myMetro | Tuntut nafkah 2 cucu
myMetro | Tuntut nafkah 2 cucu
Assalamualaikum, salah sejahtera buat semua. SUdah lama tak ber'blogging' kerana terikat dengan tugasan di tempat kerja. Musim Arab datang meningkatkan lagi industri pelancongan dan juga ekonomi kita. Sambil-sambil menunggu waktu nak balik, saya pun melayari akhbar HARIAN METRO secara online. Salah satu kisah masyarakat yang menarik perhatian saya adalah kisah pautan di atas. Seorang datuk yang membela cucunya tanpa bantuan dari ayah kanak-kanak tersebut iaitu anak kepada plainitif ini menuntut wang nafkah untuk 2 orang cucunya dimahkamah. Termenung saya seketika apabila di pertengahan berita itu, nenek kanak-kanak itu menceritakan yang sebelum ini, 2 kanak-kanak itu dijaga oleh ibu mereka (menantu si nenek ni). Namun, 2 kanak-kanak itu dihantar kepada nenek ini setelah ibu kepada 2 kanak-kanak in berkahwin lain. Sadis bukan? Sudah lah bercerai, lepas tu kahwin lain. Sampai hati anak-anak sendiri dihantar kepada bekas mertua untuk dijaga pulak? Ya, Allah..Tanggapan saya mudah - saya tak hairan kalau lagi 20-30 tahun, 2 kanak-kanak ini menghantar ibu dan bapa mereka ke pusat kebajikan orang tua-tua kerana tidak mampu menjaga mereka lagi. Saya tak kata mereka boleh balas dendam, tapi itu kemungkinan besar hakikat dan punca kenapa anak-anak masa kini begitu.
Pokok pangkalnya, adalah apa yang kita lakukan hari ini, adalah cermin kepada anak-anak esok. Kalau ibubapa sendiri dah berkelakuan negatif, tidak mustahil anak-anak mewarisinya. Hanya anak-anak yang menggunakan akal, akan berfikir "tak apa lah, apa yang berlaku dahulu kepada aku adalah satu kesilapan. Aku tak mau ulang kesilapan kedua orang tua ku, jadi insyallah aku mahu buat yang terbaik untuk anak-anak aku. Tapi kalau perkara yang tak baik berlaku, maka dari sekarang aku akan bersedia dan redha menghadapinya".
Ada ibu yang marah anak-anaknya keluar merayau jumpa kawan-kawan, tapi dia sendiri balik kerja, lepak dulu berbual dengan kawan-kawan. Bila ditanya "kak anak akak tau ke akak melepak ni" jawabnya "alah akak cakap lah ada keje kat ofis". Hmm.... ada ibu yang naik hantu bila dapat tahu anaknya yang masih bersekolah merokok secara sembunyi, tapi si ibu sendiri di tempat kerja merokok 7 batang sehari. Baik kan? Ada bapa yang pukul anak lelakinya separuh mati sebab dapat tau anaknya di tangkap di sekolah atas kesalahan merokok. Selepas anak ini dipukul dengan penuh perasaan, si bapa terus capai rokok Dunhil, nyalakan dan merokok di depan anak yang dipukul tadi. Contoh baik tu!
Satu lagi kisah teladan yang saya nak kongsi bersama - sila lihat pautan ini :
myMetro | Saman RM2j
Diharapkan kisah ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Insyallah. (kes tuntutan nafkah aku pun tak selesai, macam manalah kes pakcik ni nanti?? Maha Suci Allah)

Comments
Post a Comment
Sila komen apa-apa pun, tapi tertakluk pada terma dan syarat.