Skip to main content
Tips Pemanduan Efektif khas untuk pemandu wanita - kenderaan transmisi manual
Salam sejahtera pembaca sekalian. Masih lagi hangat tentang isu dua puluh sen? Atau anda baru sahaja habis pusing-pusing menaiki kereta dan baru pulang dari majlis rumah terbuka walaupun Syawal telah pun melabuhkan tirainya? Saya ketepikan dulu isu dua puluh sen sebaliknya ingin berkongsi cara yang efektif dalam penggunaan petrol.
Saya bukan pakar ekonomi jauh sekali seorang penasihat kewangan. Penasihat kewangan boleh jadi tak berwang sebab tersalah tafsir dan belanja. Penasihat ekonomi pun boleh menjatuhkan ekonomi negara sebab tamak dan mementingkan diri sendiri. Banyak buku-buku di pasaran yang mengaut keuntungan hanya dengan menulis secara komersial tentang bagaimana hendak merancang perbelanjaan. Tapi mereka tak pernah nak menulis tentang penggunaan barang terkawal secara efektif. Jadi saya nak ambil kesempatan ini berkongsi dengan PERCUMA. Namun begitu saya juga bukan jurutera kenderaan......
Tahukah anda penggunaan petrol boleh dijimatkan hanya dengan menggunakan hujung dan tapak kaki anda? Maksud saya, jika anda memandu kenderaan gear manual, cara anda menekan pedal dan klac memainkan peranan samada petrol yang diisi boleh mendapat ekstra kilometer atau sebaliknya. Sama juga apabila anda menggunakan gear otomatik, menekan pedal minyak terus secara maksimum terutama selepas memberhentikan kereta di persimpangan lampu berisyarat dan di jalan berbukit juga boleh menyebabkan penggunaan petrol melebihi dari biasa. Anda tak perlu percaya untuk ketika ini. Anda hanya perlu praktikkan saja tips ini. Tapi anda mesti praktikkan secara total agar hasilnya dapat dilihat secara total juga. Kalau setakat cuba satu hari untuk minggu ini, minggu depan cuba lagi satu hari, maaf, ia tidak akan memberi kesan pada poket anda. Percayalah tulisan Kak Tie ni.... Namun begitu, tips ini hanya sesuai untuk orang perempuan yang memandu kereta transmisi manual. Kepada pemandu lelaki yang dah terer memandu secara efektif, anda boleh baca juga setidak-tidaknya anda tahulah macam mana orang perempuan memandu,kan.
Tahukah anda gambar di atas? Ini ialah rpm atau dalam bahasa penuhnya ialah Revolutions per Minute digunakan untuk mengukur rotasi kelajuan. Apabila enjin tidak dihidupkan, jarum rpm akan berada di '0'. Apabila enjin dihidupkan tapi pedal tidak ditekan, jarum rpm akan berada di '1'. Gambaran ini berdasarkan kereta super saya. Kalau kereta biasa-biasa macam Mercedez atau BMW saya tak pasti di mana jarum itu. Apabila anda menekan pedal kelajuan walaupun pada 'free gear', jarum akan bergerak ke level mengikut kasar mana anda memijak pedal itu. Apa kaitannya rpm ini dengan penggunaan petrol yang efektif? Senang saja, bila anda memijak pedal kelajuan macam nak berlumba dengan Ferrari sehingga jarum rpm pergi ke tahap 7, 8 dan 9 maka anda telahpun menggunakan lebih banyak petrol berbanding dengan jarum rpm di tahap antara 1.5 dan 2.5 secara maksimum. Senang cerita, rpm ini membantu anda membuat keputusan bilakah masa terbaik untuk menukar gear dari satu kepada dua,kemudian kepada tiga dan seterusnya empat di jalan raya biasa. Pada waktu tengahari sedang matahari menunjuk-nunjukkan dirinya, sehinggakan sidai seluar jeans setengah jam pun boleh kering, penggunaan petrol menjadi lebih banyak dari biasa. Jadi, sebaik anda ingin menggerakkan kereta pada gear satu, pastikan rpm di antara 1.5 dan 2 sudah memadai untuk anda menggerakkan kereta dan seterusnya menukar ke gear dua. Agak-agak di sebelah anda ada sebuah Ferrari yang berhenti di persimpangan lampu isyarat, tak perlulah anda nak tunjuk lagak nak ajak racing dengan menekan-nekan pedal kelajuan sambil kaki kiri menekan klac. Buang duit jerr..pas tu komplen "kos kehidupan telah meningkat sejak harge petrol dinaikkan 20 sen". Huh!
