Salam Aidilfitri & Maaf kerana 'berehat' panjang
Assalamualaikum, selamat menyambut aidil fitri.
Pertama sekali saya minta maaf yang tidak terhingga kepada pembaca setia siri penulisan kreatif saya kerana 'break' yang terlalu lama. Dari 4 minggu berlarutan sampai berminggu-minggu. Almaklumlah tugasan di tempat kerja yang berganda ketika musim arab turun Malaysia membuatkan saya sedikit sukar hendak menterjemahkan hasil penulisan yang berkualiti. Di Kala Syaitan Berbisik memerlukan emosi yang berat untuk saya terjemahkan dalam bentuk tulisan dan itu sedikit sukar kalau saya lakukan dalam masa yang terhad dan tergesa-gesa.
Selepas musim arab, Ramadhan mulia menjelang tiba. Hendak pula bonda tersayang berangkat ke Mekah menunaikan Umrah pada 3 Ramadhan selama 2 minggu, maka tergantung lagi sambungan siri ini kerana habis saja bekerja, saya perlu cepat-cepat pulang bagi menyediakan juadah berbuka untuk anak-anak. Selesai solat maghrib, pergi pula ke masjid menunaikan tarawih. Balik dari masjid, kain baju pula hendak di basuh dan melipat pakaian yang telah diangkat dari ampaian pada siangnya. Dari situ, barulah saya sedar yang 24 jam itu amat berkualiti dan perlu di 'agih'kan sebaik mungkin. Maka saya tiada pilihan melainkan menganjak sambungan siri ini selepas Ramadhan.
Saya masih mengharapkan sokongan anda semua. Siapalah artis tanpa peminat. Maka siapalah penulis itu tanpa pembaca budiman.
Insyallah, Di Kala Syaitan Berbisik Episod #6 bakal bersiaran Rabu hadapan 7hb Sept.
Comments
Post a Comment
Sila komen apa-apa pun, tapi tertakluk pada terma dan syarat.