Cinta dan Masa

Salam semua pembaca. Sudah lama tak buat posting berikutan banyak masa saya diluangkan untuk bereksperimentasi dalam bidang fotografi. Untuk posting Kisah Masyarakat kali ini, jemputlah baca sebagai pengajaran, bukan sikap "nak tahu kisah orang" semata-mata. Puan Niza merupakan kenalan lama aku. Beliau pernah menjadi balu selama 8 tahun sebelum bertemu jodoh dengan seorang duda anak 3 lebih kurang 6 bulan lalu. Sempat juga aku ucapkan tahniah apabila kami bertemu di alam siber tempoh hari. Walaupun kami jarang-jarang bertemu tapi sikap ramah tamah Puan Niza dan sikap aku yang suka bergurau membuatkan kami tidak janggal nak berbual di alam siber. Puan Niza yang lebih kurang sebaya aku berkahwin pada usia 17 tahun kerana hendak mengelak fitnah. Guru tuisyen yang selalu mengajarnya dituduh mahu menggodanya ketika mengajar oleh pelajar-pelajar lain cemburukan kejayaan Puan Niza pada zaman sekolahnya. Untuk mengelakkan fitnah, arwah bapa Puan Niza telah menikahkan mereka berdua di kala peperiksaan SPM bakal tiba. Tapi Puan Niza tekad nak meneruskan persekolahan namun redha dengan ketentuan yang dia telahpun bernikah dengan guru tiusyennya yang sangat kacak ketika itu. Tapi bukanlah kisah Puan Niza dan arwah suaminya yang hendak aku ceritakan. Sebagai berkongsi rasa simpati aku, sebenarnya Puan Niza sedikit tertekan dengan perkahwinan keduanya ini yang diaturkan oleh ibu saudaranya. Puan Niza sekadar mengenali suami barunya ini sebagai kawan baik kepada suami ibu saudaranya. Setiap kali ada kenduri kendara di rumah ibu saudara Puan Niza, suami barunya yang juga dikenali sebagai Azhar pasti hadir. Azhar telah bercerai lebih 2 tahun yang lalu. “Dia seorang yang penyayang”, Puan Niza memulakan bicara tatkala ditanya tentang peribadi suami barunya. Maklumlah, kami sama-sama pernah merasa hidup sebagai ibu tunggal jadi banyak pengalaman dan kisah yang kami tak lokek untuk berkongsi bersama. “Anak-anaknya adalah keutamaannya. Ya lah kan, anak-anak dia, anak-anak I jugak kan..” sambungnya lagi. “Tapi hubby I kerja di Singapore dan akan balik KL atas urusan kerja bila perlu. Quite often juga dia balik KL almost every week. Dia dah kerja sana 3 bulan sebelum I kahwin dengan dia ” jelas beliau. “Oh, ok lah tu ma'am. At least almost every week dapat jumpa. But how long have you known him before bernikah?” aku ingin tahu. “Exactly 6 months,” balasnya. “Wow, that was short 'notice'.. hahahaha”, aku mengusik beliau. “Alah dear, dah tua-tua cam ni buat apa nak tunggu lama-lama kan? Mula-mula I bimbang juga, ye lah sebab dah 8 tahun I single. I was so worried if I could not adapt to the new life nanti. You tau kan, bila kita single, kita nak pergi mana pun lantaklah kan.. asalkan kita keluar dengan anak-anak kita. Bila dah kawin, we are bound to all 'terms & conditions” as a wife, hahahaha”. Begitulah Puan Niza yang aku kenal. Jujur dan berterus-terang bila bercerita. Namun, jauh disudut hatinya, ada sekelumit perasaan kecewa yang terpendam. Perasaan tersebut belum dapat diluahkan kepada Azhar, yang baru hendak bercambah benih cintanya. Sedih pula aku membaca luahan hatinya. Puan Niza rasa akulah saluran yang terbaik untuk dia meluahkan perasaannya. Sukar untuknya bercerita dengan anak-anaknya yang baru saja menuntut di universiti pada tahun pertama dan yang bongsu baru sahaja tamat peperiksaan SPM. Jauh sekali nak bercerita dengan ibu saudaranya sendiri kerana tidak mahu ibu saudaranya merasa serba salah. “Azhar is not a romantic person but a loving father. Bagus lah tu kan, I like..” Puan Niza bermukadimah. “Sebelum dia kerja di Singapore, dia kerja di Melaka and when he returned to KL, the first thing in his mind is the children. He would catch the children first. Kalau jadual dia padat, at least dia akan ambil anak-anaknya di rumah bekas mertuanya dan bawa anak-anaknya keluar makan. If he overnight in KL, the children will follow him home”, perbualan siber kami semakin hangat. Namun terhenti seketika bila anak sulung Puan Niza ber'skype' dengannya. Selang 5 minit, Puan Niza menyambung perbualan siber kami. “That is nice, ma'am”, balas aku yang tidak melihat sebarang kecacatan di situ. Puan Niza menjelaskan anak-anak Azhar berumur di antara 8 dan 4 tahun seramai 3 orang itu amat rapat dengan Azhar. Anak sulung 8 tahun dan yang kedua 7 tahun adalah lelaki manakala yang bongsu 4 tahun adalah perempuan. “Sangat rapat until they sleep together on our bed!” jawab Puan Niza. “On your bed? You mean......?” aku sudah mula cuak. “Yes.. but don't think the bad one yeah..” Puan Niza