Terima Kasih

Sesungguhnya kesudian anda membaca penulisan saya amat dialu-alukan. Seperti yang lazim dilakukan bila bertandang ke rumah orang, beri salam dan dengan izin tuan rumah, anda dibenarkan masuk. Bila kita nak ambil barang hak milik tuan rumah, kita mestilah minta izin dulu. Samalah di sini. Kepada yang nak berkongsi cerita di dalam blog ini, minta kerjasama untuk gunakan link blog ini instead of copy paste isi kandungannya agar dapatlah sedikit kredit pada blog ini. Dengan izinNya, saya menulis bukan kerana iri hati, dengki atau cemburu. Saya menulis kerana Dia menganugerahkan bakat dan daya imaginasi lalu saya memanfaatkannya agar kita dapat berkongsi sedikit bacaan untuk hiburan dan sedikit iktibar. Selamat membaca!

Tuesday, June 6, 2017

Suka Duka Janda 18 tahun - Episod #1

Salam Sejahtera.. yuhuuu.. dah lama saya tak bersiaran melalui blog. Now I am back!

Cuma kali ini saya nak berkongsi suka duka selama 18 tahun menjadi single mother. Single and a mother - That sounds better, I believe. Tapi awas bila anda yang seangkatan dengan saya menggunakan istilah "I am single and a mother" sebab fikiran manusia di luar sana biasa dah tune yang negatif dahulu baru positif. Mereka mungkin menganggap samada kita ini benar-benar single dan membela anak angkat atau mempunyai anak di luar ikatan pernikahan. Walau apa pun fikiran mereka, tidaklah sehebat pemikiran segelintir wanita yang bersuami di mana mentalitinya janda itu perosak dan pengganggu gugat rumahtangga mereka. Dah basi kut?

Baiklah, untuk permulaan, saya coretkan dahulu kisah perceraian saya. Untuk pengetahuan umum, saya bercerai secara rasmi pada umur 24 tahun. Ketika itu anak sulung nak masuk 3 tahun dan yang kedua 1 tahun lebih. Sebelum itu, saya dah setahun lebih berpisah dengan bekas suami. Zaman 90-an, sistem mahkamah syariah agak 'slow' dan banyak kes perceraian bertangguh. Bosannya ulang-alik mahkamah, Allah saja yang tahu. Sekarang sudah banyak perubahan, Alhamdulillah. Tidaklah para isteri digantung tak bertali menunggu perbicaraan untuk bercerai secara baik, iaitu suami melafazkan cerai di hadapan hakim, termasuklah siapa-siapa yang ada dalam kamar bicara itu. Hebatkan? Masa bernikah ramai orang saksikan, masa bercerai pun ramai orang saksikan. #facepalm

Saya bercerai di waktu pagi di Mahkamah Syariah Petaling Jaya dan ditemani arwah Pakcik saya. Pada waktu tengahari pula saya pergi shopping di Kuala Lumpur. Konon nak meraikan setelah setahun lebih sengsaranya ulang-alik ke mahkamah. Terasa ringan sedikit bahu. Ketika bercerai, tiada apa-apa tuntutan harta sepencarian mahupun hak penjagaan anak-anak difailkan. Memang tiada harta pun kami ketika itu kecuali barang-barang elektrik yang masih ada baki ansuran yang perlu dibayar oleh saya sebab saya dah angkut keluar barang-barang tersebut ke rumah ibubapa. I take, I pay lah, kan.

Mengenai hak penjagaan anak-anak pula, adalah sipi-sipi saya dengar bekas suami nak jaga salah seorang anak-anak kami. Setakat cakap saja tapi tak failkan di mahkamah syariah, mereputlah weh kat situ. Selepas beberapa tahun, apabila pemberian perbelanjaan anak-anak tidak konsisten, maka saya failkan pula tuntutan nafkah anak-anak. Bab ini memang agak leceh dan memerlukan kegigihan tahap dewata - tapi sebab nama saya Watie maka saya tukar kepada Dewati. Ketika itu saya failkan tuntutan mengikut panduan yang diberikan oleh pegawai pendaftar mahkamah syariah di Shah Alam. Semuanya kena buat sendiri sebab tak mampu nak bayar peguam. Daripada failkan tuntutan menggunakan istilah dan mengikut arahan dengan betul sehinggalah menyediakan afidavit berbelas mukasurat. Sebab tu kalau ada kenalan yang kata nak ambik peguam untuk tuntut nafkah anak-anak, saya cakap satu je, "beb, kalau kau mampu bayar peguam, maknanya kau dah bazirkan duit anak-anak kau". Terutama kalau bekas suami memang tidak bertanggungjawab dan culas dalam bab wang ringgit. Sebab tu lah mereka bercerai, kan?

