Anjing, Lembu, Lelaki dan Wanita

Assalamualaikum para pembaca sekalian.
Peluang bercuti (dipaksa bercuti pada hari yang aku tidak mahu cuti) dimanfaatkan dengan mengemaskini email-email 'yahuu' saya yang telah disimpan sejak 2007. Ya, sejak 2007. Bila dibelek-belek segala email tu, mana yang mengarut tu saya delete jer. Mana yang bermunafaat dikongsi tu, saya kongsikanlah di blog yang tak popular ni. Mudah-mudahan dapat memberi sedikit pedoman kepada kita.
Posting di bawah ini diterima dari seorang peng'email' yang menggunakan nama samaran "Lelaki Perkasa" pada tahun 2008 melalui yahuuuugrups. Dulu member-member grup ini sangat, sungguh, rajin dan aktif berkongsi ilmu, cerita ceriti. Lama-kelamaan, setelah wujudnya bermacam-macam laman sensawang yang lebih menarik dari sawang di rumah saya ni, dah kurang pula posting-posting menarik dari member-member semua.
Jadi pada kali ini, saya nak berkongsi dan re-post email yang dah bertahun usianya. Silakan membaca :-
Sekadar renungan dan ingatan bersama
Antara Pegang Awek & Pegang Anjing
LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?
ANJING: Aku tengah tension nih . Mau je aku gigit manusia tadi.
LEMBU : eh? kenapa ?
ANJING: aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "hoi anjing , pergi jauh-jauh, najis!".
LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.
ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?
LEMBU: Betul tu . Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun di samak.
ANJING: Wah .. ayat ko me man g power la... manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU"
Sedikit Penjelasan:
Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada ibnu majah menyatakan bahawa Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram.
Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.
Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya, Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)
Dan di bawah ini adalah quote si penghantar email tersebut. Aku pun nak share juga. Kredit ler untuk Lelaki Perkasa ni. Harap-harap dia masih perkasa.Weeeyuuuuuu....
::aku tak mudah utk mencintai::
::aku tak mudah mengaku ku cinta::
::aku tak mudah mengatakan aku jatuh cinta::

Comments

Popular Posts