Alkisah..Pak Ayob jadi guru tadika
AMARAN! Posting ini tiada unsur-unsur lucah tau..
Pak Ayob bekerja secara sambilan sebagai tukang kebun di sebuah taska di kampungnya. Pekerjaan ini Pak Ayob lakukan pada sebelah pagi sahaja.
Guru taska itu, Cikgu Saedah sedang sarat mengandung dan dijadualkan melahirkan anak dalam masa dua minggu ini. Namun, pada pagi itu, Cikgu Saedah sudah tidak sedap badan dan dapat merasakan yang beliau akan melahirkan anaknya pada hari itu juga.
Lantas Cikgu Saedah dengan cemas memanggil Pak Ayob ketika dia sedang sibuk membersihkan halaman sekolah.
Cikgu Saedah : Pak Ayob, saya rasa saya nak beranak ni. Suami saya dah on day way ke sini untuk bawa saya ke hospital. Pak Ayob tolong tengok-tengokkan budak-budak ni ya.
Pak Ayob : (dengan sedikit panik kerana tak tahu nak buat apa dengan budak-budak taska ni) Err..Cikgu, apa saya nak buat dengan budak-budak ni?
Cikgu Saedah : (sambil menahan sakit dipinggang) Ala Pak Ayob lagi satu jam je lagi lepas tu waktu sekolah pun habis. Pak Ayob buat je lah aktiviti dengan budak-budak ini. Hah, suami saya dah sampai tu Pak Ayob. Saya pergi dulu ya.
Pak Ayob : Hah ye lah. Baik-baik jalan tu.
Sebaik Cikgu Saedah meninggalkan taska, Pak Ayob segera masuk ke dalam. Ada lebih kurang 25 kanak-kanak yang ada kini berada di bawah tanggungjawabnya. Pak Ayob mula mencari idea apakah jenis aktiviti yang hendak dilakukan sementara menanti waktu sekolah berakhir.
Pak Ayob : Hah, korang semua jangan nakal-nakal tau. Siapa nakal Pak Ayob hantar kat kandang lembu nanti.
Pak Ayob melihat-lihat keliling taska dan merasa sedikit bosan jika kanak-kanak ini dibiarkan tanpa membuat sebarang aktiviti. Lalu dia mendapat idea bagi menguji tahap IQ kanak-kanak ini.
Pak Ayob : Hah! Siapa suka menyanyi angkat tangan.
Hampir kesemua kanak-kanak itu mengangkat tangan dan ini membuatkan Pak Ayob lebih bersemangat.
Pak Ayob : Bagus. Bagus. Ok siapa boleh nyanyi lagu Cina, angkat tangan.
Kesemua kanak-kanak itu berpandangan sesama sendiri kerana mereka berbangsa Melayu dan tidak pernah mendengar atau menyanyi lagu Cina. Tiba-tiba seorang kanak-kanak berdiri sambil mengangkat tangan.
Pak Ayob : Hah, kau Seman. Boleh ke kau nyanyi lagu Cina? Setahu Pak Ayob kau cakap melayu pun pelat.
Seman : Ala Pak Ayob ni, dengar ar dulu..
Pak Ayob : Ah ok ok. Nyanyi lah cepat. (Pak Ayob merasa sedikit cuak)
Semua kanak-kanak menoleh ke arah Seman yang berdiri di belakang. Dan Seman pun menyanyi :-
Gong Xi Gong Xi Gong Xi Ni.. hey Gong Xi Gong Xi Gong Xi Ni .. (dan mengulanginya sebanyak empat kali). Dan kanak-kanak lain yang tadi terdiam terus bertepuk tangan kegembiraan. Pak Ayob terkedu kerana cabarannya disahut kanak-kanak berusia 6 tahun.
Pak Ayob : ok ok..dah dah..emm ye lah tu. Pandai lah kau. Ok, siapa sini boleh nyanyi lagu yang ada perkataan .. (masih berfikir)
Kanak-kanak semua terdiam sambil menunggu Pak Ayob.