Bagaimana pula dengan gambar ini? Kalau anda sebagai pemandu tidak tahu apakah ini, saya rasa baik anda jual kereta itu dan naiklah kederaan awam. Ini ialah speedometer juga sebagai mengukur dan mengawal kelajuan anda. Kalau papan tanda menunjukkan had laju 90km/j maka pastikan jarum speedometer itu juga berada di tengah - antara 80 dan 100 bukannnya melebihi 200 seperti gambar di atas. Pemanduan yang sederhana dan berhemah membantu dalam penggunaan petrol secara efektif. Dalam hendak menukar gear juga ada caranya. Contohnya dari kelajuan gear 4 nak ke gear 5, pastikan kelajuan anda pada tahap maksimum 90km/j. Jika anda memandu pada kelajuan 50km/j dan menggunakan gear 5, saya cadangkan anda ambil kelas pemanduan semula.
Saya pernah dua kali memandu dari Bukit Mertajam ke Kuala Lumpur pada waktu 12 tengahari. Pada kali pertama, saya mengisi full tank dan memandu pada kelajuan 120km/j dan berhenti sebanyak 2 kali. Sekali tak mati enjin dan sekali matikan enjin sebab nak makan dan solat. Yang pertama sebab nak buang air kecil jer. Sebaik sampai di Kelana Jaya, petrol saya tinggal 1 bar saja. Pada kali kedua, perjalanan dan waktu yang sama, saya kurangkan kelajuan pada tahap maksima 90km/j saja. Memang waktu perjalanan saya menjadi lebih 1 jam setengah berbanding kelajuan perjalanan yang pertama tapi petrol saya masih ada 3 bar. Memang terbukti efektif. Lagipun nak balik rumah, bukan nak balik kubur, jadi 80 hingga 90km/j tu sudah cukup baik untuk kita. Kali ketiga saya memandu ke utara pada waktu petang bersama seorang rakan secara konvoi. Beliau memandu dalam kapasiti 70 hingga 80km/j saja. Lagi terer. Soal mengantuk bukan alasan kukuh untuk kita memandu laju. Dah tahu mengantuk, siapkanlah air Nescafe kegemaran anda sebagai bekalan ketika memandu agar anda tidak terlalu mengantuk. Macam-macam cara boleh dilakukan untuk menghilangkan mengantuk ketika memandu, cuma kita saja yang tak mo kalah.
Banyak lagi cara untuk penggunaan petrol secara efektif. Ramai yang suka menunggu orang dalam kereta sambil enjin dihidupkan. Itu juga boleh membazirkan petrol. Lagi satu pagi-pagi bila nak keluar, suka betul hidupkan enjin lama-lama siap tekan pedal kelajuan kuat-kuat sampai semua jiran tahu andalah yang vroom vroom kereta pagi-pagi. Alasannya nak panaskan enjin kereta supaya senang nak 'pick-up', tak lembap. Nak panas, letakkan saja kereta anda di atas dapur gas. Itu hanyalah mitos. Kalau anda benar-benar nak pick up bagus, gunakan petrol Shell jenis V-power - memang power. Kalau memandu di waktu malam lebih-lebih lagi selepas hujan berhenti, eloklah di off kan saja air-cond kereta anda dan turunkan tingkap kereta. Penggunaan air-cond ketika memandu menambahkan lagi penggunan petrol sebanyak 13% hingga 21%. Satu lagi, suka sangat jadikan kereta anda sebagai store bergerak. Apa saja barang-barang yang tak berkenaan, tak perlulah anda simpan dalam boot kereta kerana heavy load juga boleh menambah penggunaan petrol terutamanya bila kereta anda penuh dengan penumpang. Anda memerlukan kuasa aero-dynamic untuk menggerakkan kenderaan anda ke hadapan maka anda secara tak langsung akan menekan pedal minyak ke tahap maksimum (hingga cecah lantai) sebab nak pick-up kelajuan. Ini semua poyo. Pastikan angin tayar juga mencukupi. Jangan sampai nak flat tayar tu baru nak isi angin. Memang sepanjang perjalanan ada angin tapi angin itu tidak akan masuk ke dalam tayar kenderaan dengan sendirinya. Masa yang sangat sesuai mengisi angin tayar ialah waktu pagi sebelum anda bergerak lebih jauh. Suhu sejuk tayar pada ketika dapat membantu isian angin yang tepat. Tapi jangan sampai anda juga masuk angin dan naik angin, ok?
Di atas hanyalah sebahagian tips dari saya hasil dari apa yang saya praktikkan. Akan saya kongsikan lagi pada penulisan yang akan datang, Insyallah. Sambil itu, anda juga boleh gugel dengan menaip effective petrol usage. Antara website yang mudah dibaca ialah di sini dan di sini
Selamat Mencuba!
Comments
Post a Comment
Sila komen apa-apa pun, tapi tertakluk pada terma dan syarat.