah
Cukuplah dengan potongan ayat dari Surah Al-Baqarah itu untuk menyedarkan kita cara yang betul untuk bersyukur dan mengapa perlu kita bersyukur. Saya pasti tiada para ilmuwan dan ulama yang menafikan ayat Al-Quran ini. Mereka manusia, kita yang bukan maksum juga manusia. Ayat Al-Quran diturunkan untuk manusia. Jadi, anda tidak perlu jadi pari-pari atau malaikat untuk bersyukur dengan nikmat Allah.
Kadang-kadang, kita selalu mengeluh dengan apa yang orang lain tak beri pada kita. Tapi kita tak nampak apa yang Allah swt telah dan boleh beri kepada kita.
Mengapa ada di kalangan kita tidak bersyukur? Menurut pemerhatian saya, sebab jiwa mereka kosong. Kalau tong yang diberi nama "tong sampah" itu kosong tak pernah terisi sampah, maka kita tak panggil dia tong sampah. Kita boleh panggil ianya tong perhiasan. Namun ianya adalah sebuah tong - tak bernyawa. Jadi kalau jiwa yang diberikan Allah sejak lahir itu kosong, maka tiadalah iman di dalam hatinya. Jika tiada iman, bagaimana hendak bersyukur? Malah sentiasa mengeluh. Ada satu contoh seorang hamba Allah yang saya kenal. Dapat RM900, mengeluh kerana tak cukup dengan kos sara hidup sekarang. Bila sudah diberi RM1500, masih lagi tidak mencukupi sebab kereta rosak berkali-kali sebulan, mak mertua sakit jadi kos ubat-ubatan dan lampin pakai buang dewasa mak mertua beliau suami isteri kena tanggung. Bila dapat RM 1000, pun masih mengeluh sebab RM500 kena potong berikutan cuti tanpa gaji yang diambil sebab nak jaga mak mertua sakit. Yang terkini, management dah approved pembelian kerusi pejabat baru - namun kerusi itu tidak menepati citarasa beliau yang bukan boss pun -- itu pun dia mengeluh..(????) Kawan-kawan sepejabat lain bukan main gembira lagi dapat kerusi baru sebab selama ini hanya dapat kerusi second-hand.Tapi beliau boleh kata "oh, kerusi ni tak bagus"
Rumusan untuk bahagian pertama ini ialah, tidak hina jika kita sentiasa bersyukur walaupun sekadar dapat hidup tapi sudah pasti kita dihina dan dicaci apabila amalan kita ditimbang kelak. Alhamdullilah, saya dapat berkongsi posting ini bersama-sama para pembaca. Jika ada kesilapan, hulurkanlah salam pembetulan kepada saya.
Insyallah, saya akan buat posting bahagian ke-2 tentang nikmat Allah yang diberi melalui manusia dan haiwan. Hingga kita berjumpa lagi.
Comments
Post a Comment
Sila komen apa-apa pun, tapi tertakluk pada terma dan syarat.