Pak Ayob : hah! Siapa sini boleh nyanyi lagu yang ada perkataan 'tumpah'? Hmm..
Pak Ayob dengan confidentnya yakin yang kali ini tiada kanak-kanak yang mampu menyahut cabarannya. Beberapa kanak-kanak dilihat sedang berbincang sesama sendiri. Tidak lama selepas itu seorang kanak-kanak bernama Amin berdiri sambil tersengih.
Amin : Heh heh..Pak Ayob, Amin tau. Arr.. Amin nyanyi ya..
Pak Ayob terkedu lagi kerana ada kanak-kanak yang boleh menyahut cabarannya.
Pak Ayob : Iya ke ni Amin? Ahh...nyanyilah.
Amin : ok kawan-kawan, semua berdili ya (berdiri)..
Dan semua kanak-kanak yang ada di situ berdiri. Pak Ayob pun terpinga-pinga kenapa pula si Amin ni suruh kawan-kawannya berdiri.
Amin : Pak Ayob, Amin nyanyi ya.. Pak Ayob pun kena berdili (berdiri) jugak tau.
Pak Ayob : Ehh, kena jugak ke? Arr ye lah ye lah. Nyanyi la cepat.
Amin pun bernyanyi dengan penuh perasaan tapi dengan sebutan pelatnya :-
Negalaku... tanah TUMPAHnya dalah ku.. (Negaraku, Tanah tumpahnya darahku)
Lakyat idup, bersatu dan maju (Rakyat hidup, bersatu dan maju)
Ternganga Pak Ayob sebab Amin yang pelat itu agak bijak dan mampu berfikir dengan baik.
Pak Ayob : Ok ok..bagus bagus. Hah tepuk tangan tepuk tangan.
Kanak-kanak semua bertepuk tangan dan ketawa kegembiraan ternmasuk lah Amin yang kembang kempis hidungnya.
Pak Ayob rasa amat tercabar dan mula memikirkan taktik kotornya.
Pak Ayob : Ok. Kali ini, siapa yang boleh sahut cabaran Pak Ayob nanti Pak Ayob belikan dia ais kacang. Tapi kalau tak ada siapa yang boleh jawab, semua kena basuh basikal Pak Ayob, boleh?
Kanak-kanak : Boleh.
Pak Ayob : Hah, siapa sini boleh nyanyi lagu yang ada perkataan 'tetek'? Heh heh heh..
Semua kanak-kanak berpandang sesama sendiri kecuali Meon yang duduk jauh sedikit dari kanak-kanak lain. Meon pandang muka Pak Ayob tanpa sebarang perasaan dan terus mengangkat tangannya.
Pak Ayob : (Sambil tergelak) Hah, Meon? Kau nak jawab ke? Kau nak nyanyi jugak ke? Hah, nyanyi cepat lagu apa yang ada perkataan 'tetek'.
Meon : Tawan-tawan, tita nak nanyi ni. Tawan-tawan denar tau.
(Kawan-kawan, kita nak nyanyi ni. Kawan-kawan dengar tau)
Meon pun menyanyi, juga dengan pelatnya.
Itan TETEK mak iloi.. iloi , itan delama mak ilai.. ilai
(Ikan Kekek mak iloi iloi, ikan gelama mak ilai ilai)
Muta Pak Ayob encemnya amoi,
(Muka Pak Ayob Hensemnya amboi)
tapi cayang dia tak panai
(Tapi sayang dia tak pandai)
Horeyyyy!!!! semua kanak-kanak bertepuk tangan dan terus mengangkat Meon. Pak Ayob terus keluar dari taska dengan menolak basikalnya tanpa mengucapkan goodbye.

Comments
Post a Comment
Sila komen apa-apa pun, tapi tertakluk pada terma dan syarat.