Selepas tuntutan dibuat, pihak mahkamah akan mengeluarkan "saman" kepada pihak yang dituntut (defendan) untuk hadir ke mahkamah mendengar kes tuntutan nafkah. So, pada sekian tarikh, dengan penuh semangat saya pergi ke Mahkamah Tinggi Shah Alam. Waktu pagi di kawasan mahkamah adalah seperti waktu malam di bazar Uptown. Ramai weh. Kes syariah, kes sivil. Park kereta nuuuun 600meter jauhnya. jalan kaki naik bukit ke kawasan mahkamah, kemudian masuk kamar bicara pada masa yang ditetapkan. Giliran sendiri belum sampai maka rasa macam nak muntah bila lepas satu, satu kes syariah orang lain saya dengar. Setiap kali pintu kamar bicara dibuka dari luar, setiap kali itulah saya akan menoleh, kut-kut bekas suami ke yang masuk sebab tak nampak pun kelibat beliau di bahagian lelaki. Sampailah kes saya disebut, haram tak datang bekas suami itu. Masa hakim tanya bekas suami datang ke? Saya jawab tidak, masa tu pegawai pendaftar beri sesuatu kepada hakim. Rupanya saman tersebut tidak dapat diserahkan kepada bekas suami kerana beliau tiada di rumah. #facepalm lagi!

Kes ditangguh selama tiga bulan. Baiklah, redha. Tiba tarikh yang dijanjikan, setelah cuti setengah hari diluluskan maka sekali lagi saya ke tempat yang sama, mengadap cabaran dan masalah yang sama. Ya, defendan tidak hadir lagi ke mahkahmah kerana saman tidak sampai ke tangannya. Kali ni bukan facepalm dah, kali ni rasa the whole palm tree jatuh atas kepala weh! Berat rasa bahu, keliru, tegang urat saraf menahan geram, nak menjerit pun kang kena dakwa pulak tidak menghormati mahkamah yang sedang bersidang.

Setelah berbincang dengan pegawai pendaftar mahkamah, saya akhirnya mendapatkan perkhidmatan Biro Bantuan Guaman Selangor (BBGS). Ok, you ols fikir masalah saya akan selesai? Sila baca seterusnya.

Masa ni saya kerja di KL dan saya berulang alik menaiki LRT dan transit monorel. Manakala pejabat BBGS di Plaza Perangsang, Shah Alam. Setiap kali saya ada temujanji dengan peguam, saya perlu mengambil cuti setengah hari atau 'Claim Hours" (nak jimat cuti sebab kalau ada apa-apa hal berkaitan dengan anak, ada baki cuti yang boleh digunakan). Pada hari tersebut saya perlu memandu ke tempat kerja supaya saya boleh ke Shah Alam dan boleh sampai ke lokasi pada waktu temujanji yang biasanya saya buat jam 3 petang. Ok, bila bawa kereta, kos petrol tutup sebelah mata. Tempat letak kereta kena cari yang paling murah. Kemudian kos petrol dan tol ke Shah Alam beserta tempat letak kereta di Plaza Perangsang juga perlu diambil kira. Temujanji berjalan dengan baik dan peguam memberi penerangan dan nasihat. Ok, proses pertama settled. Ada harapan nak dapatkan tunggakan nafkah anak-anak yang dah mencecah ribuan ringgit. Disclaimer : Ketika itu antara tahun 2006 dan 2009 pendapatan saya sekitar RM1500 sahaja and of course every ringgit and sen count.

Proses daftar kes di BBGS selesai. Maka temujanji demi temujanji dibuat oleh pihak BBGS untuk failkan kes di Mahkamah Syariah Shah Alam. Pernah sekali temujanji tu, saya bergegas memandu ke Shah Alam kerana dah terlambat. Sesampai saja di pejabat BBGS, pembantu peguam kata "Puan xxxx ada kes hari ni di Mahkamah Klang. Belum selesai lagi urusannya. Puan nak tunggu ke?" Kau rasa? Masa tu saya rasa hendak saja terbalikkan meja pembantu peguam tu. Kata dah buat temujanji, so mana janji mu??

Tapi, saya tidaklah seteruk itu. Saya buat lagi temujanji baru. Apa yang saya ingat, peguam ada menyatakan kesukaran untuk menyerahkan saman pada bekas suami berikutan setiap kali penyerahan dilakukan oleh wakil peguam (senang cerita, despatch lah), bekas suami tiada di rumah. Dah tu, penghantaran dibuat ketika waktu bekerja kan? Maka dengan itu saya pun mengambil inisiatif sendiri (dengan persetujuan peguam), menyerahkan saman kepada bekas suami, di luar waktu pejabat. Tapi, bukan saya yang hantar. Saya minta tolong dengan seorang kawan yang bekerja sebagai despatch untuk menyerahkan saman tersebut kepada beliau di rumah pada waktu malam. Bingo! Saman berjaya diserahkan.


Tarikh perbicaraan tiba. Hadap lagi masalah tempat letak kereta yang jauh tu. Naik tangga ke lobi Mahkamah Tinggi Shah Alam dengan penuh semangat. Sesekali berselisih dengan peguam yang handsome. Hilang penat weh! Naik tingkat enam tak silap saya, melangkah tenang ke kamar bicara. Duduk diam-diam. Satu jam berlalu, kes demi kes disebut. Nak muntah lagi bila pasangan separuh abad memohon untuk bercerai dan membuat tuntutan harta sepencarian. Bertambah nak muntah bila bayang bekas suami tak nampak di bahagian lelaki. Demi anak-anak, saya teruskan juga duduk dalam kamar bicara. Hati sudah mulai tidak sedap. 85% hati merasakan bekas suami tak akan datang. 15% lagi bersangka baik, beliau mungkin lewat.

Macam dah panjang sangatkan cerita ini? Apa kata kita sambung di Episod #2?