cuba membetulkan prasangka ku. “Ok ma'am, sorry. So they sleep on your bed and then …?” tak sabar lagi aku nak tahu. “When Azhar comes back to KL, biasanya 2-3 hari. So he took this opportunity to take the children overnight with us. Then the next day when Azhar goes to work, dia bawalah anak-anaknya sekali dan hantar ke rumah bekas mak mertuanya tu”. “In our room got tv, so they choose to watch the tv in our room sambil baring-baring with Azhar on the bed. Lepas tu diorang terlelap. Bila dah terlelap, payah lah nak kejut kan. Budak- budak, you tau lah kan, kalau dah tidur nak kejut mesti merengek punya. So nak tak nak, I la yang mengalah. Kejutkan si bapak pun buang air liur je. Baik I aje yang tido atas sofa”, jelas Puan Niza lagi. Dapat aku merasakan kekecewaan beliau di kala itu. Sudahlah “Perkahwinan Jarak Jauh (PJJ)”. Bila suami balik KL, tentulah terubat rindu tapi lain pula ceritanya. “Eh..macam tu pulak. Then, hubby tu tak rasa apa-apa ke? I mean, ye lah after being apart from you for days/week then bila balik KL takkan dia tak excited to see you, kan? Nak pulak you all baru bernikah dan masih lagi mood couple” pandai pula aku membuat andaian. Mana tidaknya, norma-norma kehidupan hamba Allah yang berkahwin sudah tentu ada perasaan rindu, kasih dan sayang pada pasangan masing-masing tatkala berjauhan. Tapi pelik juga bila dia membiarkan anak-anaknya tidur di katil yang sepatutnya hanya untuk beliau dan Puan Niza yang layak berada di situ. “One more thing Watie, he never called me upon reaching KLIA. He only called me to inform he is about to coming home after having his meal with the children. He normally fly back to KL in the evening. So you just imagine, dia sampai KLIA about 8pm, terus jumpa anak-anaknya then having meals without calling me to say “I dah sampai KL”. Dia pun tak tanya I dah makan ke belum. Nak tapau untuk I ke, apa-apa lah. Ye lah I tau, itu anak-anaknya, zuriatnya. I ni just watak tempelan dalam hidupnya. But doesn't he know that he has a wife?” luah Puan Niza lagi. “What about the children? Are they ok with you?” “Not really. Mungkin sebab jumpa sekejap-sekejap so tak lah rapat sangat. I tried to borak-borak with them and the response were either by nodding or shaking their heads,” sambung Puan Niza. Sedih pula aku dengan situasi Puan Niza. Lapan tahun hidup bersendirian dan bila berkahwin begini pula ujian buat dirinya. Luah Puan Niza lagi, menjadi balu membesarkan anak-anaknya hingga ke menara gading adalah momen yang paling berharga baginya. Dia sangka apabila berkahwin, momen bersendirian yang penuh suka duka itu bakal ditutup untuk momen yang lebih indah. Aku cuba memujuknya dengan mengatakan mungkin terlalu awal untuk kebahagian itu datang. Atau mungkin juga suaminya itu memerlukan masa untuk menyatukan hati, masa, perasaannya serta keluarga Puan Niza. Manakala Puan Niza pula dengan jangkaannya yang terlalu tinggi, mengharapkan segalanya berubah dengan segera, akuinya. Kisah Puan Niza membuka minda dan memberi aku pengajaran tentang perasaan dan masa adalah berkaitan dan bergerak seiring. Perasaan boleh dibentuk namun masa untuk membentuk perasaan agar melahirkan kasih sayang amat penting agar hasilnya memberi kebahagian. Biarpun masa yang diperlukan amat panjang, sekiranya itulah yang terbaik, redhakan saja kerana hasilnya sudah tentu membahagiakan, Insyallah. Sebelum ini, aku tiada sebarang formula kehidupan. Aku cuma ada tujuan dan perancangan seterusnya pelaksanaan. Banyak kali apabila aku cuba merapatkan diri aku dengan seseorang, ianya sekadar bertahan beberapa bulan kerana aku merasakan kami tidak serasi. Baru aku tahu kenapa itu berlaku. Baru aku tahu ianya berlaku kerana tujuan, perancangan dan perlaksanaan tersebut tidak berkesan dalam sesebuah perhubungan yang membabitkan dua hati. Baru aku tahu, tujuan, perancangan dan perlaksanaan akan berjaya jika ianya tidak membabitkan perasaan dan perkahwinan. Ianya hanya boleh digunapakai untuk tujuan kejayaan dalam bentuk kerjaya ataupun perniagaan. Kini, selain dari tujuan, perancangan dan perlaksanaan, aku sudah ada satu formula baru untuk digunapakai apabila ianya berkaitan dengan perasaan dan seterusnya perkahwinan iaitu :- Tujuan + perancangan + pelaksanaan / perasaan + masa = kebahagiaan. Satu lagi panduan untuk aku ialah, doa dan tawakkal kepada Allah swt adalah pokok segala formula di atas. Mudah-mudahan aku diberi kesabaran, ketabahan dan kekuatan iman ketika menempuh segala dugaan dalam usaha aku menamatkan zaman “Jan Stylo”. Ngeeheeehehehehee......

Comments

Popular Posts